Thursday, December 31, 2009

PENGUBATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

PENGUBATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
TABIB HJ.AB.HALIM B.HJ.MOHD SAUD
TEL: 013-9393603
PT 2352, TAMAN MGU, JLN. PANGKAL KALONG,
KOK LANAS 16450 KETEREH, KOTA BHARU,
KELANTAN.


Siapa berminat, bolehlah menghubunginya atau terus datang ke rumahnya, ia lebih baik daripada kita berjumpa dengan bomoh yang jampinya bercampuraduk dengan jampi khurafat. Saya telah pergi ke rumahnya banyak kali sebagai ikhtiar.

Dia mencadangkan saya solat hajat, caranya seperti berikut:

SOLAT HAJAT SELEPAS SOLAT ISYAK

Solat hajat dengan wudhuk yang baru dan selepas salam solat hajat baca:
1. Surah al-Fatihah sebanyak 3 kali
2. Ayat Kursi sebanyak 7 kali
3. Baca ayat surah al-Baqarah ayat 285-286 sebanyak 7 kali:


"285. Telah beriman rasul dengan apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, begitu juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang rasul dengan rasul yang lain ". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat Kami pohonkan keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

4. Ulang 3 kali ayat berikut:(dari ayat di atas)

"Antamaulana fansur na alal kau mil kafirun. (rujuk Quran)

5. Surah al-Zalzalah 7 kali

6. Surah Ibrahim Ayat 19 – 20 sebanyak 7 kali :
Mula dari "Inyyasa' yuz hib kum wa ya' ti bikhalqin jadid.........."
(rujuk al-Quran)

"didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.
20. dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah melakukannya."

7.Ulang 7 kali ayat 20 surah Ibrahim(rujuk al-Quran)
"wamaza lika alallahi biaziz"


8. Surah al-Ahzab ayat 25 sebanyak 7 kali:


"25. dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) Dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa".

9.Ulang 3 kali ayat berikut:(dari ayat di atas iaitu Surah al-Ahzab ayat 25

"wakanallah hu qawiyyan aziza" (rujuk Al-Quran)


Sekian. Moga kita dapat mengamalkannya dan bertambah iman kita dan semoga dikabulkan Allah permohonan kita.

Wednesday, December 30, 2009

HARI YANG SIBUK


Rabu – 30 Disember 2009

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Sedar tak sedar dah 3 tahun saya sakit dan dah 2 tahun tak kerja. Nasib baik kerja kerajaan, kalau kerja swasta entahlah. Mengikut pekeliling, pesakit kanser dapat cuti 2 tahun.

Kelmarin dulu saya cukup gembira kerana inilah kali pertama wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Bachok menziarahi saya. Terima kasih kepada pegawai berkenaan (pernah bertugas bersama saya di SMK Kandis) kerana telah menepati janji semasa Program Sharing and Caring oleh Jabatan Pelajaran Kelantan di Sutera Inn awal tahun ini. Saya faham, semua orang sibuk dengan tugas masing-masing dan tak sempat menziarahi saya, itu saya tak kisah Cuma tolonglah saya dalam urusan pentadbiran mengenai sakit saya.

Kelmarin saya begitu sibuk, paginya ke SMK Bachok bagi menguruskan kemasukan anak sulung saya ke sana, kemudian ke SMK Badak bagi mengambil surat keluar dan seterusnya ke PPD Bachok bagi menghantar borang perpindahan. Ramailah jumpa kawan-kawan guru dan pegawai PPD yang kebanyakannya saya kenal kerana saya dulu Guru Kanan Teknik dan Vokasional dan selalu bermesyuarat di PPD Bachok. Di PPD saya membeli susu kambing dari Cikgu Saimah. Harganya RM 35.00.

Saya juga terima panggilan dari Suttance Assistance Program meminta saya menghantar salinan resit beli ubat dan kotak kosong ubat kepada mereka kerana mereka berjanji akan beri saya ubat percuma sementara saya mendapat tuntutan dari kerajaan.

Petangnya saya terima panggilan dari Kian Farmasi menyatakan ubat yang saya beli dan sampai, jadi hari ni saya nak pergi ambil ubat di samping nak ke MAIK kerana isteri nak bayar zakat.

Pada sebelah malam, sekali lagi saya menjemput ustaz anak murid Dato’Haron Din bagi mendoakan saya agar penyakit saya cepat sembuh dan dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna dan dapat menyambung semula tugas sebagai seorang guru bagi melahirkan modal insan yang cemerlang untuk agama, bangsa dan negara. Insya Allah.

Monday, December 28, 2009

ZIARAH PEGAWAI PPD BACHOK

27.12.09 (Ahad)

Bismillahirrahmnirrahim. Assalmualikum .

Pagi ni aku rasa agak sihat walaupun semalam aku tak tidur langsung. Selepas solat Subuh aku tidur balik kerana siaran TV9 untuk rancangan Halaqah tergendala. Frust juga kerana aku ada menghantar email bertanyakan soalan berkaitan akidah kepada Ustaz Roslan.

Jam 9 pagi aku ke SMK Bachok untuk menguruskan pertukaran ankku ke SMK Bachok untuk masuk ke tingkatan 4 di sana. Dulu dia di SMK Badak, tapi sukar berurusan kerana seorang lagi anakku berada di SMK Bachok, jika ada mesyuarat isteriku kena hadir kedua-dua sekolah, aku tak larat nak pergi kerana sakitku ini. Gembira ke SMK Bachok kerana dapat berjumpa teman lama kerana dulu aku mengajar di SMK Bachok selama 4 tahun.

Kemudian aku ke pejabat pos bagi mengepos surat SUTENT ASSISTANCE PROGRAM iaitu surat bantuan ubat dari yayasan tersebut jika tuntutan ku dari kerajaan lamat dibayar, maka yayasan itu akan beri dulu ubat percuma untuk dua bulan.

Jam 12.45 , pertama kali aku terima tamu dari Pejabat Pendidikan Daerah Bachok iaitu Puan Saimah, Kaunselor PPD Bachok. Beliau sebenarnya kawan lama saya di SMK Kandis sebelum dia dipindahkan ke PPD Bachok. Sebenarnya rumahku di tepi jalan besar dan tempat laluan pegawai PPD tetapi inilah pertama kali mereka melawatku, ini sesuai dengan janji semasa perjumpaan JPN Kelantan dengan guru-guru sakit di seluruh Kelantan di Sutera Inn untuk memberi sokongan moral dan lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai. Terima kasih Cikgu Saimah.

Pada sebelah malamnya, aku dapat ke surau dan mendengar ceramah agama dari Ustaz Mad, penceramah Tabung Haji..

Aku berdoa supaya kesihatan seperti hari ini terus bertambah baik kerana sekolah dah tak lama lagi akan dibuka.

Ya Allah, sembuhkanlah penyakitku agar dapat kusambung perjuangan yang belum selesai!!!!!!!!!!!!!!!

4.45 pagi 28.12.2009

Sunday, December 27, 2009

HARI YANG RIANG

26.12.09 (Sabtu)

Aku terlewat bangun kerana semalam tak dapat tidur lelap, 4.30 baru tidur tetapi masih sempat solat subuh sebab dikejutkan isteri tersayang. Aku menonton Tanyalah Ustaz dan tajuknya memang menarik mengenai AKIDAH. Aku juga hantar email tapi tak dibaca, esok nak tengok lagi mana tahu Ustaz Roslan akan menjawabnya.

Selepas cuci lukaku di Klinik Bachok, aku, isteri dan 2 anak lelakiku pergi ke Pasar Tani di Pantai Irama. Aku Cuma duduk di tempat penjual ubat yang menggunakan ular sebagai daya tarikannya tapi aku belilah juga minyak panas (urut) yang dijualnya. Nak jalan tak larat. Kemuadian kami ke Jelawat beli kelengkapan anak sekolah. Dah nak habis cuti dah.

Petang aku cadang nak masuk kereta dalam garaj, tetapi aku bersemangat dan ajak 2 anakku naik kereta Gen2 automatik ke Pantai Irama tetapi Cuma pusing saja dan pulang. Nak hibur hati sendiri dan anak-anak. Isteri kat rumahlah.

Malam aku SMS blog ke pegawai PPD supaya dia baca dan faham bagaimana deritanya aku menanggung penyakit kanser ini.

Dah sebulan lebih anggota paha dan betis terasa lenguh seperti lepas berlari marathon. Ikut hati mahu……….kaki ni. Astaghfirullah. Aku minum sirap morfin dan kuranglah sikit lenguh yang ekstrim tu.

Bilalah agaknya tuntutanku dengan Jabatan Pelajaran Kelantan berjumlah RM34100.00 nak dibayar, boleh buat modal beli ubat bulan berikutnya. Wahai pegawai di JPN, harga ubat saya sekarang RM 17650.00 sebulan, dah bayar dengan Kian Farmasi untuk bulan ini. Bulan berikut entahlah, tetapi rezeki di “tangan” Allah s.w.t.

APAKAH AGAKNYA BENCANA 26 DISEMBER INI, DI NEGARA KITA 10 MATI AKIBAT KEMALANGAN BAS EKSPRESS


Ya Allah berikanlah ku kuatan iman agar dapat menerima qadaMu dengan redha dan sabar. Amin..................

Friday, December 25, 2009

RAWATAN ISLAM

Selain menerima rawatan moden untuk sakit kanser saya, saya juga mendapatkan rawatan Islam dan yang peliknya semuanya mengatakan saya disihir. Yang terbaru malam Isnin(Ahad) lepas. Saya berubat dengan seorang anak murid Dato'Haron Din. Dia datang rumah saya, dia pegang kepala saya. Saya mengadap kiblat dan dia mula membaca al-Quran, tiba-tiba saya rasa mengantuk dan berada jauh di Nepal, sebuah kampung yang berpadang pasir dan terdapat tanda nama kampung tapi tak jelas dan saya tersedar. Dia mengatakan saya disihir . Alhamdulillah, selepas itu sakit dan kebas di betis saya hilang, dapat tidur dengan nyenyak dan esoknya dapat bawa kereta belanja anak makan KFC di Kubang Kerian kerana dia dapat n0.3 seluruh tingkatan 2 di SMK Bachok.

Hari ini hari Jumaat, cadang nak pergi ziarah kubur kerana rumah saya bersempadan dengan kubur, sambil tu saya dengan rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, tiba-tiba kawanku Azam datang dan berborak dengan dia sampai jam 10.00 pagi. Kawan saya ini genius, lepasan universiti di England dan sekarang ni bisnes internet.

Alhamdulillah hari ini dapat mengerjakan solat Jumaat dan petangnya saya pergi ziarah kubur arwah isteri saya dulu dan juga kubur keluarga yang lain. Moga mereka aman bahagia di Alam Barzakh kerana tak lama lagi kita semua juga akan ke sana sementara menunggu kiamat berlaku. Moga kita semua diberi kekuatan iman dan mendapat balasan syurga yang tak dapat digambarkan kenikmatannya. Amin........................

BAYAR UBAT

24.12.09(Khamis)
Semalam aku adakan solat hajat diketua Ustaz Saripudin dan 10 orang pelajar pondok Moden Kandis. Minta doa agar Allah sembuhkan penyakitku. Tambahan pula ini bulan Muharam, di bulan inilah Allah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s..
Pagi tadi saya pergi cuci bisul saya di klinik Bachok dan minta kapas sekali untuk cuci sendiri di rumah bagi beberapa hari.
Pada tengahari keputusan PMR anakku diketahui, dia cuma dapat 5A tetapi aku tak kisah kerana aku tak dapat beri tumpuan sepenuhnya terhadap pelajarannya kerana aku sentiasa sakit sejak dia di Tingkatan Satu lagi, tak macam UPSR dulu, aku hantar tuisyen peribadi lagi untuknya. Memang tak puas hati tetapi terimalah takdir seadanya. Pun aku tak marah kepadanya kerana dialah yang banyak menggantiku sebagai ketua keluarga di samping uminya. Uminya bagi hadiah Rm50.00 dan aku bagi RM 50.00 sebagai penghargaan atas usahanya, dalam kepayahan hidup ini dia masih dapat keputusan begitu. Adiknya dapat tempat ketiga terbaik tingkatan dua, aku belanja makan KFC walaupun sebenarnya aku tak larat untuk ke sana.

