Monday, October 12, 2015

Hantar Anak ke UIA

Ku gagahkan diri untuk anak keduaku(bongsu) untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah di UIA Gombak pada 2.9.15. Sebelum ini dia mengikuti Asasi Sains UIA di Petaling Jaya. Ku amat berterima kasih kepada iparku, Abe Zie yang sanggup menjadi pemandu.

Selepas menghantar anak, kami sekeluarga pergi ke rumah adik isteri dan bermalam di sana di samping jalan-jalan di Kota Kuala Lumpur. Terima kasih buat Rosmani dan suaminya yang lebih mesra dipanggil Pak Cu. Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.






PUTUS BEKALAN UBAT

1. Ubat Nexavar telah dihentikan oleh doktor dan akn diganti dengan Stivarga(Regorefenib). Ubat Nexavar habis pada 10.9.15 setelah 11 bulan dimakan. 3 minggu selepas berhenti makan Nexavar fistula(lubang di dada) telah tertutup, jadi senanglah sikit untuk solat. Cuma sekarang ni selalu penat dan masalah gastrik. 

2. Bekalan ubat terputus kerana masalah dalam memohon ubat melalui Syarikat Oratis dan JPA. Kemudian syarikat Farmasi lain memohon ubat menggunakan GL isteri. Saya pun hairan, adakah kad pencen sya tidak boleh digunakan sebagai tuntutan ubat.

3. Sekarang sedang menunggu ubat Stivarga yang dipohon oleh Farmasi Vida dengan menggunakan GL isteri tadi.

4. Beberpa minggu lepas, saya dikejutkan dengan kematian seorang bekas pelajar saya, baru berumur 20 tahun dan sedang menuntut di IPTA. Dia menghidap kanser ovari. Dia sakit tidak lama, lepas dibedah meninggal. Kanser sekarang sudah menjadi penyakit biasa dihadapi masyarakat dan ini menggerunkan kerana kesan yang dibawanya kepada pesakit dan keluarga, apatah lagi kos perubatannya terlalu tinggi.

5. Mungkin disebabkan kosnya yang tinggi, muncul perlbagai rawatan alternatif yang belum terbukti secara klinikal. Banyak herba yang didakwa boleh menyembukan kanser dan dibuat penyelidikan oleh Universiti tetapi kemudian lenyap begitu saja seperti hempedu bumi, bintangor, keladi tikus, dan terbaru pokok rerama. Kita berdoa agar ubat sakit kanser akan ditemui nanti.