Kesakitan Yang Menguji
Kesabaran
13 Sept 2012, sekali lagi ku
dikehendaki melakukan endoskopi. Tiub sebesar ibu jari yang ada kamera di
masukkan ke dalam mulutku. Ku muntah tetapi taklah sampai keluar isinya kerana
ku dah puasa sejak semalam. Tak tahan sungguh rasanya bila tiub ditusuk-tusuk
ke dalam perut melalui mulut. Gambar diambil dan dilakukan biopsi melalui tiub
tersebut. Selepas lebih setengah jam prosedur ditamatkan dan berakhirlah
penderitaan menanggung seksa dimasukkan tiub.
Hari ini 15 Sept, dah hampir sebulan
ku tak dapat makan nasi. Bila saja makan nasi, pasti nasi tersekat di
kerongkong dan muntah. Makanan lain pun tersekat juga tetapi ada ketika dapat
ditelan juga. Ku terpaksa ubah diet dengan makan bihun, kuey teaw dan laksam.
Makanan tersebut kurang sikit tersekat di kerongkong.
Memang betul-betul tertekan bila
makanan terhidang tetapi tidak dapat makan. Minum pula kena minum sikit-sikit
dengan sudu, jika diteguk, pasti tersekat dan muntah.
Entah bila penderitaan ini berakhir
dan ku berharap Allah akan memberi keajaiban dalam penyembuhan penyakitku.
Tidak mustahil bagi Allah.
1 comment:
salam,
semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt...
saya follow blog tuan sejak setahun lalu ketika bila kakak sy disahkan ada breast cancer tahap 4. Masa tu, mencari2 rawatan alternatif yg difikirkan sesuai utk kakak. Namun Allah lebih sayangkan dia. Kakak sy meninggal diakhir ramadan tahun lepas.
sy sangat kagum dgn semangat tuan menghadapi hari2....
semoga terus dikuatkan iman dan semangat dengan dugaan hidup ini....
semoga juga bertemu penawar ajaib penyembuh kanser...tiada yang mustahil bagi Allah swt...
Post a Comment