Jam 2.30 petang aku ke Bank Muamalat membuka Akaun Semasa bagi membolehkan aku membayar ubat menggunakan cek kerana nak wang sebanyak RM17650.00 ke Kian Farmasi agak banyak. Semasa mengisi borang, aku berbual dengan pegawai bank dan dia bagitau adiknya baru berusia 31 dan kena kanser kolon. Kanser oh Kanser, kau tak mengenal siapa, tetapi takdir perlu dihadapi dengan sabar kerana Allah bersama orang sabar, semoga di akhirat nanti kita di tempat di sisi golongan solihin.

Selepas siap cek, aku ke Kian Farmasi dan menyerahkan cek kepada Miss Tan, isteri dan anak tunggu dalam kereta kerana tiada parking. Kemudian belanja pula anak makan mi, terpaksa pusing-pusing bandar Kota Bharu kerana dah 3 tahun aku tak masuk bandar dan banyak jalan jadi sehala.

Alhamdulillah, hari ini urusan ubat sebahagian dah selesai. Moga dipermudahkan Allah yang selebihnya jika umurku masih panjang.

Lagu Andai Ku Tahu nyanyian Kumpulan Ungu, membuatkan air mataku ................................................

Wassalam.

Wednesday, December 23, 2009

KOS UBAT BERTAMBAH

Assalamulaikum!

Hari ini saya telefon Kian Pharmacy untuk bertanyakan ubat dan dia kata harganya 17650.00 bukan 17140.00 seperti yang dinyatakan oleh doktor. Jadi kena buat surat semula dan saya dah call Dr.Biswa Mohan Biswal Oncologist Consultant HUSM. Lambat lagi lah dapat ubat.

Sehari dua ni emosiku tak stabil kerana Ustaz yang mengubatiku mengatakan aku disihir, ini uztaz ke 3 mengatakan saya disihir, saya cuma ada seorang musuh saja, tak ada yang lain saya rasa. Entahlah saya serah kepada Allah kerana orang melakukan sihir neraka tempatnya.

Malam ini akan solat hajat.

Sunday, December 20, 2009

HIDUP INI PERLU BERJAMAAH-....Selamat Tahun Baru Hijrah

Jam dah menunjukkan pukul 1.20 pagi, mata tak mahu lelap lagi. Pagi tadi saya telefon kawan saya Cikgu Azmi, kawan seuniversiti dulu nak bertanya khabar kerana dia keluar Tabligh 40 hari di Cameron Highland. Berita sedih yang ku dengar, dia kehilangan anak lelakinya dalam kemalangan jalan raya kelmarin. Inilah dugaan Allah, anak yang dipinjamkannya telah diambil kembali, betapa remuknya hati si bapa tetapi siapalah kita untuk menahan takdir Allah. Sekalung takziah untuk kawanku Azmi, tabahkan hati, hidup ini sementara cuma, kita semua akan kembali menemui Pencipta.

Sejak akhir-akhir ini saya terlalu rindu kepada Jemaah Tabligh yang saya ikuti semasa di Universiti Malaya dulu. Nikmatnya iman, ilmu dan amal yang diperjuangkan oleh Tabligh. Mungkin juga saya dah jemu dengan pertelingkahan PAS dan UMNO. Tak habis-habis. Dulu PAS marahkan UMNO bersahabat dengan MCA dan MIC dalam BN tetapi sekarang PAS pula berpakat dengan DAP dan PKR dalam PAKATAN RAKYAT. Beginikah sepakterajang politik, oleh sebab itu saya tak suka berpolitik, hari ini cakap lain, esok cakap lain, Saya pernah berjuang untuk menghidupkan solat 5 waktu di surau kampung saya tetapi gagal, hiduplah jemaah sedia ada iaitu Maghrib, Isyak dan Subuh. Keluarga saya pula risau dengan perjuangan saya.
Perjuanganku berjaya membawa anak muda ke surau tetapi bila kupergi semula ke universiti, merekapun hilang entah ke mana.

Berbalik kepada penyakitku, saya masih lagi bergantung kepada morfin untuk menahan sakit. Ubat Sunatinib yang berharga RM17140.00 sebulan belum dibeli kerana saya nak tahu hukum ubat tersebut kerana ia berbentuk kapsul. Saya dah telefon Pfizer dan mereka beritahu ia dari gelatin lembu. Jadi saya telefon Tok Guru Hj.Husin Lubuk Tapah Pasir Mas dan dia kata boleh, saya lihat laman web JAKIM, pun dibolehkan atas dasar darurat. InsyaAllah hari Isnin ni saya akan ambil no.akaun Pfizer dan masukkan duit untuk beli ubat tersebut. Pusingan kedua, Suttent Assistance Program berjanji akan beri sehingga tuntutan saya dengan Kementerian Pelajaran diluluskan.

Saya juga dah telefon Ketua Sektor Unit Akaun JPN Kelantan suruh dia uruskan tututan saya yang dah 2 tahun tak dibayar lagi berjumlah RM 30,000.000 lebih. Kalau dapat boleh buat modal. Tengok keadaan, kemungkinan besar saya akan adu kes ini ke Biro Pengaduan Awam jika tuntutan saya tak dibayar Disember ini.

Petang tadi Emak Saudara saya, Mak Nah dan anaknya Che Jah datang ziarah saya. Alhamdulillah masih ramai saudara mara yang ingatkan saya. Begitu juga teman sekerja di SMK Bachok dan SMK Kandis serta jiran sekampung. Jenuh dibuatnya dulu isteri saya menyediakan air untuk tetamu, tetapi sabar kerana kita dapat pahala, merekapun dapat pahala.

Pagi tadi saya marahkan Pengusaha batu blok depan rumah saya yang mencanai tiang larik dah habuknya menyelubungi rumah saya, tetapi saya luahkan kemarahan di depan Mek dan Ayah saja. Saya telefon SU Majlis Daerah Bachok tetapi tak dapat, esok saya atau isteri akan telefon lagi kerena pengusaha itu telah berjanji tidak mahu mencanai lagi di depan rumah saya. Kalau MDB tak mahu ambil tindakan saya akan panggil TV3 buat liputan, biar heboh seluruh Malaysia. Sebenarnya dah 4 kali saya lapor masalah ini kepada MDB, saya dah lapor ke Jabatan Alam Sekitar tetapi saya batalkan bila ia pindahkan mesin penggaul simen dari depan rumah saya. Tetapi nampaknya tak boleh berlembut lagi, saya dah bersedia untuk saman di mahkamah. Saya kalau tak selesai, saya akan saman pengusaha batu-bata dan MDB.

Berbalik kepada tajuk saya, Hiduplah Berjemaah, sebenarnya saya menyesal tinggalkan Jemaah Tabligh selepas kahwin. Dulu semasa di Sabah, saya ada juga ikut Usrah dan JIM tetapi sejak balik ke Kelantan, kebobrokan politik di Kelantan menyebabkan saya mendiamkan diri. Keinsafan datang hanya setelah Allah memberi peringatan dengan mendatangkan penyakit kanser ini. Maafkan aku Ya Allah. Kawanku Cikgu Azmi pagi tadi juga telah memberitahuku bahawa Ahli Tagligh seuniversiti dulu iaitu Muzammil telah meninggal dunia akibat kanser rektum. Semoga Allah tempat ia bersama para Nabi, Rasul dan solehin. Amin........................


SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH- SEMOGA KITA SEMUA BERHIJRAH KE ARAH MELAKSANAKAN SEGALA PERINTAH ALLAH DAN MENINGGALKAN SEMUA LARANGANNYA.

Jam dah pukul 2.00 pagi, saya nak telan susu lebah sebagai makanan tambahan, ikhtiar di samping ubat mahal tu.

Wasallallahu ala Muhammad, waala alihi wasahbihi wabarik wasallam. walhamdulillah hi rabbil alamin.

Wednesday, December 16, 2009

HUKUM GELATIN LEMBU DALAM UBAT

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualikum.



Jam dah pukul 2.30 a.m tapi mata masih belum mengantuk walaupun semalam saya tak tidur. Pagi tadi saya telefon Tuan Guru Hj.Husin Pondok Lubuk Tapah. Dia kata boleh makan gelatin yang dibuat ubat oleh orang bukan Islam. Saya ragu-ragu dan cari maklumat JAKIM. Berikut maklumat Jakim:




Aduan :
Banyak masakan pada hari ini menggunakan gelatin. Apakah gelatin halal?
Tarikh Aduan :
03/11/2004 - 16:10:24
Jawapan :
Gelatin adalah bahan yang diperbuat sama ada dari khinzir atau lembu, gelatin yang berasaskan lembu disebut sebagai beef bovine, persoalannya ialah sama ada lembu tersebut disembelih mengikut syarak atau tidak adalah menjadi persoalan utama dalam menentukan kehalalan pengeluaran gelatin. Di Malaysia, JAKIM hanya menerima gelatin yang dibekalkan oleh Sya. HalalGel dan Hagecaps sahaja kerana kedua-dua syarikat ini mendapatkan sumber gelatin lembu yang disembelih mengikut syarak.

Gelatin Dalam Ubat
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 8Tarikh : 24-25 September 1984
Keputusan Muzakarah :

" Penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana darurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan. "

Print Format

Pengirim:
Tarikh: 25/07/2007
Capaian : 3341




Alhamdulillah, nampaknya bolehlah saya beli Sunatinib walaupun harganya mahal iaitu RM17140.00 sebulan.



Petangnya saya telefon Cik Suhaida, Ketua Sektor Unit Akaun JPN minta dia tolong semak tuntutan saya berjumlah RM 34100.00 sejak tahun 2007 lagi untuk dijadikan modal beli ubat baru ni. Moga-moga dapat awal, kalau rezeki kita tak ke mana tetapi kena usaha lebihlah.

wassalam.





Cukup untuk kali ini. Wassalam.

Tuesday, December 15, 2009

HUKUM UBAT DARI GELATIN LEMBU TIDAK HALAL

Jam sudah menunjukkan pukul 4.20 pagi, mataku belum mengantuk walaupun siang tadi saya tidak tidur, cuma terbaring di tilam. Petangnya mengawasi anak-anak, isteri dan Mek membersih kawasan rumah. Petang tadi saya telefon Us,Mokhtar, sahabat lamaku semasa mengajar di SMK Menggatal, Sabah dan terus bersahabat dengannya. Saya tanya hukum makan ubat kapsul dari gelatin lembu yang tak disembelih. Dia berikan no.tel Tok Guru Hj.Husin Lubuk Tapah,Pasir Mas. Insya Allah esok saya akan telefon.

Saya juga telefon sahabat saya Cikgu Meli bertanyakan hal yang sama, dia akan bertanyakan gurunya.

Susah juga nak buat keputusan untuk membeli atau tidak ubat tersebut. Kalau haram tak payah bellilah. Harganya pun mahal, RM 17140.00 sebulan. Ubat ini berasal dari Italy.

Petang tadi juga saya sms ke Norizan Kerani, minta dia kemaskan fail saya kerana saya akan adu JPN Kelantan jika mereka tak bayar tuntutan saya yang dah menjangkau 2 tahun. Pegawai JPN kalau datang sekolah nak cari salah cikgu saja, ni jumpalah siapa yang buat kerja, siapa yang tak buat kerja. Jika bulan Disember ni tuntutan saya masih tak dapat, saya akan adu ke Biro Pengaduan Awam. Nampak dia orang ni nak main ye! Bila telefon menyamar macam-macam nama. Tak pa, kita lihatlah langit tinggi ke rendah nanti........

Mengantuklah! Saya cuba nak tidur ni tapi dah jam 4.30 pagi. Seluruh badan rasa sakit walaupun dah ambil sirap morfin, cuma tak ambil ubat tidur.

