Thursday, October 7, 2010

LAMBAIAN KAABAH


Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 26 -27 bermaksud :


        "Dan(Ingatlah peristiwa  ketika Kami tentukan bagi Nabi  Ibrahim tempat Kaabah(untuk membinanya, lau Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutu sesuatupun denganKu, dan bersihkanlah rumah-Ku(Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud(mengerjakan sembahyang)".
       "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhan mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan(dan ceruk rantau) yang jauh".

Kepada semua pembaca blog saya, Maaf segala salah dan silap, zahir dan batin dan doakan saya mendapat Haji Mabrur kerana insya-Allah saya akan mengerjakan Haji tahun ini. Mungkin ini entri saya yang terakhir dan jika panjang umur, saya akan "update"  sekembali dari Mekah nanti.

Wasssalam. 

Friday, October 1, 2010

Ziarah Allahyarham Pesakit Kanser

Hari ini, Jumaat 1.10.10. Seperti biasa kalau ku ada kelapangan, ku akan menziarahi kubur arwah isteriku yang meninggal 2003 akibat kanser payudara. Anak-anakku dah pergi lebih dulu dan memang ku latih mereka sejak kecil supaya menziarahi kubur ibunya setiap Jumaat.

Kemudian ku bersama isteri ke Pasir Mas menziarahi  keluarga arwah pesakit kanser. Hari raya lepas anaknya datang membeli SUSULEBAH di rumahku tetapi apa kandaya masanya dah sampai. Allahyarham seorang pesara kerajaan, menderita kanser buah pinggang. Selepas berpusing-pusing akhirnya tiba juga ku ke rumahnya. Rumahnya besar kerana Allahyarham dulunya seorang Penysarah Maktab Perguruan. Isterinya memberiku ubat Kimoterapi Sutent yang berharga RM17650.00 sebulan. Ku amat berterima kasih kerana ku sekarang terputus bekalan ubat kerana tuntutan ku dengan kerajaan untuk mendapatkan ubat tersebut masih belum berjaya. Inilah nasib pegawai kerajaan. 

Selepas bersalaman dengan keluarganya, ku dan isteri pulang dan ku ambil ambil keputusan untuk memakannya bila balik dari mengerjakan haji nanti kerana jika ku makan sekarang, kemungkinan besar ku tak dapat berjalan kerana kesan sampingannya ialah tapak kaki terasa begitu sakit hingga tak dapat berjalan, ulser mulut dan keletihan melampau.

Sekian dulu untuk entri kali ini. Wasssalam.