Thursday, November 8, 2012

rawatan moden beri kesan sampingan teruk BARU-BARU ini, kita dikejutkan pendedahan Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payu Dara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Dr Nik Munirah Nik Mahdi, bahawa kepercayaan kepada bomoh di kalangan wanita Kelantan, termasuk golongan pelajar menyebabkan sebahagian besar pesakit barah payudara meninggal dunia kerana lewat mendapat rawatan. Perkembangan itu bukan saja mengejutkan tetapi amat membimbangkan kerana persepsi sedemikian berkemungkinan besar turut dikongsi lebih ramai pesakit lain yang terus mempercayai dan mengutamakan bomoh berbanding rawatan di hospital. Mengapakah ramai berpendapat sedemikian? Presiden Onkologi Malaysia dan Presiden Organisasi Kajian dan Kawalan Barah Asia dan Persekutuan Pasifik, Datuk Dr Ibrahim Abdul Wahid, berkata ini mungkin disebabkan ramai yang takut dan beranggapan barah akan terus membawa maut. “Kebanyakan pesakit barah gagal membezakan perubatan perubatan alternatif dengan perubatan gabungan (complementary) selain beranggapan perubatan moden seperti kemoterapi, radiasi atau terapi sasaran (targeted therapy) menyebabkan mereka mengalami kesan sampingan seperti tubuh lemah, sakit sendi, mual yang berpanjangan,” katanya. Menurutnya, senario ini amat mudah difahami kerana kebanyakan pesakit barah tidak dapat menerima diagnosis mereka dengan tenang dan baik. “Sebaik saja diberitahu mereka menghidap barah apa yang terbayang adalah kematian. Mereka seterusnya cepat berputus asa dan beranggapan hidup mereka sudah berakhir dan tiada harapan lagi. “Apatah lagi, doktor akan bercakap berdasarkan fakta. Misalnya di kalangan sesetengah pesakit mereka akan mengalami kesan sampingan seperti badan lemah, mual, sakit sendi dan muntah tetapi bukan semua pesakit barah akan mengalami kesan sampingan. “Pada masa sama, ada juga pesakit yang tidak mengalaminya. Jika ada yang mengalami kesan sampingan pun hanya berlaku selama dua minggu,” katanya. Jelas Dr Ibrahim, dari segi etika perubatan, doktor akan menjelaskan semua fakta berkaitan untuk pengetahuan pesakit bagi memudahkan pesakit menjalani rawatan. Bagaimanapun penerimaan pesakit terhadap semua penjelasan itu ada kalanya membuatkan mereka lemah semangat untuk berjuang menentang penyakit. “Jadi, walaupun mereka sebenarnya tidak mengalami kesan sampingan akibat rawatan kemoterapi tetapi kerana mereka percaya setiap orang yang menjalani kemoterapi mengalami kesan sampingan, jadi mereka beranggapan rawatan kemoterapi yang menyebabkan mereka lemah,”katanya. Selain itu, Dr Ibrahim, perubatan alternatif selalunya menjanjikan rawatan tanpa rasa sakit dan tanpa kesan sampingan. Apabila pesakit itu mengadu mengalami kesan seperti muntah atau mual, pengamal perubatan alternatif selalunya mengatakan itu sel kanser yang berjaya dikeluarkan. “Orang ramai perlu sedar penjual ubat herba atau pengamal perubatan alternatif bukan doktor. Kebanyakan mereka terbabit dengan perniagaan multi level marketing (MLM) dan tidak terdidik dengan dunia perubatan. Ubat-ubatan yang dijual juga tidak memiliki kajian saintifik dan tiada bukti klinikal. “Sebenarnya, jika pesakit mahu kaedah rawatan selain perubatan moden mereka boleh memilih perubatan gabungan iaitu menjalani rawatan kemoterapi, radiasi atau terapi sasaran dan ambil juga makanan tambahan atau apa-apa ubat lain seperti herba. Namun pengambilannya perlu berbincang dengan doktor supaya ubat-ubatan herba yang diambil tidak menjejaskan ubat-ubatan moden yang diprekripsi doktor,” katanya. Bagaimanapun pesakit diminta jangan bergantung sepenuhnya pada rawatan alternatif. Jelas Dr Ibrahim sepanjang pengalamannya, kebanyakan pesakit yang memilih rawatan alternatif adalah pesakit berketurunan Melayu. “Apabila didiagnos dengan barah, mereka tidak mahu menjalani rawatan yang dicadangkan sama ada kemoterapi atau radiasi tetapi mereka lebih suka rawatan alternatif. Apabila penyakit sudah parah dan gagal disembuhkan menerusi rawatan alternatif, mereka pergi ke hospital tetapi ketika itu barah sudah masuk ke tahap empat,” katanya. Dr Ibrahim bagaimanapun menegaskan, fakta yang perlu diketahui barah tahap empat memang sukar dipulihkan dan setakat ini belum ada penawar. “Namun jika di peringkat awal diagnosis, mereka terus buat kemoterapi dan bukan ambil rawatan alternatif, mereka sebenarnya