Saturday, December 12, 2009

Keputasan yang sukar

11.12.09

Selepas menemui Pakar Bedah di HRPZ11, saya singgah di HUSM untuk mengambil borang sara ubat bagi membeli ubat Sunatinib. Saya melihat kuotasinya, harga ubat tersebut ialah RM17140.00 sebulan. Saya kena keluar duit dulu dan kemudian buat tuntutan dengan KPM. Saya serbasalah sama ada nak beli atau tidak bila ubat itu berbentuk kapsul. Saya telefon ibu pejabat pfizer dan diberitahu bahawa kapsul dibuat dari gelatin lembu. Saya mengambil keputusan untuk tidak membelinya kerana status halal diragui. Saya akan terus makan ubat sekarang iaitu Imatinib yang dapat secara percuma dari HRPZII.

Saya juga minum air rebusan daging dan susu kambing yang saya petik dari buku "Foods That Heal" tulisan Drr.Bernerd Jensen, J.Jain Pub. New Delhi.
Petikan buku beliau " I was told that lady had only three weeks to live. I give her some whex(dried goat whey)disolve ini warm broth and started giving her one tablespoonful about every hour. When she went back to her own doctor, he couldn't belicve what happened. He said " I dont see any sign of cancer in that breast." So, mungkin kita boleh cuba.

Tuesday, December 8, 2009

BERJUMPA PAKAR BEDAH DI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB 11, KOTA BHARU

7.12.2009

Hari ini saya dengan ditemani isteri sebagai pemandu pergi ke HRPZII, Kota Bharu. Saya terpaksa menjadi co-pilot kerana isteri saya kurang mahir masuk bandar. Nama saya dipanggil dan berjumpa dengan Timbalan Ketua Jabatan Pembedahan, MS. Ainani dan Pakar Bedah Am, Mr.Othman. Saya memberitahunya bahawa Pakar Runding Kanser HUSM, Prof.Madya Dr.Biswal mahu menukar ubat dari Imatinib ke Sunatinib. Mereka memberitahu ubat itu tiada dalam senarai kementerian Kesihatan kerana ubat itu masih dalam percubaan. Saya memberitahu mereka kosnya RM17140.00 sebulan.

Selepas mendapat ubat Imatinib, saya ke HUSM bagi mendapat surat untuk membeli ubat Sunatinib. Terpaksalah saya keluarkan duitu saya dulu, kemudian membuat tuntutan dengan Kementerian Pelajaran, masalahnya, duit tuntutan lambat dibayar yang menyebabkan duit saya nanti tidak cukup. Namun saya harap Suttent Assistance Program akan membantu saya bagi mendapat ubat secara percuma sebelum tuntutan berjaya, itu janji mereka.

Moga Allah s.w.t memudahkan urusan saya, Amin..............................

ZIARAH BEKAS MURIDKU -3 SUPER 2005


5.11.2005

Inilah gambar muridku, 3 Super 2005 yang mendapat 8A PMR. Hari ini mereka menziarahiku. Mereka ialah Zamilah Ismail (Universiti Teknologi Petronas- Engineering), Fara Azrin(Univ.Malaysia Perlis- Engeneering), Nur Haseela Izani(Univ.Teknologi Malaysia Skudai - Engeneering), Nani (Univ.Malaysia Pahang - Engenering) dan Siti Hajar (Enam Atas).Haridah dan Ain Nabila tak hadir. Seronok bekas murid datang, mereka bernasib baik kerana musim buah rambutan, seronok tengok dia orang makan, sedangkan saya sakit dan tak dapat merasa buah rambutan hasil tanaman saya.
Mereka mencipta sejarah kerana itulah tahun paling ramai SMK Kandis mendapat 5 orang 8A PMR. Saya sebagai Guru Kelas cukup bangga, apatah lagi tuan pengetua(dah pencen sekarang). Sebenarnya ramai juga pelajar lain yang melawatku, sama ada dari SMK Kandis atau SMK Bachok tempat saya mengajar dulu(Kebanyakannya dah bekerja kerana di SMK Bachok saya mengajar Tingkatan 6)

Saturday, December 5, 2009

TEMUJANJI DENGAN PAKAR RUNDING KANSER

3.11.2009 - Hari ini saya ada temujanji dengan Pakar Onkologi, Prof.Madya Dr.Biswa Mohan Biswal. Hari ini tak payah naik teksi kerana saya guna kereta sendiri yang dipandu isteri. Saya pergi mendaftar di Klinik Onkologi/Nuklear HUSM sambil menunggu isteri cari parking. HUSM ni memang sukar cari parking, terpaksalah isteri saya parking di luar hospital dan berjalan kaki ke klinik. Ini punca saya tak pandu sendiri kereta ke HUSM walaupun kereta automatik, terpaksa jalan jauh sedangkan sya tak larat.

Setelah menunggu hampir 2 jam, saya dipanggil berjumpa Dr.Biswal. Terpaksalah saya cakap Inggeris broken saya kerana dia tak faham BM. Dia melihat bisulku dan menyatakan aku dapat bantuan separuh dari Suttence Assistance Program.Sebenarnya saya dah dapat surat itu dan dah tahu semuanya dan sudahpun telefon pegawai di KL. Maknanya saya kena keluar dulu duit sendiri RM17,000.00 untuk beli ubat dan buat tuntutan dengan kementerian, jika tuntutan lambat dibayar, Sutance akan beri 4 kotak percuma sementara tuntutan sampai.
Saya disuruh pula berjumpa dengan doktor perempuan, tak tahu namapun sebab doktor sekarang ni jarang yang pakai tanda nama, tidak macam mula-mula peraturan dikuatkuasa dulu masa Dr.Mahathir Mohamad. Doktor tadi akan uruskan surat menyurat dengan pengarah HUSM dan farmasi yang bekal ubat.

Termenung juga fikir nak cari duit RM17,000.00 sebulan, tetapi rezeki di tangan Allah, jika itu hak kita tidak ada sesiapa dapat menghalangnya. Saya akan telefon Jabatan Pelajaran Kelantan suruh percepatkan tuntutan saya sejak bulan Oktober 2007 yang belum dibayar, sedang surat kelulusan dari KPM sudah dapat. Cadangnya kalau dia orang nak main, saya akan adu ke Biro Pengaduan Awam, baru dia orang tahu langit tinggi rendah. Kalau tidak, surat hilanglah, buat surat sumpahlah tetapi bila dah buat, tak dapat-dapat juga, sedangkan jumlahnya menjangkau RM34,100.00. Tetapi hingga kini saya masih bersabar, tak mahu bising, jadi kena korek duit simpan yang masih berbaki sikit tulah.

Pun hidup perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan. Redha sajalah dengan takdir yang Allah berikan...................................................1.am.

Wednesday, December 2, 2009

PROSEDUR FISTULOGRAM

1 . 12 .229 - SELASA

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum!

Hari ni saya, dengan ditemani isteri dan Mek ke Husm kerana akan menjalani Fistulogram. Hati berdebar-debar kerana saya tidak tahu bagaimana prosedur ini. Selepas mendapatkan kerusi roda, aku ditolak oleh Mek ke Unit Taksiran sementara isteri mencari parking kereta. Selesai di sana, saya ditolak oleh Mek ke Jabatan Radiologi. Saya disuruh masuk ke bilik 5, Bilik Fluroskopi. Bilik ini saya dah masuk dulu masa buat BARRIUM FLOW THROUGH yang mengambil masa 7 jam. Saya minum air kontras dan gambar x-ray diambil dan saya dapat melihat di monitor air yang masuk melalui esophagus, masuk ke perut dan ke usus. Ia dibuat bagi melihat saluran makanan sama ada tersumbat atau tidak.

Hari ini aku tak tahu prosedurnya. Dr.Yin dan dua doktor perempuan Melayu memeriksaku. Satu tiub dimasukkan ke dalam bisulku, senak dan pedih rasanya, ku tahan kesakitan. Air kontras dimasukkan dan gambar x-ray diambil. Saya dapat melihat air kontras masuk melalui komputer tetapi tiba-tiba mesin rosak. Alamak! Bimbangnya saya. Engineer dipanggil untuk membaikinya tetapi tidak berjaya. Nasib baik ada mesin portable dan mesin itu digunakan. Selepas 2 jam prosedur berjalan, saya dibenarkan keluar.

Terima kasih kepada doktor yang mententeramkan saya semasa prosedur berjalan. Doktor memberitahu bisulku bersambung dengan usus besar dan nanah pula dari operation 2006 dulu yang belum sembuh sepenuhnya. Entahlah! Serah kepada takdirlah kerana doktor pakar plastik yang ambil tisu memberitahu bisulku terdapat sel kanser di sana dan luka itu payah sembuh. Ah! Jika Allah nak sembuhkan, tidak mustahil bagi Allah, usah hiraukan cakap doktor. Sakit Nabi Ayub yang menderita 18 tahun disembuhkan oleh Allah dalam sekelip mata, hanya mandi dari air yang keluar dari bumi. Itulah harapanku moga Allah memberi kesembuhan kepadaku agar ku dapat beribadat kepadanya dan mencari rezeki yang halal. Amin.

Thursday, November 26, 2009

Takbir Bergema Lagi

Bismillahhirrahmanirrahim.

Firman Allah dalam Surah Al-kauthar,ayat 2 bermaksud:

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah"



Nabi S.A.W bersabda bermaksud

"Tidak jua yang dikerjakan oleh manusia pada hari raya yang lebih dicintai Allah dari mengalirkan darah.Dan ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya dan kuku-kukunya dan darahnya yang terjatuh dari Allah di suatu tempat mulia sebelum jatuh ke bumi .Maka ikhlaskan hati berkorban"(HR Tirmizi,Hakim dan Ibnu Majah dari Aisyah)



Sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud:

"muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada hari kiamat)



Nabi bersabda bermaksud:

"Aku disuruh berkorban dan sunat bagi kamu"

(HR.tarmizi)



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Kelmarin 25.9.09 saya berjumpa pakar Psikologi-kanser iaitu Profesor Madya doktor Hasanah Che Ismail.Dia menyuruh saya meneruskan prosedur fistogram iaitu sejenis ubat akan dimasukkan melalui bisul saya untuk melihat dari mana datangnya nanah yang banyak.Ia akan dilakukan pada 1.12.09. Doktor menggalakkan aku buat fistulogram dan jangan risau jika aku tak dapat ubat RM17,000.00 sebulan. Ia suruh saya banyak makan sayur dan kuatkan semangat.

Monday, November 23, 2009

FISTOGRAM


22.11.09


Hari ini aku ditemani isteri ke Klinik Surgeri, ikut serta Mak isteri saya yang strok. selepas beberapa jam baru dapat jumpa doktor. Doktor Zuhdi memasuk tiub besi ke dalam bisul saya dan saya perlu buat Fistogram(betul ke ejaan?) iaitu ubat kontras dimasukkan melalui bisul untuk mengetahui sama ada bisul itu bersambung dengan perut.


Bisul saya dah agak tertutup, tetapi isinya masih merah dan menggeleber keluar dan ia begitu menyakitkan terutama bila dicuci.


Kini akau dah buat keputusan untuk tidak membeli ubat yang berharga RM17,000.00 sebulan. Aku pasrah dan bertawakkal kepada Allah dengan ubat yang aku makan sekarang yang berharga RM 8380.00 sebulan. Akibat paling buruk ialah mati, semua orang akan mati, tidak boleh tidak cuma kita tak tahu bila, bila sampai masanya ia tak dapat ditangguh walaupun sesaat dan tidak dapat dipercepatkan.


Sekarang ni, jika tak sakit, aku menghabiskan masa membaca kitab-kitab agama dan buku motivasi.

Friday, November 20, 2009

BONE SCAN

19 .11.2009 - Khamis

Hari ini aku cuci awal bisulku. Hujan di luar mencurah, camna nak pergi ke HUSM ni! Kelmarin Misi dah telefon, confirm buat bone scan hari ini. Lepas sarapan dengan makanan biasaku, nasi himpit yang dibeli ayah, aku berpayung dengan Mek(Mak) menuggu teksi. Setelah menunggu berapa lama, teksi sepupuku datang, ok juga tak banyak kerenah kerana saudara. Pemandu teksi nipun satu, kadang-kadang tak mahu pergi ke Husm kerana jem dan ada tak mahu hantar masuk ke klinik.

Tiba di sana, dah ada orang yang menunggu giliran. Setelah sejam menunggu, Doktor India memanggilku dan melihat folderku yang tebal tu. Dia melihat bisulku dan menyuruh aku tunggu untuk dimasuk ubat nuklear. Aku minta kebenaran supaya Misi Kak Lah memasukkan drip(jarum) kerana dia sudah biasa. Risau juga aku kerana semasa di Kecemasan dulu, 25 kali cucuk tak jadi lagi, akhirnya dicucuk di leherku. Hari ini, Alhamdulillah, dengan sekali cucuk kak Lah dah berjaya memasukkan drip.

Selepas diberi ubat, aku kena tunggu 3 jam sebelum diimbas oleh mesin scanning. Masa ini digunakan untuk berbual dengan pesakit lain. Ada misi yang kena kanser paru-paru tahap 4. Kutanya adakah suaminya merokok tetapi dia kata takpun, dah takdir. Seorang lagi kanser urat, dah dibedah belakangnya dan dia pula datang dari Lebir, jam 4 pagi dah bertolak datang. Syukur juga aku kerana setengah jam aku dah sampai. Masa menunggu ini juga aku dikehendaki minum banyak air agar skan nanti nampak jelas.

Jam 2.oo petang baru aku diimbas. Lebih kurang 20 minit aku tidur dalam mesin pengimbas. Ku berdoa moga kanserku tak merebak ke tulang.

Wednesday, November 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu sebuah sungai di syurga(1)

Maka dirikanlah solat kerana TuhanMu dan berkorbanlah(2)

Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus(3)"

Surah al-Kauthar


Hari ini 1 Zulhijjah dan 10 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Eidul Adha. Ianya mengingatkan kita kepada korban Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail.Begitu juga Habil yang diterima Allah sedangkan korban Qabil ditolak oleh Allah.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud:

"Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada hari kiamat"


Kembali kepada penyakitku, bisulku mulai rasa sakit dan mengikut doktar pakar plastik, hasil ujian tisu, sel di bisulku mengalami kanser dan lukanya sukar sembuh. Memang sedih tetapi pejuang Islam yang diseksa tentera Amerika termasuk seorang rakyat Malaysia di penjara Guantamao Bay lagi teruk. Makanan dimasukkan melalui tiub menerusi hidung, dan entah apa lagi seksaan yang mereka terima. Moga Allah memberi pertolongan kepada umat Islam seperti Allah menghancurkan tentera Abrahah yang cuba menghancurkan Kaabah. Ini diterangkan Allah dalam Surah Al-fiil.

Tuesday, November 17, 2009

TEMUJANJI PAKAR BEDAH PLASTIK

16.11.09

hari ini aku ada temujanji dengan Pakar Bedah Plastik di HUSM. Aku pergi ditemani ibu dan sampai di sana Mak terpaksa menolak aku menggunakan kerusi roda kerana kakiku terasa lenguh sekali. Kaki lenguh ni berlaku dah hampir semingu dan setiap malam keluargaku mengurut betis dan paha. Aku terpaksa minum sirap morfin untuk menghilangkan rasa lenguh

Setelah menunggu sejam, aku dipanggil bertemu doktor. Dia buka pembalut bisulku di dada. Dia cuci dan cuba guna kolonoskopi(macam orang yang buang najis melalui perut) tetapi dibuang semula kerana aku kena cuci luka setiap hari. Dia kata ada sel kanser di bisul ku, dan ia bersambung dengan perut. Kini kanser telah merebak ke kulit selain telah merebak ke hati. Aku pasrah.

Onkologist cadang aku tukar ubat dari gleevec(imatinib) di Suttent(sunatinib) tetapi malangnya aku tak diterima dalam Suttent Assistance Program kerana aku pegawai kerajaan, kena beli sendiri dan buat tuntutan kerajaan. Aku enggan buat begitu kerana pengalaman beli gleevec dulu, 4 bulan baru dapat claim sedang harga ubat RM 17,000.00 sebulan. Mana nak korek duit sebanyak itu kerana ubat perlu dimakan berpanjangan. Hari khamis ni aku nak buat skan tulang pula. Aku Pasrah.

Sekarang aku sedang membaca kitab La Tahzan (Jangan Bersedih) yang berharga RM49.00. Buku ini laris di Timur Tengah dan Indonesia, ia bagus bagi mengubat hati yang sedih.

Setiap penyakit penyakit ada ubatnya, kita belum temuinya lagi. Wassalam

Thursday, November 12, 2009

TUKAR UBAT

















PROSEDUR ENDOSKOPI YANG TELAH 5 KALI AKU MENJALANINYA. Sakit jugalah kerana dalam keadaan sedar, tapi terpaksalah untuk lihat perut.


Aku terima panggilan dari Suttent Assistance Program iaitu sebuah pertubuhan yang memberi ubat percuma kepada pesakit kanser. Aku telah hantar semua dokumen diperlukan tetapi dia menyatakan aku tak layak kerana aku pegawai kerajaan, kena minta dari kerajaan. Aku dah serik buat tuntutan dari kerajaan semasa membeli ubat glivec dahulu, sehingga sekarang dah dua tahun, tuntutan sebanyak rm 34,000.00 masih belum dibayar, apatah ubat baru ini, sunatinib yang berharga RM 17,000.00 sebulan. Jadi aku ambil keputusan untuk terus makan ubat glivec yang dapat percuma dari kementerian kesihatan. Mak pergi ambil ubat tu hari ini.

Bisul di dadaku semakin sembuh, tetapi nanahnya masih banyak dan keluar angin melalui lubang nanah tersebut. Aku cuci 2 kali sehari. Satu lagi ialah lenguh melampau di kaki,betis dan paha sehingga isteri,mak,ayah dan anak selalu keni picit. aku makan ubat tahan sakitpun masih tak hilang,akhirnya aku minum sirap morphine yang dibekalkan doktor, baru reda sedikit.

"Dan kepada Tuhanmu hendaklah engkau berharap" Al-Insyirah

Thursday, November 5, 2009

TUKAR UBAT

Dr.Biswal, pakar kanser memberitahu bahawa aku dimasukkan dalam Suttent Assistance Program dan akan dapat ubat baru, Sunatinb secara percuma. Malangnya syarikat ubat Axios masih belum meluluskan kerana aku pegawai kerajaan walaupun aku dah poskan dokumen yang diperlukan. Ya Allah Ya Razak, engkaulah pemberi rezeki, jika engkau takdirkan ubat itu dapat menyembuhkan sakitku, maka aku rayu padaMu Ya Allah berilah ubat itu kepadaku secara percuma kerana aku tak mampu untuk membelinya kerana kosnya melebihi RM 10,000 sebulan.

Bisul di dadaku juga belum sembuh, tiap-tiap hari kena cuci, dulu di klinik Bachok tetapi kini kucuci sendiri dengan bekalan peralatan dari klinik.

Sekian dulu,takut radiasi komputer,

Wednesday, October 21, 2009

.....Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.



Gambar ini diambil setelah 2 minggu keluar wad, kelihatan ianya semakin sembuh. Terima kasih kepada Misi-Misi di Klinik Kesihatan Bachok yang tak jemu-jemu mencuci lukaku setiap hari dengan ramah tamah, begitu juga dengan M.A(Medical Assistance).

Hari ini aku pergi ke klinik Bachok lagi dan ikut sama anak sulungku kerana dia mengidap demam campak. Ramai pula tamu yang datang ke rumah hari ini termasuklah Cikgu Tg.Azmi yang akan mengerjakan haji tahun ini. Ku pohon padanya supaya doakan kesembuhanku di Tanah Suci nanti. Juga di doakan semoga dia mendapat haji yang mabrur.

Entah kenapa sejak ku sakit, sukar benar untuk melelapkan mata, hingga kadang-kadang terpaksa telan diazapam.

Hari Ahad depan, saya akan berjumpa Pakar Bedah, mungkin keputusan CT Scan dah dapat, dan dapatlah tahu status kanserku. Moga Allah memberi kesembuhan kepadaku. Amin.

Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah bermaksud:

"1.Bukankah Kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad).

2.Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat

3.Yang memberati belakangmu,

4. Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu

5. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai

kemudahan.

6.(sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran

disertai kemudahan.

7.Kemudian apabila engkau telah selesai(daripada sesuatu amal soleh), maka

bersungguh-sungguhlah engkau berusaha(mengerjakan amal soleh yang

lain)

8.Dan kepada Tuhanmu maka hendaklah engkau berharap"

SESUNGGUHNYA DUNIA INI TEMPAT UJIAN ALLAH


Ini birasku yang banyak membantu kami sekeluarga sejak daku sakit. Banyak dulu daku yang uruskan kini dibantu olehnya. Pun begitu ramai lagi keluargaku dan keluarga isteriku yang memberi sokongan dan bantuan kepadaku sekeluarga.
28 September 2009 daku keluar wad 2 Intan HUSM. Gembiranya hati dapat pulang dan melihat rumah yang dah 2 minggu di tinggalkan. Rumput menjalar di sekeliling rumah walaupun kalau tak silap Hari Raya ke 6. Biskut yang isteri tempah belum terusik, jadi tetamu yang datang menziarahiku dapatlah lagi merasa biskut raya.


Sejak keluar hospital, setiap hari daku kena cuci luka di dadaku di Klinik Bachok dihantar oleh birasku. Ibuku pula sentiasa menemaniku, isteriku tidak dapat menghantarku kerana ia bekerja, kecuali hari Jumaat dan Sabtu, barulah isteriku dapat membawaku ke klinik Bachok.


Lukaku dah semakin sembuh, cuma nanahnya masih banyak hingga kadang-kadang meleleh keluar, terpaksalah daku sendiri tambah kapas dan kain kasa.

Ku sendiri gerun pada mulanya untuk melihat luka di dadaku kerana ianya agak dalam dan ada lubang di tengahnya. Melalui lubang itulah keluar nanah dan angin(smell too stink). Inilah dugaan yang harus kutempuhi.


Ku tak dapat lagi menahan air mata bila solat, berdoa dan membaca Quran dan terjemahannya. Begitu kerdilnya kita di dunia yang fana ini. Sesungguhnya kita semua milikNya dan sebagai hamba, kita terimalah semampu kita. Firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 1 - 2 bermaksud:


"Maha suci(Allah) yang di tanganNya kerajaan(pemerintahan) dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya
dan Dia Maha Perkasa lagi Pengampun"

Sunday, October 18, 2009

ALTERNATIVE TREATMENT

Memang banyak perubatan alternatif yang kita dengar, termasuklah pelbagai produk. Saya dulu pada tahun 1997 iaitu baru sebulan lepas pembedahan telah makan alphalipid yang diperkenalkan oleh nazir yang melawat sekolah dan harganya RM 150.00 setin tetapi selepas makan 5 tin, sel kanser saya makin merebak dari 2cm di hati kepada 4 cm , 6 cm dan 7 cm. Keputusan ini dilihat melalui CT SCAN. Doktor Yus, pakar kanser melarang saya mengambil sebarang produk, turut saya arahan doktor, dan sejak itu saya berhenti memakannya. Pada pendapat saya, alfalipid mengandungi susu awal lembu yang menggalakkan pertumbuhan sel dan sel kanser turut subur.

Saya mengikut nasihat doktor dan makan ubat glivec walaupun saya terpaksa mengeluarkan duit saya dulu sebanyak RM 8380 sebulan dan banyak procedur yang terpaksa dilalui. Pernah dos saya dinaikkan kpd 600 mg dan kosnya meningkat sehingga RM 12880.00 sebulan. Saya bayar dua bulan dengan duit saya, duit KWSP dikeluarkan, duit tabung haji dikeluarkan, kerana nak harapkan claim, 3 bulan baru dapat, jadi tak sempat nak rolling duit. Alhamdullillah, dengan pertolongan Dr.wan Yus Hanif, saya di rujuk ke HRRPZII dan bertemu dengan Dr.Othman. Dr.Othman telah berusaha supaya saya dapat ubat percuma dan akhirnya mulai januari 2008 saya mendapat ubat percuma dari Hospital Besar Kota Bharu(HRPZII) hinggalah sekarang.

