Wednesday, June 5, 2013

SELAMAT BERSARA.

18 April 2013, ku telah bersara dari menjadi seorang guru. Ku mula berkhidmat sebagai seorang guru pada Jun 1989, lebih dari 23 tahun sebagai guru. Anak sulungku berada di 6 Atas dan anak kedua akan masuk Asasi Sains UIAM pada 8 Jun 2013. 

Ku gagahkan diri untuk menghantar anakku ke UIA tetapi orang lainlah yang memandu.

Bisul ku belum sembuh dan kadang-kadang berdenyut-denyut.

Tiba-tiba ku terima panggilan telefon dari sekolah meminta ku menghadiri Majlis Persaraanku sempena Sambutan Hari Guru 2014. Pada mulanya ku tawar hati juga kerana sudah setahun ku pencen baru nak mengadakan majlis, tetapi di sebabkan mereka menggunakan teman baikku menjumputku, ku gagahkan juga pergi ke majlis tersebut walaupun ku sedang makan ubat kimo.
 dan kurang sihat.

21 Mei,  beberapa orang guru datang menjemput ku di rumah untuk menghadari majlis tersebut. Majlis sambutan ku lihat tidaklah semeriah semasa ku bersekolah dulu kerana PPD mengarahkan sambutan diadakan separuh hari saja. Pun begitu, sekolah menumbangkan seekor lembu sempena majlis tersebut. 

Banyuklah juga hadiah yang diberi. Kemudian ku dijemput menghadiri jamuan, ku cuma makan sikit saja kerana banyak yang tak dapat makan.

Beberapa orang guru kemudian menghantarku pulang. Isteriku sebenarnya agak kekok kerana kami tidak menyediakan sebarang jamuan istimewa untuk tetamu kerana isteri bekerja. Ku menenangkan isteri bahawa orang lain bersara kerana tempoh perkhidmatan dah habis, sedangkan saya pencen sakit.



Sekian dulu. Wassalam.