Semerbak mewangi melor pagi
menemani makam Kekasihku di alam barzakh
Moga Sayang bahagia di sana
bersama para syuhada dan solehin.
Sayang,
Abang datang untuk kesekian kalinya,
bersama cahaya matamu
setiap minggu sayang
kami sedekah Yasin dan al-Fatihah
Sayang,
Anak sulung kita dah Tingkatan 4
Abang tak kisah dia tak cemerlang
kerana hospital rumah kedua kami
tidur di lantai simen menjadi lumrah anak
menemani abang mederita sakit
Sayang,
Anak kedua kita dah Tingkatan 3
Dia cemerlang dalam pelajaran
Akhir tahun Tingkatan 2 dia dapat 8A 1B
Tempat ketiga di Kelas 2A1
Sayang,
Sayang tak pernah meminta abang menjaga mereka dengan baik
kerana sayang seorang pendiam
Pun begitu, abang dah laksanakan tugas abang
Keduanya dah Khatam al-Quran
Solat tak tinggal
Setiap malam baca Yassin
Setiap Jumaat menziarahi kubur sayang
Sayang,
Abang terpaksa mencari pengganti sayang
kerana hidup perlu diteruskan
Dia seorang wanita yang solehah
menjaga anak-anak kita sepeti anak sendiri
memberi mereka didikan agama
sebagai bekal di dunia dan akhirat nanti
Sayang,
Abang kini menderita sakit seperti Sayang
baru kini Abang dapat rasa bagaimana sakitnya Sayang dulu
bertarung nyawa melawan kanser
moga Allah memberi ganjaran pahala untuk sayang
dan mendapat syurga Jannatul Firdaus
Sayang,
Abang dan anak pulang dulu
Jumaat depan, umur panjang kami datang lagi
sedekahkan Fatihah dan Yassin untuk sayang.
Sayang,
Bersemadilah dengan aman dengan rahmat dari Allah s.w.t.
19.01.2010
9.15 pagi
No comments:
Post a Comment