Dalam puasa lepas dan sehinga seminggu lepas raya(beraya dalam wadlah tahun ini), saya diberitahu bahawa Dr. Biswal , Pakar Kanser yang diimp0rt dari India mahu ganti ubat glivec dengan Sutent yang harga RM12000.00 sebulan. Minggu lepas syarikat ubat Axios menghantar borang bagi membolehkan saya mendapat ubat percuma melalui Sutent Assistance Program. Saya telah menghantar slip gaji, geran tanah, skd rumah dll, lagi dan harapnya permohonan saya diluluskan kerana jika ubat itu perlu dibayar, saya tak sanggup lagi.

Berbalik kepada rawatan alternatif, kini saya makan jus mahabbah(jus tokguru), biodisc dan talbinah yang dibeli dari Ustaz Syukri.

Saya juga mendapat rawatan perubatan Islam dan sehingga kini dah 30 orang Ustaz telah dilawati. Kadang-kadang masa menunggu begitu lama, contoh Us.Khairi di Tanah Merah, saya datang jam 3.00 petang tetapi jam 3 pagi baru dapat berjumpa untuk mendapat rawatan darinya.

Saya juga pernah ditawarkan belah batin oleh saudara mara tetapi buat masa ini saya masih waras.

Buat sahabatku semua, terima kasih kerana sudi melawatku di wad walaupun dihari raya. Terima kasih kepada Meli, Us.Mokhtar, Razali, Che Rohani, Cikgu Azizah dan ramai lagi yang tak larat saya nak tulis di sini.

Buat cikgu Adnan, terima kasih kerana menjemputku ke kenduri dirumahnya dan disediakan ikan bakar dan sayur air. Maaf kerana saya muntah di rumah anda.

Tuesday, October 13, 2009

Sabar itu senang diucap sukar dipraktik

Kini sudah 2 minggu aku keluar wad. Begitu tersentuhnya hati bila tidak dapat beraya di rumah, pun begitu aku amat berterima kasih kepada saudara mara dan para sahabat yang sanggup datang menziarahiku di hospital pada hari raya. Ku pohon maaf jika layanan tak seberapa kerana kesakitanku yang amat menyeksakan, dahlah makan minum tak boleh, tiub pula di hidung dan asyik muntah saja.

Kesian isteriku, dia telah tempah biskut raya tapi beraya di hospital. Mak ku pula menjagaku dan tidur bersama isteri di wad. Memang sedih hidup ini pun begitu ku tetap tabah menghadapinya dalam linangan air mata. Allah telah memberiku hidup lagi sudah cukup bersyukur kerana ramai yang senasib denganku telah di panggil menemuiNya. Bila tiba giliranku, aku serah kepada Allah, cuma ku pohon padaMu masukkan aku dalam kalangan orang yang soleh bila Engkau menjemputku nanti.

Kini setiap hari aku terpaksa ke klinik berhampiran untuk cucu luka di dadaku. Lukanya dah semakin pulih tetapi nanahnya masih banyak hingga bocor kain balutan luka.

UCapan terima kasih tak terhingga kepada Abe Zie kerana sudi menghantarku ke klinik tiap-tiap hari, jika tidak aku terpaksalah tunggu kereta sewa bersama Mak.

Saturday, October 10, 2009

CABARANKU MAKIN HEBAT

Tahun ini merupakan tahun yang paling menyedihkan sejak aku sakit kerana pada tahun ini aku terpaksa beraya di hospital. Sebenarnya aku sudah dimasukkan ke wad 3S kerana bisul yang naik di dadaku membengkak dan begitu sakit sekali.. Setelah beberapa hari dalam wad, bisulku pecah dan hanya dicuci oleh jururawat. Aku diberi morfin bagi menahan sakit sehingga aku khayal, cakapku tidak jelas, tak tahu arah kiblat dan lain-lain kesan negatif morfin.



Selepas bisul ku pecah, doktor membenarkan ku balik, aku gembira kerana hari raya tinggal 2 hari lagi. Ingin sekali aku beraya di surau kampungku kerana sudah lama benar aku tidak ke musalla kerana penyakit kanser yang aku tanggung. Malangnya pada malam sehari sebelum raya, perutku sakit melampau, bila tak tahan lagi di rumah, walaupun dimakan sirap morfin, aku dibawa oleh isteriku ke Unit Kecemasan HUSM pukul 300 pagi.



Sebenarnya aku dah serik ke HUSM kerana apabila doktor mahu memasukkan jarum ke dalam urat, ianya begitu menyakitkan dan biasanya selepas 3 atau 4 kali cucuk jarum baru drip dapat dimasukkann. Dari situlah air dan ubat tahan sakit dimasukkan.



Sesampainya di Husm, 6 orang doktor cuba memasukkan jarum dalam tubuhku tetapi tak berjaya, aku dah tahan lagi sakit dan meminta doktor bius saja. Akhirnya doktor pakar datang dan cucuk jarum melalui urat dileherku, sakitnya jarum yang dicucuk dileherku tak begitu terasa sakitnya kerana sakit perutku melebihi segalanya. Aku bertakbir untuk menahan sakitku.



Aku memberitahu doktor bahawa aku alergik dengan ubat tahan sakit maxilone, cuma kytril yang sesuai untukku. Selepas dimasukkan ubat tahan sakit dan beberapa jenis ubat lain, sakitku semakin reda.



Malamku aku tak dapat tidur, aku kesian kepada anak dan keluargaku kerana bersahur di hospital. Pagi esoknya ayah dan anakku pulang ke rumah dan aku ditemani oleh isteri dan emakku, dua orang yang sentiasa di sampingku bila ku sakit.



Paginya aku dilakukan ultrasound. Bila skanernya diletakkan dibisulku, aku rasa macam terkena renjatan elektrik, ini menyebabkan jurutekniknya hanya melakukkan ultrasound di kawasan lain.



Paginya bisulku ku dicuci oleh Dr.Fatin, sakitnya tak terkata, doktor menghirisku kulitku yang dijangkiti untuk mengelakkan bisulku merebak.

Selepas 15 minit, baru selesai dan aku menarik nafas lega.



Aku masih tak selesa kerana tiub dimasukkan melalui hidung dan menyebabkan tekakku merasa geli.Dah 4 hari aku tak makan dan minum, cuma bergantung kepada air dan ubat antibiotik dan gastrik yang dimasukkan melalui saluran darah.



Hari raya , lepas solat semua keluargaku datang. waris-waris turut datang, begitu juga kawan-kawanku. terima kasih semua tetapi aku minta maaf kerana tak dapat berbual panjang kerana masih lemah.



Raya ketiga, Dr. Mehboob Alam Pasya, seorang pensyarah dan doktor pakar melawatku dan memberitahu akan melakukan endoskopi. Aku terkejut kerana aku dah serik buat endoskopi, ini kali ke 5. Ia begitu menyakitkan bila wayar yang ada kamera di hujungnya dimasukkan ke dalam mulut dan seterusnya ke perut bagi melihat sebarang luka dalam perut.



Raya ke 4, Dr.Pasha membuat endoskopi, aku muntah bila dimasukkan wayar, aku tahan juga hinggalah prosedur selesai selepas 15 minit.



Hari ini aku dibenarkan minum air saja. Setiap kali aku melihat orang membawa air, tekakku terasa haus sekali tetapi terpaksa bersabar. Esoknya aku dibenarkan makan soft diet.



Hari kelima raya aku dibenarkan pulang dan mesti cucu luka tiap-tiap hari di klinik Bachok.



Bersambung kerana aku tak berani lama-lama mengadap komputer takut kepada radiasinya.

Friday, August 28, 2009

Bengkak di dada semakin membesar

Hari ini dada ku semakin sakit kerana ia semakin membengkak seolah-olah macam bisul.saya dan isteri pergi ke klinik onk0logi(kanser)dan berjumpa Profesor Madya Dr.Biswal Mohan seorang pakar kanser yang diimport dari India.saya disuruh membuat X-ray dan Biopsi di tempat yang bengkak.setelah di beri ubat,aku dibenarkan pulang.saya singgah di bank Islam untuk mengambil duit.

Dalam perjalanan pulang,saya dan isteri singgah di rumah kawannya untuk solat zohor.

Selepas asar,wan zainiah datang ke rumah mengambil duit untuk Biodisc.Saya berkongsi membelinya dengan adik saya,Zamri.

Pada sebelah malamnya,dadaku semakin sakit dan jam 2.30 pagi,saya makan ubat tahan sakit. Semoga Allah menyembuhkan penyakitku sempena keberkatan bulan Ramadan.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA

Adik-adikku: dari kiri:- Zulini, Zawati, Zarina, Zaidah dan Zakira.





Hari ini saya bangun jam 3 pagi dan tak tidur-tidur sampai subuh.Aku tidur awal semalam kerana letih ikut isteri bayar kereta di EON Bank dan ke Billion sambil meraikan hari jadi Safi dan Zahir . Lepas subuh pergi ke kubur. Balik kubur tulang dadaku rasa makin sakit kerana ubat tampal di dada bocor. Aku tertidur dan bila sedar, isteri bubuh air taring gajah mina(singa laut?). Akibat sakit, aku tak ke masjid.

Esok mula puasa, saya mungkin tak dapat puasa, kena bayar fidyahlah. Sayang juga sebab dah puasa sejak umur 9 tahun lagi.

Di ruangan ini saya ucapakan Selamat Berpuasa buat adik-adik, Zamri di Gua Musang, Zaidah di Bukit Sagu, Kuantan, Zarina di Putrajaya, Zawati di Keluang, Zakira di Sabak Bernam dan Zulini di Koj Lanas. Tidak lupa juga buat Dr. Hasanah Che Ismail, Pakar Onko-Psychology HUSM, pakar-pakar, doktor dan jururawat yang merawat saya.
Tidak lupa juga buat semua guru-guru di SMK Kandis, SMK Bachok dan semua yang mengenali saya.

Di bulan Ramadan ini sama-samalah kita tingkatkan amalan kerana pada bulan ini dibukakan pintu-pintu langit, ditutup pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan(hadis).

Mari kita berdoa semoga dihidupkan kita dengan iman, dimatikan kita dengan iman dan dimasukkan syurga dengan iman. Mari juga berdoa supaya kita disihatkan sepanjang hayat supaya kita diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk beribadat kepadanya.

Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadan lagi tahun depan.

Wednesday, August 19, 2009

KE SEKOLAH

Pukul 4 pagi ku dah bangun. Selepas solat subuh aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Sampai di sekolah, aku sungguh gembira berjumpa dengan rakan seperjuangan.

Monday, August 17, 2009

Tulang Rusukku Makin Sakit

17 Ogos 2009

Hari ni aku bersama Mek ke Hospital Besar Kota Bharu bertemu doktor bagi mendapatkan ubat glivec. Saya beritahu doktor tulang rusuk(dada) sakit tapi dia tak cekpun kerana aku dibawah rawatan onkologi Dr. Biswal di HUSM. Minggu lepas aku dah jumpanya dan dia akan buat bone scan dan Pet scan. Saya terpaksa pakai topeng muka kerana limpa saya sudah tiada dan senang dijangkiti penyakit, apatah lagi sekarang ni musim wabak H1N1. Selepas jumpa doktor saya ke wad ICU mencari Che Rohani tetapi rupanya dia dah balik dan anaknya dah pindah ke wad lain dan dirawat bersama pesakit H1N1. Saya ke kaunter ubat dan Alhamdulillah ubat mahal itu ada(RM8380.00).

Petangnya bapa sepupuku Ayahsu Hassan datang bersama anak-anaknya. Terima kasih kerana kini hubungan keluargaku dan keluarga di Pulau Redang semakin erat. Kelmarin dulu Ayah Ngah Awie telefon.

Petang minum petang dengan air buah naga yang dibeli isteri. Terima kasih sayang.

Sampai di rumah aku tertidur dan bila bangun terus solat walaupun tulang dadaku terasa sakit.

