17 Ogos 2009
Hari ni aku bersama Mek ke Hospital Besar Kota Bharu bertemu doktor bagi mendapatkan ubat glivec. Saya beritahu doktor tulang rusuk(dada) sakit tapi dia tak cekpun kerana aku dibawah rawatan onkologi Dr. Biswal di HUSM. Minggu lepas aku dah jumpanya dan dia akan buat bone scan dan Pet scan. Saya terpaksa pakai topeng muka kerana limpa saya sudah tiada dan senang dijangkiti penyakit, apatah lagi sekarang ni musim wabak H1N1. Selepas jumpa doktor saya ke wad ICU mencari Che Rohani tetapi rupanya dia dah balik dan anaknya dah pindah ke wad lain dan dirawat bersama pesakit H1N1. Saya ke kaunter ubat dan Alhamdulillah ubat mahal itu ada(RM8380.00).
Petangnya bapa sepupuku Ayahsu Hassan datang bersama anak-anaknya. Terima kasih kerana kini hubungan keluargaku dan keluarga di Pulau Redang semakin erat. Kelmarin dulu Ayah Ngah Awie telefon.
Petang minum petang dengan air buah naga yang dibeli isteri. Terima kasih sayang.
Sampai di rumah aku tertidur dan bila bangun terus solat walaupun tulang dadaku terasa sakit.
2 comments:
ckgu.. sy nk mnte maaf bnyk2 sbb x g lwt ckgu..
insyaallah raye nnt sy pegi...
ckgu tbahkan ati, kuatkn semangt n sabar bnyk2 ek...
moge2 ckgu cepat smbuh n jalani idup cam biase..
jngan lupe mkn ubat tau....
Assalamualaikum.tq kerana baca blog ckg.Salam cikgu pada kawan2 sekelas dulu.selamat belajar dan semoga berjaya.Jemputlah dtg ke rumah raya nanti.
Post a Comment