Semalam langsung tak tidur, lepas solat Subuh sambil dengan rancangan Tanyalah Ustaz, saya tertidur. Ayah datang membawa nasi himpit dan nampak gayanya bersarapan dengan nasi himpitlah. Badanku terasa letih sekali, kebas terasa dari paha ke hujung kaki. Jadi pagi ni saya cuma terbaring di tilam di depan tv.
Saya pergi solat Jumaat dengan motosikal dipandu anak. Berbekallah saya dengan ubat penahan sakit dan air. Kugagahkan diri solat sambil berdiri.
Pada sebelah petang, saya masih lagi terbaring di tilam. Selepas maghrib, kebas kaki bertambah sakit dan sampai saya terkeluar air mata menahan sakit. Morfin dah diambil tapi masih belum berkesan. Keluarga saya memicit betis dan paha, 2 orang anak saya membaca yasin.
Saya tertidur dan bangun jam 12.00, lepas solat Isyak, saya tulis blog dan sekarang dah pukul 3.00 pagi, saya nak pergi tidur, moga esok membawa sinar harapan untuk masa depan yang gemilang dengan mendapat keredaan Allah. Amin.....................................
No comments:
Post a Comment