Saturday, August 15, 2009

BERSAMA ISTERI DAN ANAK-ANAK




. Gambar atas, bersama anak bongsu, M.Zahiruddin, Ting.2 SMKB, moga 5A upsr akan jadi 9A PMR nanti.
Gambar kedua:
Saya bersama anak sulung, Muhamad Safiuddin dan akan menduduki PMR, maafkan abah kerana tak dapat mengajar dan menghantar Pi tuisyen kerana abah sakit.
Gambar sebelah:
Bersama isteri tercinta, Rosemawati(Tie) yang banyak berkorban untuk abang. Terima kasih sayang semoga mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah s.w.t. Marilah kita semua sentiasa berdoa kepada Allah s.wt.
agar Abang/Abah sembuh dan dapat kembali bekerja.


















































Thursday, August 13, 2009

BAGAIMANA AKU TERKENA KANSER PERUT

(Gambar Ayah yang banyak berkorban dengan ibu dan isteri sejak aku sakit)






Kisahnya bermula sejak aku mengajar di SMK Menggatal, Sabah. Aku menyertai pertandingan badminton acara perseorangan peringkat Kota Kinabalu. Selepas perlawanan, aku terasa sakit kepala dan ianya berpanjangan. Aku pernah jumpa Doktor Patawali(dulu ADUN Tawau) dan dia tak dapat kesan. Kemudian aku diberi PONSTON saja. Jadi bila sakit kepala, aku dikatakan migrain oleh doktor dan berikan PONSTON.





Bila aku pindah ke Kelantan, aku ke HUSM dan masih diberi PONSTON, mereka periksa matapun tak dapat kesan apa-apa. Akhirnya pada tahun 1995, aku tergerak ke kedai cermin mata dan disahkan sudut mataku lari dan sikit rabun jauh. Sejak aku pakai cermin mata, sakit kepalaku hilang kecuali stress terutama semasa periksa kertas pelajar.





Aku diuji lagi bila arwah isteriku terkena breast cancer, makanku tak teratur dan stress. Aku akhirnya terkena gastrik. Aku makan histac(Ranitidine) hingga tahun 2006. Setelah isteriku meninggal akibat penyakitnya (Dah takdir), tekananku kurang sikit setelah kahwin lain tapi disebabkan gastrikku dah teruk, satu malam aku muntah darah dan telah dibedah buang perut separuh, macam yang pelakon Shanie buat tu.





Aku doktor bekalkan ubat kanser(glivec), ubat gastrik(nexium dan ganaton) di samping pelbagai vitamin. Moga Allah memberikan kesembuhan kerana Ramadan dah semakin hampir. Tahun lepas cuma dapat puasa 12 hari


saja, jadi bayar fidyahlah. Tahun ini entahlah........

Saturday, August 8, 2009

MAAFKAN KU SAHABAT DAN TERIMA KASIH

KEMAAFAN JUA KU PINTA

Bila sakit menimpa , ia menilai erti sebuah persahabatan
terima kasih sahabat-sahabatku ,sudi menziarahiku tanpa keberatan
walaupun tugas dan rutin seharian tidak kehabisan
Jika layanan tidak seberapa,kalian maafkan

Di kesempatan yang masih ada
ku poh0n kemaafan atas silap bicara ,pun tingkah laku atau kebencian di dada

Semakin hari hayat kita semakin kendur
uban berterabur, mata semakin kabur,gigi dah mula gugur
apakah ini tandanya tak lama lagi kita ke kubur

Sahabat,

Jika ada hutang sila maklum
kerana kita kadang-kadang terlupa
semoga Allah mengampun segala dosa kita
Akhirat jua destinasi abadi.

zainismail 8 Ogos 2009 5.40 am.

Friday, August 7, 2009

KE HOSPITAL LAGI

7 OGOS 2009

Kelmarin aku batuk dan kahaknya banyak, serta badan letih. Petangnya aku bersama isteri ke HUSM dan jumpa doktor pesakit luar. Disebabkan tempat x-ray dah tutup, di rujuk aku ke Kecemasan. Di sana aku di x-ray dan cuba dimasukkan jarum untuk dimasukkan ubat. Setelah 4 kali dicucuk oleh 4 orang doktor, mereka tak berjaya memasukkan jarum kerana uratku dan keras akibat kimo dan akupun dah tak tahan. Akhirnya aku diberi ubat antibiotik dan batuk, dan dibenarkan balik.

Selepas solat subuh, akibat letih, aku tertidur, tak pergi ziarah kubur, hanya anak-anak yang pergi.

Aku betul-betul letih dan tak bersemangat hari ni tak spt hari-hari sebelumnya. Dadaku masih sakit tetapi telah ditampal dengan semalu gajah seperti yang disyorkan Ira kawan doktor Hasanah. Bengkak tu ok sikit.
Aku juga tak pergi Solat Jumaat hari ni kerana letih.
sebelah petang kuatkan diri pergi ke rumah Kak Sah di PC.
Zulini balik hari ni dan makan tengahari bersama kawannya di rumah Mek.

Thursday, August 6, 2009

DOA PESAKIT KANSER

Sharing With Others
(dipetik dari “ONEBREASTBOUNCING.BLOG.SPOT” (RADEN GALOh)

To shrink cancer cells - Surah Thaaha 105 -107 (7 times)

To kill cancer cells:1. Surah Al-Qalam 1-52. Surah Al-Qalam 16-20 ( 7 times, repeat verse 20, 20 times)

To cure from cancer (read following sequence):
1. Al-fatihah
2. Al-Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali-Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al-A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thaaha 65-697. Mukminun 115-118
8. As-Shaaffaat 1-15
9. Ar-Rahman 31-34
10. Al-Hasyr 21-24
11. Al-Mulk 3-4
12. Al-Qalam 3-4
13. Al-Jinn 3
14. Al-Kafiruun
15. Al-Falaq
16. An-Nas

(Read 7 times onto water for shower and/or for drinking purposes)

Believe, it is He the Most Merciful, the Most Loving, for it is He who will give a cure to this disease. Insya'Allah, if it is the best fated and charted in my life.Always read:Doa Nabi Yunus, Bismillah 5, Doa Nabi Ayub, Ayat Syifa' and istighfar, include the zikirs for chronic disease
Reach me at: 012-325 9958 or 016-213 8290 Note:If you want a copy of the pdf version, pls email me at: datinsb@yahoo.com or datinsb@gmail.com

TAWAKKAL DGN BIODISC


Saya sebenarnya tak berapa berminat dengan supplement yang dijual secara jualan langsung. Pernah kawan datang perkenal tilam magnetlah, makanan kesihatanlah tetapi saya tak beli kerana kos ubat say dah rM8380 sebulan. tetapi bila kawan sekampung dan groupnya datang, dan diberinya saya cuba dulu dan nampak ada perubahan maka saya belilah wp agak mahal. tambahan pula ia boleh diguna untuk seluruh keluaga samada dengan suluh di tempat sakit atau suluh di air mineral dan diberi minum. saya pun takut, takut sel merebak tatapi saya berserah kepada allah kerana dah 2 tahun saya makan ubat kanser tetapi ia hanya mampu bertahan.saya bukan nak kempen tetapi yang penting saya sihat, bisnes belakang kira sebaba saya tak pandai bisnes


.

Wednesday, August 5, 2009

TEMUJANJI DENGAN PAKAR KAUNSELING KANSER

4 Ogos 2009

Temujanji dengan Prof.Madya Dr.Hasanah Che Ismail, Pakar Kaunseling Kanser jam 11 tetapi aku datang awal kerana nak fotostat Doa Penawar Kanser untuk diberi kepada Dr.Hasanah kerana dulu dia pernah hadiah buku agama kepada ku. Malangnya kedai fotostat tak sempat siapkan sebelum jam 11, jadi aku akan bagi lain kali.

Jam 11 pagi, ku jumpa Dr.Hasanah di Onkologi Klinik. Dia kata aku nampak ceria. aku ceritakan aku guna biodisc dan dia berminat untuk mendapatkannya. Petang nanti isteriku dan dealernya akan jumpa Dr.Hasanah.
Gambar biodisk dan kegunaanya saya akan papar kemudian kerana internet saya guna dial-up,bukan broadband, jadi lambatlah, kena masuk jam dinihari.

Aku tunjukkan bengkak di dadaku dan dia maklumkan ubat tradisional iaitu pokok semalu gajah dan beras.(diberi Ira)

Selepas jumpa doktor, fikiranku tenang walaupun bengkak masih sakit. aku rasa bersemangat untuk melawan penyakit dan sanggup terima apajua takdir yang diberikan Allah.

Malamnya aku tidur nyenyak sekali sehingga dekat subuh baru sedar. Aku makan ubat aprozalam seperti yang disyorkan doktor.

MALAM NISFU SYAABAN

Pada malam Nisfu syaaban(15 syaaban) malam inilah, digalakkan membaca surah Yasin 3 kali selepas solat Maghrib,sama ada individu atau berjamaah.

1. Bacaan Yasin pertama , niatkan memohon dipanjangkan
umur untuk mentaati perintah Allah dan menjauhi
larangannya. Kemudian berdoa. (rujuk kitab kelebihan
amalan bulan Syaaban)

2. Bacaan Yasin kedua, niatkan memohon keluasan rezeki
yang halal serta diberkati. Kemudian berdoa.

3. Bacaan ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang
sempurna sehingga meninggal dunia kelak. Kemudian
berdoa.

amin, semoga doa kita semua diperkenankan Allah s.w.t.

Monday, August 3, 2009

DAH NAK RUGI

3 OGOS 2009(Isnin)

Jam 4 pagi ku dah bangun dan kejutkan anak yang nak solat hajat kerana ia akan mengambil PMR tahun ini. Lepas solat dia baca buku sekejap dan tidur balik.

Tulang rusukku yang bengkak rasa sakit, doktor swasta pula enggan beri ubat kerana ia kata perlu di skan. Aku letakkan biodisc di tempat bengkak san rasa sakit berkurangan.

Aku bangun "PING", anakku zahir sahut "PECAH". Aku terlupa kaca biodisc dan terus bangun menyebabkan ia jatuh atas mozek dan pecah berkecai. aku cuba kawal emosi dengan berkata ia sudah takdir, tak ada rezeki, melayang duitku RM 1400. Emak pula sporting dan tidak menyalahkan aku dan berkata ia sudah rezeki tiada.

Aku begitu mengantuk tatapi entah, mata ini cukap liat untuk tidur.

KANSER DAN KETABAHAN

3 Ogos 2009 (Isnin)



Jam 4 aku dah bangun, dan mendekatkan diriku kpd Allah. Sakit di dada kiriku semakin terasa dan ia sudah mula membengkak . Semalam ku pergi ke klinik swasta tetapi doktor tak berani beri apa-apa ubat untuk bengkak ku, dia cuma bagi aku ubat cair kahak dan batuk. Bila ku batuk, sakitnya begitu mencengkam dada.



Ya Allah! Adakah kanserku sudah merebak ke tulang, ku berdoa moga ia hanyalah bengkak biasa. Bone scan(skan tulang) lambat lagi(bulan 11) dan pet scan tak tahu bila kerana di Malaysia hanya terdapat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ya Rahman!
Aku memohon kepadaMu sembuhkanlah penyakitku ini dan berilah aku ketabahan sebagaimana Engkau beri kesabaran dan ketabahan kepada Nabi Ayub a.s.

"Ya Allah sembuhkanlah aku kerana hanya Engkau Zat yang kuasa menyembuhkan dan selamatkanlah aku kerana Engkaulah Zat yang kuasa menyelamatkan.

Ya Allah, jika Engkau sakitkan aku untuk mencabut rohku dalam sakit ini, maka jadikanlah rohku ini termasuk orang-orang yang memperolehi kebaikan dari Mu, dan lindungilah aku sebagaimana Engkau melindungi orang-orang yang memperolehi kebaikan dari Mu"

Amin. Ya Rabbal Alamin.

Saturday, August 1, 2009

Jumpa Pakar Runding Kanser


Gambar di depan rumahku setelah 3 minggu keluar dari wad. Saya sudah boleh keluar rumah dan berjalan dekat-dekat sahaja. saya juga sudah dapat pergi solat Jumaat dan menziarahi kubur. Semoga Allah s.w.t terus memberi kesihatan kepada saya agar saya diberi kekuatan untuk beribadat kepadaNya dan mencari rezeki yang halal sebagai pendidik. amin.
30.07.2009(Khamis)




Pagi itu aku begitu suspens, apakah yang menyebabkan sakit di tulang rusuk sebelah kiriku. Dr. pakar bedah dah periksa tetapi dia tak dapat mengesahkan lagi sebelum diX-Ray, aku enggan x-ray dan suruh dia tengok x-ray aku dalam wad 2 minggu lepas. X-ray ku telah terlalu tebal hingga berat nak membawanya.

