KEPUTUSAN CT SCAN
14 Okt. Adalah temujanji
dengan klinik SOPD(Bedah). Ku berjumpa dengan Dr. Andee. Dia memang telah lama ku
kenali kerana sentiasa merawatku semasa di Wad dan di klinik. Dia menunjukkan
gambar CT Scan di monitor. Satu ketumbuhan besar muncul semula di luar dinding
perut. Kanser juga merebak ke hati dan paru-paru. Dia memberitahu tak berani
untuk melakukan pembedahan. Dia meyuruhku makan Ubat Kimo Sutent dan bila
ketumbahan dah mengecil baru dia rancang untuk langkah seterusnya. Ku berserah kepadaMu ya Allah kerana telah
banyak ku berusaha untuk menyembuhkan penyakit ini.
Selamat Tinggal Dunia
Pendidikan
10.10.2012 tamatlah sudah
cuti ku selama 2 tahun dan ku tidak boleh lagi memohon cuti, Oleh itu ku memohon Medical Board (Pencen
kerana masalah kesihatan). Bila ku tulis di FB, ramailah yang beri respon agar
bersabar. Ya itulah ucapan yang ku selalu dengar dan ku harap ku akan diberi
kekuatan oleh Allah untuk bersabar.
No comments:
Post a Comment