Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA

Adik-adikku: dari kiri:- Zulini, Zawati, Zarina, Zaidah dan Zakira.





Hari ini saya bangun jam 3 pagi dan tak tidur-tidur sampai subuh.Aku tidur awal semalam kerana letih ikut isteri bayar kereta di EON Bank dan ke Billion sambil meraikan hari jadi Safi dan Zahir . Lepas subuh pergi ke kubur. Balik kubur tulang dadaku rasa makin sakit kerana ubat tampal di dada bocor. Aku tertidur dan bila sedar, isteri bubuh air taring gajah mina(singa laut?). Akibat sakit, aku tak ke masjid.

Esok mula puasa, saya mungkin tak dapat puasa, kena bayar fidyahlah. Sayang juga sebab dah puasa sejak umur 9 tahun lagi.

Di ruangan ini saya ucapakan Selamat Berpuasa buat adik-adik, Zamri di Gua Musang, Zaidah di Bukit Sagu, Kuantan, Zarina di Putrajaya, Zawati di Keluang, Zakira di Sabak Bernam dan Zulini di Koj Lanas. Tidak lupa juga buat Dr. Hasanah Che Ismail, Pakar Onko-Psychology HUSM, pakar-pakar, doktor dan jururawat yang merawat saya.
Tidak lupa juga buat semua guru-guru di SMK Kandis, SMK Bachok dan semua yang mengenali saya.

Di bulan Ramadan ini sama-samalah kita tingkatkan amalan kerana pada bulan ini dibukakan pintu-pintu langit, ditutup pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan(hadis).

Mari kita berdoa semoga dihidupkan kita dengan iman, dimatikan kita dengan iman dan dimasukkan syurga dengan iman. Mari juga berdoa supaya kita disihatkan sepanjang hayat supaya kita diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk beribadat kepadanya.

Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadan lagi tahun depan.

2 comments:

Jemay_bond007 said...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...
Semoga Abe sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat.. Kami disini alhamdulillah sihat.. Nanti kita berjumpa pada syawal akan datang.. jangan lupa kirim salam buat ayah,mek, mok yoh dan ayah su...

daripada : May, tie, haikal & haziq..

zaini said...

Assalamualaikum.terima kasih kerana membaca blog abe.Marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadat kepada Allah S.W.T

Salam buat watie,haikal dan haziq...jumpa pada hari raya nanti.