Aku ke HUSM bersama mak yang sudah tua menaiki teksi, keretaku ada tetapi tak larat nak pandu dan parking pula susah. Nasibku baik kerana attendan yang aku call kelmarin dah urus folder aku.

Namaku dipanggil dan berjumpa dengan Prof.Madya Biswal Mohan, Pakar Runding Kanser dari India. Aku hentam Broken English dengannya kerana dia tidak boleh cakap Melayu tetapi katanya o.k. asalkan dapat berkomunikasi.

Dr.Biswal mahukan aku buat bone scan dan Pet-Scan sekali lagi. Bone Scan bulan 11 tetapi pet scan tak tahu bila kerana ia hanya ada di Hospital Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tahun lepas dabuat pet-scan di Penang.

Dr.Biswal bagi ubat tahan sakit yang ditampal di dada dan kalsium di samping pelbagai vitamin. Dia call Prof.Madya Dr.Hasanah, pakar psikologi kanser untuk berjumpa denganku tetapi Dr. Hasanah sibuk dan akan berjumpa denganku selasa depan.

Malamnya aku dapat tidur dengan nyenyak, Mek(ibu) dan ayah tidur di rumahnya kerana melihat keadaanku yang semakin si

Ya Allah! Engkau Maha Penyembuh, sembuhkanlah aku agar aku dapat beribadat kepadaMu dengan lebih sempurna dan dapat mencari rezeki untuk keluargaku" Amin.

Wednesday, July 29, 2009

CANCER AND POSITIVE THINKING

29 Julai 2009

Alhamdulillah, semalam aku dapat tidur walaupun aku berminat melihat Hujah TV 9 mengenai Natrah. Sebagai ahli sejarah, aku amat berminat tetapi terlena kerana aku mengambil ubat tidur kerana malam sebelumnya aku dah tak tidur. Ubat tidur dan Laxapro juga ku jimat kerana lambat lagi nak jumpa pakar Psikologi Kanser Prof.Madya Dr. Hasanah Che Ismail.

Paginya aku mengajar sepupuku, Nazri mengaji Al-Quran. Aku juga telefon klinik Onkologi untuk jumpa pakar kanser, Dr. Biswal Mohan besok kerana ku rasa dadaku sakit. Pun begitu aku cuba positif dengan beranggapan kesakitan di dada bukan kerana merebaknya kanser tetapi masalah otot atau sesuatu yang tiada kaitan dengan kanser.

Penyakit kanser perlu dielak dari berfikiran negatif dan risau. Kita mestilah pandai mengendalikan hidup ini. jika kita ada masalah, berkongsilah dengan orang lain dan paling penting solat hajat,taubat dan pelbagai solat sunat yang lain.

Petangnya aku rasa sihat dan isteriku membawaku dengan kereta ke rumah emaknya. Mereka semuanya nampak gembira dengan kehadiran ku ke sana.
Aku singgah di kedai telefon untuk tukar bateriku yang rosak, maklumlah dah lama tak tukar telefon, aku masih guna nokia 3315 sedangkan model terbaru 3G sudah menjadi lumrah orang lain. Nak juga merasa telefon baru tetapi biarlah sihat betul dulu kerana penyakitku perlukan kos yang tinggi.

Malamnya, seperti biasa, kami sekeluarga baca yasin, aku baca doa penawar kanser, bukan untuk riya' tetapi sebagai galakan kepada pesakit kanser yang lain supaya mendekatkan diri dengan Allah s.w.t sementara hayat kita masih ada dan kita masih mampu membaca al-Quran. Saya juga tidak membacanya jika terlalu sakit, cuma ingat dalam hati.

Jam 11 aku tidur setelah makan Diazepam yang diberi oleh Dr.Hasanah tetapi jam 11.45 aku telah bangun dan mata ini sukar untuk dipejam, jadi aku tulis blog ini daripada terkebil-kebil seorang diri. Ubat gastrik, Ganaton baru ku makan dan ubat Nexium telah ku makan sebelum dinner. Ubat glivec pula lepas Isyak.

Cutiku samakin sedikit yang tinggal, aku harap Allah s.w,t memberi kekuatan kepada ku untuk bekerja semula sebelum Medical Board. amin.

Tuesday, July 28, 2009

REDALAH DENGAN TAKDIR










28 Julai 2009

Prof.Dr.Hasanah Che Ismail
Pakar Psikologi Kanser

Semalam aku cuma tidur 45 minit, kemudian terkebil-kebil, sementara keluarga lain tidur nyenyak. Satu poin di dada kiriku terasa sakit dan cadang nak jumpa Pakar Onkologi, Dr. Biswal, tapi selepas zikir aku rasa ia tak perlu lalu aku gunakan biodisc, rasa ok sikit.

Temujanji dengan Pakar Psikologi Kanser, Profesor Madya Dr.Hasanah masih lambat kerana aku terlepas temujanji akibat dimasukkan ke wad selama 26 hari akibat sakit perut. Dr.Hasanah banyak memberiku semangat untuk melawan kanser kerana dia juga pesakit kanser payudara, begitu juga suaminya kanser usus. Tahun kedua aku diserang kanser, aku begitu tertekan dan dia banyak mendengar luahan perasaanku dan memberiku kekuatan.

Walaupun aku tertekan dengan sakitku dan terpaksa bercuti kerja hampir 2 tahun, aku terima takdir ini kerana salah satu Rukun Iman ialah Percaya kepada Qada dan Qadar .

Firman Allah bermaksud " Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat di dunia dan di akhirat pula mereka berada dalam api neraka. Semasa mereka diseret di dalam neraka dengan tertiarap atas muka serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah kamu bakaran api neraka". Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan." (Surah al-Qamar : 47 - 49)

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud:" Allah telah menetapkan qadar bagi makhluk-makhluk ini 50,000 tahun sebelum menjadikan langit dan bumi". (Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. duduk dan ditangannya ada sebatang kayu digunakan untuk mencungkil tanah, lalu baginda mengangkat kepalanya dan berkata: Tidak ada seorang pun daripada kalangan kamu melainkan telah diketahui tempat tinggalnya sama ada di dalam neraka atau syurga. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Kalau begitu mengapa kami perlu beramal? Tidak bolehkah kami berserah kepada qada dan qadar Allah sahaja? baginda menjawab: Beramallah, setiap kamu dipermudahkan beramal mengikut qadar yang telah ditetapkan."

Namun begitu kita kena berusaha kerana kita tidak tahu qadar kita.

Menolak qadar yang telah berlaku dengan qadar lain yang boleh menolaknya seperti menolak qadar sakit dengan qadar berubat spt sabda Nabi s.a.w. " Berubatlah wahai hamba Allah! Sesungguhnya tidak menjadilah penyakit melainkan Dia menjadikan ubatnya melainkan satu penyakit yang tidak ada ubatnya. Mereka bertanya: Apakah dia Wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Sakit tua." ( Riwayat Ahmad dan lainnya)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadis bermaksud:

"Mukmin yang kuat adalah lebih dikasihi oleh Allah S.W.T. daripada mukmin yang lemah. Di dalam setiap satunya ada kebaikan. Berhati-hatilah terhadap perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepada engkau, mintalah pertolongan kepada Allah. Sekiranya engkau ditimpa oleh sesuatu musibah, maka janganlah engkau berkata: Sekiranya aku lakukan ini maka inilah yang akan berlaku. Akan tetapi katakanlah apa yang menimpa aku adalah qadar Allah dan Dia berhak melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya "kalau" boleh membuka amalan syaitan" (Riwayat Muslim)

Setelah manusia mengerahkan tenaganya dan berlaku sesuatu kepadanya kerana usahanya sereta musibah itu tidak dapat dihindarnya maka ia perlu berkata : Qadar Allah, Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya. Pada ketika ini dia perlu bersabar dan redha terhadap qadar yang telah ditetapkan oleh Allah, dia perlu tunduk kepada kehendak Allah dan tidak boleh menyerah iri kepada perasaan runsing dan sedih.

Firman Allah S.W.T. bermaksud:

" Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab(Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah(Kami jelaskan yang demikian itu ) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada kamu. Dan Allah S.W.T. tidak suka setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri"
(surah al-Hadid:22-23)

Monday, July 27, 2009

TERIMA KASIH KELUARGAKU

Lihatlah gambarku disebelah bersama isteri tercinta. Betapa kurusnya aku akibat serangan kanser perut ini. Lihat dadaku ditebuk kerana untuk memasukkan susu kerana aku tak dapat makan selama dua minggu. Dadaku yang ditebuk dibaiki(jahit) sebanyak 3 kali kerana selepas x-ray, tiub yang dimasukkan doktor agak ke dalam tetapi selepas 2 hari guna, bocor kerana terlalu kerap dibaiki. Sakit ditebuk usah ceritalah. kemudian dibuat pula barrium iaitu aku minum kontras dan dilihat dalam TV sama ada saluran penghadamanku tersumbat atau tidak. Ia mengambil masa hampir sehari.


Aku amat beruntung walaupun sakit, masih ada isteri, emak dan ayah yang menjagaku. Jika aku dimasukkan ke wad, ibuku sentiasa bersama denganku di wad, isteriku bila pulang kerja, terus ke wad dan tidur dalam wad bersama Mak di atas simen wad, jam 6.30 dia akan pergi terus kerja. Kedua-duanya banyak berkorban untukku dan anak-anak. Ayah pula memasak dan menjaga anakku yang bersekolah, hampir setiap hari Ayah dan anak-anakku akan melawatku di hospital. Banyak duit yang keluar tapi rezeki di tangan Allah, Dia telah tentukan sejak azali cuma kita kena usaha mencarinya.
Sudah 2 tahun lebih emak dan ayah tidur di rumahku menjagaku. Waktu pagi emak jaga kerana isteri kerja, ayah pulang rumah urus rumah dan peliharaannya. Mereka tidak lagi bertani sejak aku sakit. "Ya Allah kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku"
Anakku seorang akan menduduki PMR tahun ini. Aku rasa bagitu bersalah kerana tidak dapat mengajarnya kerana aku sakit.Isteriku dan bapa saudaranya berkongsi hantar kelas malam dan tuisyen. Seorang lagi tingkatan 2. Aku berdoa moga mereka menjadi anak soleh dan berjaya dalam hidup.
Adik-adikku semua kerja jauh tetapi mereka kerap balik melawatku. Aku sebenarnya amat menyayangi adik-adikku cuma memang dari dulu aku tak suka bergurau dengan adik-adik, tapi abang mana yang tak sayang adik. Sebagai anak sulung akulah sumber "rujukan" mereka.
Aku juga amat beruntung kerana keluarga isteriku juga mengambil berat tentangku, mereka sanggup menghulurkan bantuan apa saya kepada aku dan keluargaku.

Saturday, July 25, 2009

REZEKI DI TANGAN ALLAH

25 Julai 2009

Air mata ini begitu murah bila berdoa dan semoga doaku dimakbulkan Allah.
Hari ini kumakan 5 ulas durian dan sebenarnya sudah ku makan sejak beberapa hari lalu wp tahun-tahun lepas aku tidak makan kerana takut dengan gastrik dan kanserku. Ku makan kerana ada jamuan durian di sebelah rumahku.

Hari ini jiranku melawatku setalah agak lama juga dia tak ziarahku kerana ia kerja diluar. Dia kini sudah menjawat jawatan kanan. Aku dulupun begitu tetapi terpaksa aku lepaskan kerana sakit. Kini sudah hampir dua tahun aku tak bekerja dan kudoakan moga Allah murahkan rezekiku dengan memberi semula kerja ku setelah diberinya aku kesihatan.