punya peluang yang besar untuk pulih. Malah kanser tahap tiga juga bergantung pada jenisnya masih ada peluang untuk sembuh. “Berbanding pesakit bangsa lain, mereka memilih perubatan gabungan. Iaitu menjalani radiasi atau kemoterapi dalam masa yang sama mengambil perubatan tradisional. Saya memahami ketakutan pesakit apabila didiagnos dengan barah tetapi mereka juga perlu percaya pada fakta klinikal dan saintifik. Setakat ini belum ada ubat untuk kanser tahap empat dalam dunia perubatan moden apatah lagi dalam dunia perubatan alternatif,” katanya. Secara psikologinya kata Dr Ibrahim, pesakit mudah terpengaruh dengan kawan atau ahli keluarga yang mencadangkan rawatan alternatif kerana berasakan rawatan moden tidak mampu menyembuhkan penyakit yang mereka alami selain tidak mahu mengalami kesan sampingan rawatan moden. Ada juga yang melengah-lengahkan rawatan kerana barah pada peringkat awal tidak sakit dan tiada simptom. Fakta: Barah di Malaysia Di Malaysia, kes barah semakin meningkat dengan dengan 70,000 kes baru dilaporkan antara tahun 2003 ke 2005 mengikut Laporan Kejadian Kanser di Semenanjung Malaysia yang dikeluarkan oleh Register Barah Kebangsaan (NCR). Kes barah paling banyak dilaporkan adalah barah payudara. Sementara laporan yang dikeluarkan pada Januari 2008 pula mencatatkan di Malaysia Barat sebanyak 67,792 kes baru didiagnos dengan 29,596 atau 43.7 peratus membabitkan pesakit lelaki manakala 38,196 kes pula di kesan di kalangan perempuan 56.3 peratus. Umumnya, kadar tahunan serangan barah di kalangan lelaki adalah 100.2 peratus untuk 100,000 populasi manakala 132.1 peratus untuk 100,000 populasi untuk perempuan. Daripada keseluruhan kes, barah payu dara berada di kedudukan teratas (18 peratus) diikuti barah usus 11.9 peratus dan barah paru-paru 7.4 peratus. Kata Dr Ibrahim ada banyak sebab mengapa kes barah semakin meningkat di Malaysia. Selain perkembangan teknologi perubatan yang semakin baik, gaya hidup dan diet pemakanan yang diambil oleh warga Malaysia turut memainkan peranan. Bagaimanapun, fakta yang lebih utama antara 30 ke 50 peratus kes barah boleh dicegah. “Barah boleh dicegah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan berkala selain mengelakkan pengambilan makanan yang diproses dan mengandung bahan kimia mungkin boleh membantu. Selain itu bersenam dan mengetahui sejarah perubatan keluarga misalnya ada yang didiagnos dengan barah membantu kita memantau keadaan kesihatan diri sendiri,”katanya. Dari segi perubatan, barah boleh menyerang mana-mana organ tubuh. Barah yang selalu menyerang lelaki adalah paru-paru, mulut, kolon, hidung (nasopharynx), perut dan hati. Sementara di kalangan wanita, barah yang kerap menyerang adalah payu dara, pangkal rahim, paru-paru dan perut. Tahap Barah Tahap satu - umumnya bermaksud ketulan barah saiznya kecil dan hanya tertumpu dalam organ yang terjejas dan belum merebak ke organ lain. Tahap dua - barah sudah mula merebak ke tisu berdekatan tetapi saiz tumor sudah mula membesar. Ada kala barah tahap dua juga bermaksud ia sudah merebak ke nodul limfa yang berdekatan dengan ketumbuhan itu. Tahap tiga - ketumbuhan mula membesar. Ia mula merebak ke kawasan tisu berdekatan dan sel barah sudah berada dalam limfa nodul. Tahap empat - barah sudah merebak ke bahagian organ lain. sumber - Organisasi Penyelidikan Barah, UK. Info Barah Barah payu dara adalah barah paling biasa ditemui di kalangan wanita Malaysia tanpa mengira bangsa. Malah ia boleh menyerang pada wanita semuda usia 19 tahun. Namun, rata-rata pesakit berusia antara 50 ke 59 tahun. Barah payu dara paling ramai dikesan di kalangan wanita berketurunan Cina, diikuti wanita keturunan India dan Melayu Antara tahun 2003- 2005, 31.1 peratus kes baru barah payu dara dikesan di kalangan wnaita Malaysia. Setiap wanita di Malaysia memiliki risiko antara satu ke 20 kemungkinan diserang barah sepanjang hidupnya. Pada tahun 2003, seramai 1818 pesakit barah payu dara mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Angka itu adalah enam kali ganda lebih ramai berbanding tahun 1993. Kebanyakan pesakit didiagnos dengan barah pada usia 40 tahun ke atas. Namun dua peratus didiagnos pada usia 30 tahun ke bawah. Lebih menyediahkan antara 30 ke 40 peratus pesakit mendapatkan rawatan apabila barah sudah berada di tahap akhir. Pada tahun 2002, terdapat 2778 kes barah kol

