Thursday, August 18, 2016

Kimo sampai masuk wad

31 Julai 2016, ku rasa terlalu letih, kepala pening dan badan terasa bisa-bisa yabg teramat sangat. Ku bercadang untuk ke klinik berdekatan tetapi isteri membawaku ke Hospital Universiti Kubang Kerian. Bila diperiksa tekanan darah, ianya 67/47, terus ku dihantar ke zon merah. Tiga orang doktor berusaha membuat drip untuk memasukkan air ke dalam tubuhku. Memang payah untuk cucuk jarum di tubuhku kerana urat dah kecil dan mengeras kesan kimo. Akhirnya seorang doktor India perempuan berjaya membuat drip dan ku dimasukkan air. Namun begitu tekanan darahku masih rendah dan pada keesokan paginya doktor memasukkan ubat Norad melalui mesin untuk menguatkan jantung bagi mengepam darah. Masa ini  juga ku mengalami cirit birit akibat kimo. Ku mahu ke tandas dah tak boleh kerana ubat menggunakan mesin terikat di lenganku. Ku  minta kpada staff nurse untuk buang air di katil. Dia bagi bekas plastik dan ku dapatlah buang air besar. Malangnya selepas buang airbesar , staff nurse tidak memberikan ku air untuk cuci walaupun dah beberapa kali ku minta. _Punggungku dah terlalu sakit kerana dalam keadaan tidur terdapat pula bekas plastik keras tempat buang air dibawah punggung. Keadaan ku yang kurus menambah kesakitan bila tulang diletakkan di bekas tersebut. Ku menjerit meminta bantuan tetapi tak dihiraukan. Akhirnya seooang staff nursre beritahu bahwa mereka sedang bertukar shift. Aku menjerit meminta pertolongan tetapi ku ditinggalkan berseorangan dikatil yang dilingkungi langsir.  Sebenarnya ku ditemani isteri dan anak sepanjang di unit kecemasan, tetapi bila dah semalaman isteri dan anak berdiri di sisi katil, maka anakku keluar berehat sementara isteri pergi ke sekolah untuk mengajar. Kerana tak tahan, akhirnya ku telefon anak dan masalah selesai. Sepatutnya semalam lagi ku dimasukkan ke wad tetapi wad penuh terpaksa tunggu di bilik kecemasan dengan katil yang kecil dan peneman terpaksa berdiri.

Jam 4 petang keesokan harinya baru dimasukkan diwad. Sebenarnya masalah ku ini berlaku kerana pakar kanser tambah dos ubat Glivec dari 400mg ke 800mg. Ku mengalami cirit birit apatah lagi ku tidak dapat makan dan minum, cuma bergantung kepada susu yang dimasukkan melalui perut ke usus kecil. Jadi berlaku kekurangan air dalam badan.

Di wad, doktor menukar tiub di perut krn dah kotor. Perutku disuntik ubat bius, aduh sakitnya. Tiub diganti tetapi malangnya ia tersumbat selepas 2 hari digunakan. Ku tak dapat makan, hanya bergantung kepada air yang dimasukkan melalui lengan. Hari Jumaat, anakku balik dari solat membawa nasi arab. Kerana terlalu lapar, ku cuba makan ayamnya, tiba-tiba bila ku telan, ia tak sangkut. Alhamdulillah, mungkin kimo dah mengecutkan ketumbuhan yang menyekat salurang makanan. Esokknya ku makan pula laksam sebungkus dan malamnya kentang putar. Ku sujud syukur.
Petang Sabtu, doktor memasukkan saluran tiub di dadaku(central line) untuk memasukkan susu melalui darah (TPN). Proses ini sungguh menyakitkan kerana wayar digunakan mengalami masalah dan doktor pergi mendapatkan wayar baru di bilik bedah, Dua orang doktor pula menekan urat yang ditebuk di dadaku sementara menunggu ketibaan wayar baru. Akhirnya selepas 1 jam setengah, baru proses selesai. Dulu doktor cuma ambil masa  10 minit saja. 

Satu petang  doktor sibuk kerana menyangka ku kena serangan jantung, ECG dibuat dan doktor pakar jantung datang melawatku. Keputusannya negatif, mungkin sakit dadaku kesan gastrik.

Doktor dahpun mahu membenarkan pulang tetapi kerana tekanan darah rendah, antara 47 bawah dan 90 atas, maka ku tak dibenarkan dan ubat Norad diteruskan bagi menguatkan tekanan darah.

13 Ogos, ku dibenarkan pulang setelah dipantau sepagi dan tekanan darahku stabil.

Terima kasih para doktor dan jururawat. Jasa kalian takkan dilupa. Moga Allah memberi ganjaran pahala. 
Dan moga  Allah memberi kesembuhan dan ketabahan kepadaku. Amin.