Semalam kawanku perkenalkan produk untuk kanser tapi produk itu aku sudah guna semasa aku gastrik dulu. Dia test dan mengatakan aku banyak kolestrol, urik acid, hati dan usus. Itu aku dah tahu. Ubat hospital yang aku makan sekarangpun(Ubat kimo) Rm 8380 sebulan. Terima kasih kerajaaan kerajaan menaja ubatku.

Friday, July 24, 2009

Biodisc dan Kanser

23 Julai 2009. Setelah 3 minggu keluar wad, aku semakin sihat. Aku tawakkal dengan Allah dengan memakan penawar yang dibawa oleh Bapa Sepupuku Hassan di Pulau Redang, minum Jus Mahabbah Tok Guru dan yang paling penting memanjatkan doa kepada yang menjadikan kita siang dan malam kerana aku yakin Allah akan mendengar rintihan hambanya.

Sebelah petangnya, kawannku membawa produk terbaru yang aku beli dan semoga Allah menjadikan sebab untuk menyembuhkan penyakit kanser yang aku alami.

Inilah biodisc buatan Jerman.




Wellness

Tinjauan Sekilas Produk
Tinjauan Sekilas Produk
Kesihatan, kebahagiaan, dan umur panjang ada ujung jari Anda.Di QuestNet, kebijakan kuno bertemu dengan teknologi abad 21 untuk menciptakan beberapa produk kesehatan yang paling efektif dan paling aman yang tersedia. Sebagai tambahan, cobalah fasilitas spa kami yang indah dimana tubuh dan jiwa Anda ditenangkan, dimanjakan dan dipulihkan melalui sejumlah kombinasi perawatan dan terapi, dan QuestNet kini merupakan sumber nomor satu Anda untuk kesehatan dan kesejahteraan.

Amezcua Bio DiscAmezcua Bio Disc, sebuah alat yang menghasilkan energi alami yang revolusioner, merupakan produk dari bahan mineral alami yang telah direkayasa secara teknis yang telah diikatkan pada gelas secara struktural dan mampu menghasilkan frekuensi energi skalar. Alat peresonansi skalar alamiah yang tahan lama ini mempunyai kemampuan untuk ditransferkan ke dan meremajakan struktur molekul pada semua cairan.Sederhananya, energi yang diciptakan oleh Amezcua Bio Disc dapat menyebabkan cairan menjadi lebih banyak mengandung air, bercita rasa lebih baik, dan mempunyai umur pajang-rak yang lebih lama.Dengan meminum segelas air yang telah ditempatkan di atas Amezcua Bio Disc, atau yang telah dituangkan di atas Disc dapat membantu Anda mendetoksifikasi dan menghidrasi semua sel-sel tubuh Anda, meningkatkan kadar oksigen dalam darah Anda, serta meningkatkan sistem kekebalan tubuh Anda. Anda juga dapat tidur lebih nyenyak dengan menempatkan Amezcua Bio Disc di tengah-tengah ranjang, atau memberi Anda energi dengan mandi menggunakan bio disc. Kemungkinan penyembuhannya tak terbatas.


Amezcua Chi PendantCakram canggih yang terbuat dari mineral ini dibuat dari bahan gelas yang direkayasa pada ukuran nano bersuhu tinggi, Amezcua Chi Pendant dikenal mengeluarkan energi penyembuhan, dan mempunyai potensi untuk menyelaraskan daya-hidup tubuh Anda. Dengan menyerap energi panas dan mengubahnya menjadi energi-bio, liontin ini membantu fungsi metabolisme tubuh Anda mencapai kesehatan holistik, serta meningkatkan proses mental Anda dengan cara menstimulasi otak Anda.Kandungan mineral yang terdapat dalam liontin ini mengeluarkan energi yang dikenal dengan sebutan 'energi skalar' yang dapat membantu sel-sel tubuh Anda kembali pada 'irama kehidupan'-nya, serta meraih kembali kemampuannya untuk memperbaiki dirinya sendiri. Amezcua Chi Pendant dapat dikenakan dengan nyaman di leher Anda dan membantu Anda merasakan keseimbangan serta vitalitas batiniah kapan pun, dan di manapun Anda memakainya.


CordycepsBerkat kemajuan teknologi medis yang baru, potensi serta keefektivitasan herba alami yang penting ini menjadi lebih baik dari sebelumnya. QuestNet telah mengombinasikan herba cordyceps yang sepenuhnya alami dan belum dimurnikan lewat sejumlah terobosan proses ilmiah modern, menciptakan sederetan produk berkualitas tinggi yang dirancang untuk meningkatkan kesejahteraan umum dan kesehatan tubuh Anda.
Dengan memanfaatkan kekuatan kuno cordyceps, QuestNet menawarkan program kesehatan yang secara khusus dirancang untuk memberikan manfaat yang optimal bagi pria maupun wanita.

Wednesday, July 22, 2009

Pembedahan Kanser Perut

18 Nov.2006 begitu menguji kesabaran dan keimananku. Aku akan dibedah selepas disahkan mengidap kanser perut melalui CT Scan. Aku taklah takut sangat wp doktor mengatakan ia pembedahan besar kerana dari endoskopi perutku mengalami pendarahan akibat gastrik yang teruk selepas aku mengalami gastrik hampir 5 tahun. Aku terkena gastrik kerana selalu sangat makan PIL PONSTON kerana sakit kepala. Rupa-rupanya mataku yang rabun jauh, tapi dah terlambat, bila aku pakai cermin mata, sakit kepalaku hilang .Aku dirujuk ke pakar gastrologi tapi malang nasibku (sudah takdir) aku terkena juga kanser. Pakar bedah mengatakan ini adalah takdir kerana aku telah berusaha mengawal gastrikku, mungkin juga tekanan hidup menyebabkan gastrikku makin teruk.

Pembedahan berjalan lancar. Selepas pembedahan membuang separuh perut dan separuh saluran makanan selama 9 jam, aku dimasukkan ke ICU. Aku masuk bilik bedah jam 1 pm dan jam 2 aku mula dibius di hidung, aku mengucap, adakah aku berpeluang melihat dunia ini lagi.
Jam 9 pm aku siap dibedah dan diletakkan di bilik pemulihan. Jam 12 baru aku dimasukkan ke ICU. Aku antara sedar dengan tidak tetapi waktu dinihari, aku terasa sungguh sakit. Aku berselawat dan membaca Quran dalam hati kerana mulut dan seluruh tubuhku dipenuhi wayar/tiub.
Esoknya jam 2 petang aku dipindahkan ke wad pemerhatian dan diberi morfin untuk menahan sakit. Aku mengalami halusinasi bila mata dipejam, oleh itu aku hanya menekan butan morfin bila terlalu sakit.
Dadaku ditebuk untuk dimasukkan susu(TPM), seminggu kemudian baru aku boleh makan bubur.
Setelah 18 hari dalam wad aku dibenarkan keluar dan dapatlah aku berjumpa ibu, ayah dan mertua serta emak saudara isteri yang nak ke Mekah, aku dan isteri terpaksa batalkan pemergian kami kerana pembedahan tersebut. Inilah dinamakan tak sampai seru lagi atau takdir Ilahi walaupun tiket penerbangan ke Mekah sudah kami terima dari Tabung Haji. Kami berdoa agar satu hari nanti bila aku sembuh, aku dan isteri akan mengerjakan haji ke Mekah yang menjadi rukun Islam kelima.

Sebulan aku diberi cuti, awal 2007, aku ke sekolah dan mengajar seperti biasa tetapi tidak lagi secemerlang dahulu. Aku tidak diberi tugas yang berat.
Bulan 3 2007 aku dirujuk ke klinik Onkologi(Kanser). Doktor memaklumkan kos ubatku RM 70 ribu. Aku termenung. CT Scan menunjukkan kanser sudah merebak ke hati sebanyak 2 cm, kemudian Ct Scan berikutnya naik ke 4 cm.

Kanser merupakan penyakit berbahaya yang punca sebenar belum diketahui dan kos rawatannya begitu mahal.

Monday, July 20, 2009

TEMUJANJI SURGERI

19 Julai 09 aku ku Husm untuk temujanji. Sekali lagi aku ditemani ibu yang sudah tua dengan menaiki teksi ke sana. Penat sungguh berjalan untuk sampai ke surgeri kerana semalam langsung aku tak tidur. Selepas menuuggu, aku masuk dan diperiksa 0leh Dr. Z. Aku puas hati dengan pemeriksannya. Aku sambung cuti lagi hingga 20 Ogos 09.
Hingga kini dah satu tahun setengah aku tidak pergi kerja di pejabat. Mengikut doktor dan juga buku PTK pesakit kanser dapat cuti hingga 2 tahun.

Saturday, July 18, 2009

GASTRIK DAN MAKANAN

PESANAN DARIPADA DR.AMRY A.RAHIM, PENSYARAH/PAKAR PERUBATAN, PAKAR GASRTOENTEROLOGI DAN HEPATOLOGI,
HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 16150 KUBANG KERIAN, KELANTAN.

JIKA ANDA MENGALAMI GASTRIK ELAKKAN DARIPADA PERKARA BERKENAAN:

1. Merokok atau asap rokok.
2. Ubat penahan sakit atau ubat sakit urat
3. Air kopi dan bahan mengandungi Kafein
4. Minuman berkabornat atau bergas
5. Makanan yang pedas
6. Makanan berempah seperti kari
7. Makanan yang terlalu berminyak
8. Makanan yang masam atau berasid seperti nira kelapa.
9. Alkohol/Arak
10.Ubat tradisional/Akar kayu/sinseh.


Beringat dengan gastrik kerana ia boleh menyebabkan kanser.

Friday, July 17, 2009

UJIAN ALLAH MULA TIBA

Tarikh 9.11.2006 merupakan tarikh yang tidak dapat kulupakan.
Aku masih jelas diingatan, selesai sahaja tahlil di rumah mertuaku yang baru meninggal akibat serangan angin ahmar, aku ke klinik swassta bagi menghilangkan rasa sakit gastrik ku. Selepas makan ubat, aku tertidur di ruang tamu di depan TV. Jam 11 malam aku terjaga dari tidur kerana terasa sakit yang amat sangat di ulu hatiku dan rasa nak muntah. Aku pergi ke sink tapi baring semula kerana terlalu sakit. Aku muntah dan ku tadah dengan tapak tangan. Alangkah terkejutnya aku bila darah yang keluar dari mulutku. Aku kejutkan isteri dan dia meriba aku dan aku terus muntah darah beberapa kali. Aku minta maaf dari isteri kerana aku rasa masaku telah sampai. Isteriku telefon mak dan ayahku dan iparnya. Aku dihantar ke hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kota Bharu.

Sampai di unit kecemasan, doktor memasukkan tiub dalam hidung terus keperut bagi mengeluarkan sisa darah. Aku dimasukkan ke Wad 2 Intan.
Doktor melakukan endoskopi dan CT Scan. Perutku luka di dalam dan perlu dibedah dengan segera. Alangkah sedihnya aku kerana tahun ini aku telah mendapat tawaran mengerjakan haji ke Mekah dan tiket penerbanganpun telah dapat.

Thursday, July 16, 2009

HIDUP DENGAN KANSER

Inilah kisah hidupku yang banyak derita daripada gembira.

Aku disahkan mengidap KANSER PERUT(GASTROINTESTINAL STROMAL TUMOR- GIST) yang jarang dihidapi kebanyakan orang. Kutulis ini sebagai panduan kepada pembaca blog saya agar boleh dijadikan panduan dan InsyaAllah dapat mengelak daripada terkena penyakit yang kuderitai ini.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang GIST, ku ingin ceritkan kisah hidupku yang penuh pahit maung hingga aku terkena GIST

Semasa kecil aku sering dibuli oleh kawan-kawan kerana kekuranganku. Namun begitu aku diberi kelebihan oleh Allah dengan kepandaian dalam pelajaran dan al-Quran. Aku dilahirkan dalam keluarga miskin dan inilah yang memberi semangat kepadaku untuk belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga menjadi pelajar terbaik SRP 1978 dan pelajar terbaik STPM 1982.





Aku akan sambung dilain entri bagaimana kisah hidupku di universiti dan perkahwinan , kerjaya dan penderitaan yang bertimpa-timpa.