Wad 1 Selatan HUSM |
21 Sept ku ke unit kecemasan HUSM kerana dah 3 hari tak makan dan sukar untuk minum. Selepas 4 kali doktor cuba memasukkan drip(jarum) baru berjaya. Bermula 10 pagi hingga jam 8 malam ku dimasukkan air. Doktor mahu masukkan wad tetapi ku menolak kerana hari ini hari Jumaat, pakar tiada tambahan pula hari Ahad ku ada temujanji dengan pakar bedah. Jadi ku dibenarkan balik.
Ahad 23 Sept ku ke klinik
SOPD(bedah) dan lepas jumpa doktor ku terus dimasukkan ke wad 1 Selatan. Ku
dimasukkan air walaupun sakit kerana beberapi kali cucuk baru dapat masukkan
jarum. Itupun bertahan selama sehari saja dan terpaksa dimasukkan jarum lain.
Bila berada di wad, jiwa
rasa sedikit terubat walaupun sakit dicucuk jarum. Hal ini kerana orang lain
lebih teruk daripadaku. Ada yang tak sedar diri, ada yang tak ada tangan, ada
yang datang sejauh Kedah untuk menjalani radioterapi.
Ahkhirnya doktor pakar
membenarkan ku keluar wad. Katanya dia pada awalnya hanya mahu saya berada di
wad 2 hari saja. Mereka tak mahu lagi operate saya tetapi mereka belum lihat
lagi Ct Scan. Mereka Cuma lihat gambar edoskopi. Usus kecilku benjol ke dalam.
Mereka kata mungkin organ lain bengkak dan menekan usus kecilku.
Sabtu 29 Sept ke keluar
wad dan akan datang semula untuk buat CT Scan pada 2 Sept. Isnin 1 Sept ku ke
Hospital Perempuan Raja Perempuan Zainab II untuk mendapatkan ubat Glivec
kerana ubat Sutent belum dapat walaupun dah setahun lebih ku memohon. Ku
berjumpa Mr.Othman, pakar bedah dan tanpa banyak kerenah dia memberikan ubat
tersebut. Pun begitu farmasi hanya membekalkan seminggu kerana ubat tiada,
seminggu lagi datang ambil lagi. Kos untuk seminggu RM 3000.00 lebih. Ku berjumpa teman senasib, Rafidi, dia nampak
sihat , dia masih terus dengan Glivec.
2 Sept ku ke HUSM untuk dibuat
CT Scan tetapi kerana silap isi borang ku disuruh datang esok dan perlu makan
ubat anti- alahan.
3 Sept, ku Ke Husm lagi
dan kali ini secara kebetulan berjumpa dengan bekas muridku di SMK Menggatal
dulu, Rahim Antar , dia bekerja di kelantan. Dia nak buat MRI kerana lutut
sakit akibat jatuh main bola. Nama ku dipanggil dan ku jumpa doktor. 2 orang
doktor Cuma memasukkan jarum tetapi gagal selepas 3 kali mencuba. Ahkhirnya ku
diminta ke Klinik Oncology. Syam, Kak Lah cuba memasukkan jarum tetapi tak
berjaya, akhirnya Kak Jie berjaya memasukkan jarum. Terima kasih Misi.
CT Scan berjaya dilakukan.
Dan ku pulang . Dalam perjalanan pulang ku beli Royal Jelly yang dah lama tak
makan. Ku berhenti sebab Cuma keladi tikus tetapi ku rasa lebih sihat semasa ku
makan Royal Jelly. Semalam dalam TV ke lihat Teh yang dikaji oleh UPM dikatakan
dapat menyembuh kanser tetapi dulu ku juga pernah lihat di TV USM mengeluarkan
pil daripada misai kucing untuk kanser tetapi sehingga kini belum diterima
pakai oleh Klinik Oncology. Entahlah kita Cuma berusaha, Allah yang menentukan.
No comments:
Post a Comment