Thursday, November 28, 2013

Ulang tahun ke-7 Sebagai Pemandiri Kanser (Cancer Survivor)


  • Hari ini 28 Nov. genaplah 7 tahun ku hidup sebagai pemandiri kanser. Pada 28 N0v 2006 Jam 2.00 petang ku menjalalni pembedahan gastrectomy and Spleenctomy iaitu membuang separuh daripada perut dan semua limpa kerana sudah merebak dengan sel kanser. 
  • Sebenarnya berdasarkan CT-Scan, sel kanser dah merebak 2 cm ke hati tetapi doktor tidak usik kerana mereka ragu-ragu sama ada kanser atau bukan. 
  • Setelah 8 jam di bilik bedah, ku dimasukkan ke ICU sehari dan di tahan di wad pembedahan selama 2 minggu. Seminggu tak dapat makan, cuma bergantung kepada susu yang dimasukkan melalui saluran darah melalui tiub di dada(TPM). 
  • Hari ke-2 selepas pembedahan ku menjalani x-ray. Sejenis cecair dimasukan melalui tiub dihidung dan gambar pergerakan cecair dapt dilihat melalui skrin komputer. Tubuhku dipusing-pusing untuk memastikan tidak berlaku kebocoran pembedahan.
  • Setelah 2 minggu di wad, ku minta kebenaran pulang kerana kedua orang tuaku hendak mengerjakan haji. Sepatutnya ku ikut serta tetapi terpaksa ditunda kerana sakit.
  • Januari 2007 ku pergi mengajar sepert biasa tetapi tidak diberi tugas yang berat. Ku letak jawatan segai guru kanan dan menjadi guru biasa saja. 
  • Mei 2007 ku muntah darah dan diamsukkan ke wad. Seorang doktor melayu berusaha mendapatkan ubat kimoterapi kepadaku yang berharga Rm8380.00 sbeulan. Sebenarnya ku telah berjumpa dengan pakar onkologi sebelum ini tetapi disebabkan kos ubat yang mahal, perkara itu terhenti di situ.
  • Kisah lanjut hidup sebagaoi pemandiri kanser banyuk dalam intri ku sebelum ini, folower boleh baca entri 2008 dan 2009.
  • Kini ku makan ubat kimoterapi bernama Sutent. Kesan sampingannya sangat teruk, ku tidak dapat berjalan dengan baik kerana tapak kaki ku sakit dan selera makan berkurangan kerana deria rasa di lidah sudah kurang akibat kimoterapi.
  • Sekian. Moga para pesakit kanser tabah menghadapi hidup. Insya Allah.