Salah faham barah


Ramai penghidap utamakan bomoh kerana anggap kanser bawa maut, rawatan moden beri kesan sampingan teruk
BARU-BARU ini, kita dikejutkan pendedahan Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payu Dara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Dr Nik Munirah Nik Mahdi, bahawa kepercayaan kepada bomoh di kalangan wanita Kelantan, termasuk golongan pelajar menyebabkan sebahagian besar pesakit barah payudara meninggal dunia kerana lewat mendapat rawatan.
Perkembangan itu bukan saja mengejutkan tetapi amat membimbangkan kerana persepsi sedemikian berkemungkinan besar turut dikongsi lebih ramai pesakit lain yang terus mempercayai dan mengutamakan bomoh berbanding rawatan di hospital.
Mengapakah ramai berpendapat sedemikian? Presiden Onkologi Malaysia dan Presiden Organisasi Kajian dan Kawalan Barah Asia dan Persekutuan Pasifik, Datuk Dr Ibrahim Abdul Wahid, berkata ini mungkin disebabkan ramai yang takut dan beranggapan barah akan terus membawa maut.
“Kebanyakan pesakit barah gagal membezakan perubatan perubatan alternatif dengan perubatan gabungan (complementary) selain beranggapan
perubatan moden seperti kemoterapi, radiasi atau terapi sasaran (targeted therapy) menyebabkan mereka mengalami kesan sampingan seperti tubuh lemah, sakit sendi, mual yang berpanjangan,” katanya.
Menurutnya, senario ini amat mudah difahami kerana kebanyakan pesakit barah tidak dapat menerima diagnosis mereka dengan tenang dan baik.
“Sebaik saja diberitahu mereka menghidap barah apa yang terbayang adalah kematian. Mereka seterusnya cepat berputus asa dan beranggapan hidup mereka sudah berakhir dan tiada harapan lagi.
“Apatah lagi, doktor akan bercakap berdasarkan fakta. Misalnya di kalangan sesetengah pesakit mereka akan mengalami kesan sampingan seperti badan lemah, mual, sakit sendi dan muntah tetapi bukan semua pesakit barah akan mengalami kesan sampingan.
“Pada masa sama, ada juga pesakit yang tidak mengalaminya. Jika ada yang mengalami kesan sampingan pun hanya berlaku selama dua minggu,” katanya.
Jelas Dr Ibrahim, dari segi etika perubatan, doktor akan menjelaskan semua fakta berkaitan untuk pengetahuan pesakit bagi memudahkan pesakit menjalani rawatan. Bagaimanapun penerimaan pesakit terhadap semua penjelasan itu ada kalanya membuatkan mereka lemah semangat untuk berjuang menentang penyakit.
“Jadi, walaupun mereka sebenarnya tidak mengalami kesan sampingan akibat rawatan kemoterapi tetapi kerana mereka percaya setiap orang yang menjalani kemoterapi mengalami kesan sampingan, jadi mereka beranggapan rawatan kemoterapi yang menyebabkan mereka lemah,”katanya.
Selain itu, Dr Ibrahim, perubatan alternatif selalunya menjanjikan rawatan tanpa rasa sakit dan tanpa kesan sampingan. Apabila pesakit itu mengadu mengalami kesan seperti muntah atau mual, pengamal perubatan alternatif selalunya mengatakan itu sel kanser yang berjaya dikeluarkan.
“Orang ramai perlu sedar penjual ubat herba atau pengamal perubatan alternatif bukan doktor. Kebanyakan mereka terbabit dengan perniagaan multi level marketing (MLM) dan tidak terdidik dengan dunia perubatan. Ubat-ubatan yang dijual juga tidak memiliki kajian saintifik dan tiada bukti klinikal.
“Sebenarnya, jika pesakit mahu kaedah rawatan selain perubatan moden mereka boleh memilih perubatan gabungan iaitu menjalani rawatan kemoterapi, radiasi atau terapi sasaran dan ambil juga makanan tambahan atau apa-apa ubat lain seperti herba. Namun pengambilannya perlu berbincang dengan doktor supaya ubat-ubatan herba yang diambil tidak menjejaskan ubat-ubatan moden yang diprekripsi doktor,” katanya.
Bagaimanapun pesakit diminta jangan bergantung sepenuhnya pada rawatan alternatif. Jelas Dr Ibrahim sepanjang pengalamannya, kebanyakan pesakit yang memilih rawatan alternatif adalah pesakit berketurunan Melayu.
“Apabila didiagnos dengan barah, mereka tidak mahu menjalani rawatan yang dicadangkan sama ada kemoterapi atau radiasi tetapi mereka lebih suka rawatan alternatif. Apabila penyakit sudah parah dan gagal disembuhkan menerusi rawatan alternatif, mereka pergi ke hospital tetapi ketika itu barah sudah masuk ke tahap empat,” katanya.
Dr Ibrahim bagaimanapun menegaskan, fakta yang perlu diketahui barah tahap empat memang sukar dipulihkan dan setakat ini belum ada penawar.
“Namun jika di peringkat awal diagnosis, mereka terus buat kemoterapi dan bukan ambil rawatan alternatif, mereka sebenarnya punya peluang yang besar untuk pulih. Malah kanser tahap tiga juga bergantung pada jenisnya masih ada peluang untuk sembuh.
“Berbanding pesakit bangsa lain, mereka memilih perubatan gabungan. Iaitu menjalani radiasi atau kemoterapi dalam masa yang sama mengambil perubatan tradisional. Saya memahami ketakutan pesakit apabila didiagnos dengan barah tetapi mereka juga perlu percaya pada fakta klinikal dan saintifik. Setakat ini belum ada ubat untuk kanser tahap empat dalam dunia perubatan moden apatah lagi dalam dunia perubatan alternatif,” katanya.
Secara psikologinya kata Dr Ibrahim, pesakit mudah terpengaruh dengan kawan atau ahli keluarga yang mencadangkan rawatan alternatif kerana berasakan rawatan moden tidak mampu menyembuhkan penyakit yang mereka alami selain tidak mahu mengalami kesan sampingan rawatan moden. Ada juga yang melengah-lengahkan rawatan kerana barah pada peringkat awal tidak sakit dan tiada simptom.
Fakta: Barah di Malaysia

