Maka sampailah ketentuan Allah, maka Sultan Johor,Sultan Iskandar telah dijemput oleh Malaikat Izrail untuk menemui Penciptanya. Moga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.Usahlah lagi kita menceritakan keburukannya, biar ia menjadi lipatan sejarah dan menjadi pengajaran kepada kita semua. Setiap yang hidup pasti akan mati, usahlah kita membangga diri dengan pangkat yang ada,rumah yang besar, kereta Merc atau sebagainya kerana semua akan ditiggalkan dan yang kita bawa hanya amal yang baik,sedekah yang berkekalan dan anak yang soleh. Pandanglah ke bumi yang dipijak, jangan hanya memandang bintang di langit yang entah bila kita akan sampai ke sana. Marilah kita beramal sebagai bekal kita di akhirat nanti yang tidak ada kesudahannya. Di dunia ini walau bagaimana sakitpun kita, insya Allah jika ditakdirkan Allah kita sembuh, kita sembuh, dan jika kita ditakdirkan matipun, kita kena redha kerana siapalah kita, kita adalah hamba Allah dan terserahlah kepadaNya apa yang Dia hendak lakukan kepada kita dan semuanya telah tertulis sejak azali. Semua Allah telah tetapkan tetapi sebagai manusia, kita kena berusaha kemudian baru bertawakkal kepadaNya. (golongan ustaz, sila betulkan jika salah - guna komen melalui e-mail Gmail.com)
Sejarah kesultanan Melayu bermula dengan kedatangan Parameswara dari Palembang ke Temasik(Singapura). Baginda adalah anak Raja Sailendra tetapi akibat perebutan takhta di sana, beliau ke Singapura bersama Bendahara dan diberi nama Singapura kerana baginda berjumpa Singa di sana(mengikut Sejarah Melayu). Semasa di Singapura, baginda telah membunuh wakil Siam di sana bagi membolehkannya menjadi Raja. Ini menimbulkan kemarahan Kerajaan Siam dan mahu menyerang Singapura, oleh itu baginda lari ke Melaka.
Mengikut Sejarah Melayu,ada seorang pendakwah Islam datang ke Singapura dan untuk berdakwah, ia merenung batang pinang dan batang pinang terbelah dua .Permaisuri raja terkejut dan pengsan. Raja amat marah dan mencari pendakwah tersebut dan berjaya dibunuh. Anehnya mayatnya telah ghaib dan dijumpai di Langkawi.
Tidak lama kemudain Singapura dilanggar todak, maka ramailah yang mati. RAja pergi ke pantai untuk melihat peristiwa tersebut, tiba-tiba melayang seekor todak dan mengenai baju Raja hingga koyak.
Ada seorang budak telah melihat kajadia itu dan mencadangkan kepada Raja supaya menanam batang pisang. Hasil daripada kebijaksanan budak tersebut, banyaklah ikan todak yang terlekat muncungnya
Baginda mendapati Melaka sangat strategik dan menjadikan Melaka kerajaannya. Pada masa itu melaka dihuni oleh suku laut. Mengikut Sejarah Malayu,nama Melaka diambil sempena peristiwa ganjil yang berlaku iaitu anjing Raja bernama Pasai telah ditendang oleh kijang yang dikejarnya.Maka dengan kejadian aneh itu, baginda bertanya apakah nama tempat itu tetapi semua tak tahu, lalu baginda bertanya kepada Bendahara, apakah nama pokok tempat baginda berteduh, jawab Temenggung, itulah pokok Melaka. Maka sejak itu Mekalalah nama negeri tersebut.(Catatan: Sejarah Melayu adalah Sastera Sejarah dan ianya tidak boleh dijadikan sumber sejarah kerana bercampur aduk dengan unsur mitos dan lagenda tetapi saya masukkan di sini sebagai sumber pengetahuan.)
Setelah beberapa lama di Melaka, baginda bermimpi berjumpa Rasulullah dan dalam mimpinya baginda disuruh oleh Rasulullah supaya memeluk Islam apabila ada pedagang Arab tiba di Melaka. Apabila baginda tersedar, baginda melihat bagida telah dikhatankan(Sejarah Melayu). Pada sebelah petangnnya baginda melilat pedang Arab yang diketuai Makhdum Ab.Aziz bersolat di pantai dan baginda mendapati ianya serupa dengan apa yang baginda libat di dalam mimpi. Bagi baginda pun memeluk Islam dan menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah.
Baginda diganti oleh Sri Maharan. Baginda mempunyai 2 orang anak iaitu Raja Ibrahim dengan isterinya Puteri Rokan,oleh itu baginda adalah anak gahara, abangnya Raja kasim adalah anak dengan wanita India Mulim bernama Mani Purindam. Apabila Raja Sri Maharaj mangkat, pembesar melantik Raja Ibarhim menjadi Sultan dengan gelaran Eri Parameswara Dewa Syah. Raja Kassim tidak puas hati lalu lari meniggalkan istana dan menjadi nelayan. Raja Kasim ada Bapa Saudara bernama Tun Ali. Tun Ali menggalak Raja Kasim merampas takhta. Maka berlakulah rampasan kuasa dan terbunuhlah Raja Ibrahim. Bendahara Wak Raja sedih dengan apa yang berlaku telah membunuh diri dengan meminum racun. Anaknya Tun Perak melarikan diri ke Kelang dan kemudian menjadi penghulu di sana.
Raja Kassim yang berjaya dalam rampasan kuasa tersebut dengan bantuan baba saudaranya Tun Ali telah memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah, sultan Melaka pertama yang memakai gelaran Sultan. Tun Ali telah dilantik sebagai Bendahara tetapi umurnya telah lanjut. Sultan Muzaffar pula telah berkahwin dengan Tun Kudu, adik Tun Perak.
Siam yang marah dengan pembunuhan Temagi telah menyiapkan tenteranya untuk menyerang Melaka pada tahun 1498(?). Maka Sultan Muzaffar Syah telah mengarahkan semua negeri jajahan takluk Melaka menhantar tentera bagi mempertahankan Melaka. Maka semua negeri menghantar tentera termasuklah Tun Perak. Mengikut Sejarah Melayu, apabila mengadap Sultan Muzaffar, maka ada pembesar yang menyindir Tun Perak kerana membawa anak isteri ke Melaka untuk berperang. Tun Perak menjelaskan ia membawa anak isteri supaya tenteranya berperang bersungguh-sungguh kerana jika kalah, bukan sahaja mereka yang terbunuh tetapi anak isteri juga terbunuh. Maka diamlah segala pembersar yang hanya pandai mengampu sultan itu.
Maka berlakulah perang antara tentera Siam dan Melaka di Batu Pahat tetapi dengan kehebatan Tun Perak, Siam dari Singgora itu telah dikalahkan.
Selepas peristiwa tersebut, Sultan berfikir mahu menjadikan Tun Perak (abang iparnya) sebagai Bendahara kerana daya kepimpinannya.
Saya dah penat menaip, saya sambung lain kali, tambahan pula ada tamu, Us.Saripudin. Kepada pesakit kanser, saya harap dengan membaca sejarah Melaka ini, fikiran itu boleh tenang sikit, jangan asyik dok fikir tentang penyakit kita . Hidup perlu diteruskan. Berpantang maut sebelum ajal. Selalunya solat hajat, Qiamullail dan berzikir serta berselawat kepada Nabi Muhammad saw.
Allah hu Akbar.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment