Thursday, October 18, 2012

KEPUTUSAN CT SCAN


KEPUTUSAN CT SCAN
14 Okt. Adalah temujanji dengan klinik SOPD(Bedah). Ku berjumpa dengan Dr. Andee. Dia memang telah lama ku kenali kerana sentiasa merawatku semasa di Wad dan di klinik. Dia menunjukkan gambar CT Scan di monitor. Satu ketumbuhan besar muncul semula di luar dinding perut. Kanser juga merebak ke hati dan paru-paru. Dia memberitahu tak berani untuk melakukan pembedahan. Dia meyuruhku makan Ubat Kimo Sutent dan bila ketumbahan dah mengecil baru dia rancang untuk langkah seterusnya.  Ku berserah kepadaMu ya Allah kerana telah banyak ku berusaha untuk menyembuhkan penyakit ini.


Selamat Tinggal Dunia Pendidikan
10.10.2012 tamatlah sudah cuti ku selama 2 tahun dan ku tidak boleh lagi memohon cuti,  Oleh itu ku memohon Medical Board (Pencen kerana masalah kesihatan). Bila ku tulis di FB, ramailah yang beri respon agar bersabar. Ya itulah ucapan yang ku selalu dengar dan ku harap ku akan diberi kekuatan oleh Allah untuk bersabar.

Thursday, October 4, 2012

Masuk wad dan ct scan


Wad 1 Selatan HUSM


21 Sept ku ke unit kecemasan HUSM kerana dah 3 hari tak makan dan sukar untuk minum. Selepas 4 kali doktor cuba memasukkan drip(jarum) baru berjaya. Bermula 10 pagi hingga jam 8 malam ku dimasukkan air. Doktor mahu masukkan wad tetapi ku menolak kerana hari ini hari Jumaat, pakar tiada tambahan pula hari Ahad ku ada temujanji  dengan pakar bedah. Jadi ku dibenarkan balik.
Ahad 23 Sept ku ke klinik SOPD(bedah) dan lepas jumpa doktor ku terus dimasukkan ke wad 1 Selatan. Ku dimasukkan air walaupun sakit kerana beberapi kali cucuk baru dapat masukkan jarum. Itupun bertahan selama sehari saja dan terpaksa dimasukkan jarum lain.
Bila berada di wad, jiwa rasa sedikit terubat walaupun sakit dicucuk jarum. Hal ini kerana orang lain lebih teruk daripadaku. Ada yang tak sedar diri, ada yang tak ada tangan, ada yang datang sejauh Kedah untuk menjalani radioterapi.
Ahkhirnya doktor pakar membenarkan ku keluar wad. Katanya dia pada awalnya hanya mahu saya berada di wad 2 hari saja. Mereka tak mahu lagi operate saya tetapi mereka belum lihat lagi Ct Scan. Mereka Cuma lihat gambar edoskopi. Usus kecilku benjol ke dalam. Mereka kata mungkin organ lain bengkak dan menekan usus kecilku.
Sabtu 29 Sept ke keluar wad dan akan datang semula untuk buat CT Scan pada 2 Sept. Isnin 1 Sept ku ke Hospital Perempuan Raja Perempuan Zainab II untuk mendapatkan ubat Glivec kerana ubat Sutent belum dapat walaupun dah setahun lebih ku memohon. Ku berjumpa Mr.Othman, pakar bedah dan tanpa banyak kerenah dia memberikan ubat tersebut. Pun begitu farmasi hanya membekalkan seminggu kerana ubat tiada, seminggu lagi datang ambil lagi. Kos untuk seminggu RM 3000.00 lebih.  Ku berjumpa teman senasib, Rafidi, dia nampak sihat , dia masih terus dengan Glivec.
2 Sept ku ke HUSM untuk dibuat CT Scan tetapi kerana silap isi borang ku disuruh datang esok dan perlu makan ubat anti- alahan.
3 Sept, ku Ke Husm lagi dan kali ini secara kebetulan berjumpa dengan bekas muridku di SMK Menggatal dulu, Rahim Antar , dia bekerja di kelantan. Dia nak buat MRI kerana lutut sakit akibat jatuh main bola. Nama ku dipanggil dan ku jumpa doktor. 2 orang doktor Cuma memasukkan jarum tetapi gagal selepas 3 kali mencuba. Ahkhirnya ku diminta ke Klinik Oncology. Syam, Kak Lah cuba memasukkan jarum tetapi tak berjaya, akhirnya Kak Jie berjaya memasukkan jarum. Terima kasih Misi.
CT Scan berjaya dilakukan. Dan ku pulang . Dalam perjalanan pulang ku beli Royal Jelly yang dah lama tak makan. Ku berhenti sebab Cuma keladi tikus tetapi ku rasa lebih sihat semasa ku makan Royal Jelly. Semalam dalam TV ke lihat Teh yang dikaji oleh UPM dikatakan dapat menyembuh kanser tetapi dulu ku juga pernah lihat di TV USM mengeluarkan pil daripada misai kucing untuk kanser tetapi sehingga kini belum diterima pakai oleh Klinik Oncology. Entahlah kita Cuma berusaha, Allah yang menentukan.

Monday, October 1, 2012

Kesakitan Yang Menguji Kesabaran


Kesakitan Yang Menguji Kesabaran
13 Sept 2012, sekali lagi ku dikehendaki melakukan endoskopi. Tiub sebesar ibu jari yang ada kamera di masukkan ke dalam mulutku. Ku muntah tetapi taklah sampai keluar isinya kerana ku dah puasa sejak semalam. Tak tahan sungguh rasanya bila tiub ditusuk-tusuk ke dalam perut melalui mulut. Gambar diambil dan dilakukan biopsi melalui tiub tersebut. Selepas lebih setengah jam prosedur ditamatkan dan berakhirlah penderitaan menanggung seksa dimasukkan tiub.
Hari ini 15 Sept, dah hampir sebulan ku tak dapat makan nasi. Bila saja makan nasi, pasti nasi tersekat di kerongkong dan muntah. Makanan lain pun tersekat juga tetapi ada ketika dapat ditelan juga. Ku terpaksa ubah diet dengan makan bihun, kuey teaw dan laksam. Makanan tersebut kurang sikit tersekat di kerongkong.
Memang betul-betul tertekan bila makanan terhidang tetapi tidak dapat makan. Minum pula kena minum sikit-sikit dengan sudu, jika diteguk, pasti tersekat dan muntah.
Entah bila penderitaan ini berakhir dan ku berharap Allah akan memberi keajaiban dalam penyembuhan penyakitku. Tidak mustahil bagi Allah.