Di Malaysia, kes barah semakin meningkat dengan dengan 70,000 kes baru dilaporkan antara tahun 2003 ke 2005 mengikut Laporan Kejadian Kanser di Semenanjung Malaysia yang dikeluarkan oleh Register Barah Kebangsaan (NCR). Kes barah paling banyak dilaporkan adalah barah payudara.
Sementara laporan yang dikeluarkan pada Januari 2008 pula mencatatkan di Malaysia Barat sebanyak 67,792 kes baru didiagnos dengan 29,596 atau 43.7 peratus membabitkan pesakit lelaki manakala 38,196 kes pula di kesan di kalangan perempuan 56.3 peratus.
Umumnya, kadar tahunan serangan barah di kalangan lelaki adalah 100.2 peratus untuk 100,000 populasi manakala 132.1 peratus untuk 100,000 populasi untuk perempuan. Daripada keseluruhan kes, barah payu dara berada di kedudukan teratas (18 peratus) diikuti barah usus 11.9 peratus dan barah paru-paru 7.4 peratus.
Kata Dr Ibrahim ada banyak sebab mengapa kes barah semakin meningkat di Malaysia. Selain perkembangan teknologi perubatan yang semakin baik, gaya hidup dan diet pemakanan yang diambil oleh warga Malaysia turut memainkan peranan. Bagaimanapun, fakta yang lebih utama antara 30 ke 50 peratus kes barah boleh dicegah.
“Barah boleh dicegah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan berkala selain mengelakkan pengambilan makanan yang diproses dan mengandung bahan kimia mungkin boleh membantu. Selain itu bersenam dan mengetahui sejarah perubatan keluarga misalnya ada yang didiagnos dengan barah membantu kita memantau keadaan kesihatan diri sendiri,”katanya.
Dari segi perubatan, barah boleh menyerang mana-mana organ tubuh. Barah yang selalu menyerang lelaki adalah paru-paru, mulut, kolon, hidung (nasopharynx), perut dan hati. Sementara di kalangan wanita, barah yang kerap menyerang adalah payu dara, pangkal rahim, paru-paru dan perut.
Tahap Barah
Tahap satu - umumnya bermaksud ketulan barah saiznya kecil dan hanya tertumpu dalam organ yang terjejas dan belum merebak ke organ lain.
Tahap dua - barah sudah mula merebak ke tisu berdekatan tetapi saiz tumor sudah mula membesar. Ada kala barah tahap dua juga bermaksud ia sudah merebak ke nodul limfa yang berdekatan dengan ketumbuhan itu.
Tahap tiga - ketumbuhan mula membesar. Ia mula merebak ke kawasan tisu berdekatan dan sel barah sudah berada dalam limfa nodul.
Tahap empat - barah sudah merebak ke bahagian organ lain. sumber - Organisasi Penyelidikan Barah, UK.

