Saturday, October 29, 2016

Alhamdulillah semoiga kesihatan bertambah baik

18 Nov., ku temani ibu dan dihantar  oleh isteri ke wad 2 intan, rumah kedua ku. 2 intan ialah wad pembedahan lelaki bersebelan ICU. Wad ini menempatkan pesakit yang bakal menjalani pembedahan dan sebagai wad pemulihan selepas pembedahan sebelum dihantar ke wad lain yang lebih ringan, Keistimewaan wad ini ialah ramai doktor housemen dan doktor pakar yang selalu melawat.
Dulu ku dirawat oleh Team B, maka datang Dr. 
faizul yg mengenaliku dan memintan alamat blog ku kerana saudaranya ada yang mengalami kanser. Hebat juga rasa bila doktor pakar minta.

Tujuan ku ke wad hari ini adalah untuk menukar tiub jujenostomi yang tercabut sejak semalam. Sebenarnya ini kali kedua ia tercabut, ku masukkan sendiri ke dalam usus dan susu dapat masuk dengan baik tetapi isteri mendesak supaya ku ke wad, bimbang jankitan kuman.  ku diberi keistimewaan tak payah ke kecemasan tetapi terus ke wad, palliatif cancer kan.

Emak membawa buah dokong yang banyak berbuah di rumah untuk dinikmati bersama para doktor dan nurse. Selepas berjumpa Dr.Muhaimin, ku disuruh ke klinik pembedahan(sopd) untuk ditukar tiub. Ibu menolakku dengan kerusi roda ke klinik wlaupun agak jauh. Kesian Mek(Mak) yang dah berumur 70 tahun menolak anak berumur 53, tetapi beratku cuma 40 kg saja.

Setelah menunggu beberapa lama, ku dipanggil ke bilik rawatan, ubat bius diberi, luka dicuci, tiub baru dimasukkan dan kulit dijahit pada tiub agar tidak tertanggal. Ikut hati tak mahu jahit kerana ia menyakitkan bila berlaku pergerakan tetapi dr menasihatkan jahit untuk mengelak jangkitan kuman.

Selepas siap, ku meminta supaya doktor mengisi borang tuntutan perubatan ke JPA. Kemudian ku ke klinik Oncologi pula untuk bertanya tentang borang tersebut. Misi menjelaskan ku perlu isi lagi satu borang iaitu Justifikasi pakar bagi isteri membuat tuntutan, sementara untuk ku sebagai pesara kena isi borang lain untuk mendapat bekalan susu peptamen terus dari sykt, Oratis

Sekali lagi ku ke klinik sopd, ku lihat doktor pakar yang membedahku, Dr.Mokhzani berada di biliknya dan pesakit telah berkurangan kerana jam dah pukul menunjukkan 1.30 petang. Bila ternampak ku, dia terus datang menepuk bahuku dan bertanya khabar, inilah sikap doktor pakar yang begitu mesra dan prihatin dengan pesakitnya. Ku minta dia dia tolong isi borang justifikasi pakar, tanpa banyak soal dia terus mengisinya dan ku cukup berterima kasih.

KU pulang dengan teksi kerana isteri dah kembali ke sekolah untuk mengajar. Tambang teksi dari Husm ku rumahku di Kg.Badak, Bachok lebih kurang 23 km ialah rm25.00. Kelantan teksi tiada meter, kalau naik 4 orang , tambangnya rm5.00 seorang saja tapi bila ambil sebuah kereta, itulah tambangnya.

Ku amat berharap permohonan tuntutan bayaran susu peptamen diluluskan kerana ku mengabiskan setin susu sehari yang berharga rm90.80 setin di Kian Farmasi dan di Lazada rm 107.00.

Kini ku dah tak boleh makan melalui mulut, cuma ambil susu melalui tiub ke usus kecil. Ku sekarang makan kimo makan (target theraphy) yang ubatnya dibekal Hospital Kerajaan iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab 11 di Kota Bharu. Ubat stivarga yang dipohon belum lulus, jadi guna ubat ni dulu.

Moga Allah memberi kesembuhan, hakikatnya bukan ubat yang menyembuh tetapi Allah yang Maha Penyembuh. Sembuhkan penyakitku Ya Allah. Amin ya Rabbal A'lamin.