Hari ini, Jumaat 1.10.10. Seperti biasa kalau ku ada kelapangan, ku akan menziarahi kubur arwah isteriku yang meninggal 2003 akibat kanser payudara. Anak-anakku dah pergi lebih dulu dan memang ku latih mereka sejak kecil supaya menziarahi kubur ibunya setiap Jumaat.
Kemudian ku bersama isteri ke Pasir Mas menziarahi keluarga arwah pesakit kanser. Hari raya lepas anaknya datang membeli SUSULEBAH di rumahku tetapi apa kandaya masanya dah sampai. Allahyarham seorang pesara kerajaan, menderita kanser buah pinggang. Selepas berpusing-pusing akhirnya tiba juga ku ke rumahnya. Rumahnya besar kerana Allahyarham dulunya seorang Penysarah Maktab Perguruan. Isterinya memberiku ubat Kimoterapi Sutent yang berharga RM17650.00 sebulan. Ku amat berterima kasih kerana ku sekarang terputus bekalan ubat kerana tuntutan ku dengan kerajaan untuk mendapatkan ubat tersebut masih belum berjaya. Inilah nasib pegawai kerajaan.
Selepas bersalaman dengan keluarganya, ku dan isteri pulang dan ku ambil ambil keputusan untuk memakannya bila balik dari mengerjakan haji nanti kerana jika ku makan sekarang, kemungkinan besar ku tak dapat berjalan kerana kesan sampingannya ialah tapak kaki terasa begitu sakit hingga tak dapat berjalan, ulser mulut dan keletihan melampau.
No comments:
Post a Comment