Info Barah

  • Barah payu dara adalah barah paling biasa ditemui di kalangan wanita Malaysia tanpa mengira bangsa. Malah ia boleh menyerang pada wanita semuda usia 19 tahun. Namun, rata-rata pesakit berusia antara 50 ke 59 tahun.
     
  • Barah payu dara paling ramai dikesan di kalangan wanita berketurunan Cina, diikuti wanita keturunan India dan Melayu
     
  • Antara tahun 2003- 2005, 31.1 peratus kes baru barah payu dara dikesan di kalangan wnaita Malaysia.
     
  • Setiap wanita di Malaysia memiliki risiko antara satu ke 20 kemungkinan diserang barah sepanjang hidupnya.
     
  • Pada tahun 2003, seramai 1818 pesakit barah payu dara mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Angka itu adalah enam kali ganda lebih ramai berbanding tahun 1993.
     
  • Kebanyakan pesakit didiagnos dengan barah pada usia 40 tahun ke atas. Namun dua peratus didiagnos pada usia 30 tahun ke bawah. Lebih menyediahkan antara 30 ke 40 peratus pesakit mendapatkan rawatan apabila barah sudah berada di tahap akhir.
     
  • Pada tahun 2002, terdapat 2778 kes barah kolon dan rektum dikesan. Kebanyakan kes membabitkan pesakit lelaki dan perempuan yang berusia 40 tahun ke atas.

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2010/07/04
Source: Berita Harian Online

Temujanji Klinik Onkologi

Temujanji Klinik Onkologi

Pada kali ni, 5/11/2012  ku berjumpa dengan Pakar Onckologi, Prof.Biswal yang dibantu oleh seorang doktor perubatan. Ku memberitahunya bahawa kini aku makan Glivec selepas masuk wad. Selepas makannya,, kini ku dah dapt makan dan beratku bertambah dari 51 kg ke 56 kg. Ku bertanya sama ada perlu berhenti makan Glivec dan ambil Sutent kerana baru pagi tadi ku ambil ubat Sutent dari Stor Ubat HUSM.  Prof. Biswal menyuruhku ku makan Glivec dulu hingga 6 bulan kerana tubuhku boleh menerimanya, tambahan pulu kesan sampingan Sutent sangat teruk.

Prof Biswal keluar kerana ada hal, tinggallah ku dengan doktor perempuan tadi. Dia melihat laporan CT Scan. Dia kata ada bengkak di kelenjar tekak. Mungkin ini yang menyebabkan ku muntah bila makan dulu. Di paru-paru pula cuma ada parut yang dah sembuh. Ku terluipa untuk memberitahu doktor yang sejak lepas Raya Aidil Adha, dadaku sering berdebar-debar.

Sehingga hari ini, 8/11/20012 dadaku masih berdebar-debar tetapi bukan setiap masa. Cadang nak periksa periksa di klinik berhampiran, bimbang menghadapi masalah jantung pula kerana sejak ku kena kanser, ku tidak bersenam seperti dulu lagi kerana tubuh selalu penat.

Bila kita sakit, banyak perkara yang tidak dapat dilakukan dan ini memberi tekanan kepada diri kita. Apatah lagi iman kita pula sering turun naik. Beginilah lumrah kehidupan kerana dunia ini tempat ujjian, Akhirat tempat balasan. Wallah hu A'lam.