Friday, August 28, 2009

Bengkak di dada semakin membesar

Hari ini dada ku semakin sakit kerana ia semakin membengkak seolah-olah macam bisul.saya dan isteri pergi ke klinik onk0logi(kanser)dan berjumpa Profesor Madya Dr.Biswal Mohan seorang pakar kanser yang diimport dari India.saya disuruh membuat X-ray dan Biopsi di tempat yang bengkak.setelah di beri ubat,aku dibenarkan pulang.saya singgah di bank Islam untuk mengambil duit.

Dalam perjalanan pulang,saya dan isteri singgah di rumah kawannya untuk solat zohor.

Selepas asar,wan zainiah datang ke rumah mengambil duit untuk Biodisc.Saya berkongsi membelinya dengan adik saya,Zamri.

Pada sebelah malamnya,dadaku semakin sakit dan jam 2.30 pagi,saya makan ubat tahan sakit. Semoga Allah menyembuhkan penyakitku sempena keberkatan bulan Ramadan.

3 comments:

~claizani~ said...

moga sihat sejahtera ckgu..
insyallah..cuti nanti saya g jenguk ckgu..
kirim slm pd wife ckgu.

Jemay_bond007 said...

semoga abg sembuh dengan cepat... kami sekeluarga doakan abg semoga cepat2 sembuh... semoga hari raya ne lebih bermakna untuk abg dan kita sekeluarga.. insyaallah... may harap abg bersabar menempuhi ujian dari allah swt..

zamilah said...

ckgu moga2 ckgu cepat smbuh...
selamat hari raye tok ckgu n family...
insyaallah lau x de pape nnt sy lwt ckgu....