Thursday, January 28, 2010

PERISTIWA PENTING SEPANJANG MINGGU (24 - 28 JAN 2010)

Ahad minggu ini merupakan Ahad pertama saya tidak ke sekolah kerana cuti sakit. Saya cuti sakit sejak Isnin lepas. Apa sakit saya? Sakit kanser tu dah biasa buat saya tetapi Alhamdulillah sejak lepas Hari Raya Qurban, saya tidak lagi mengalami sakit perut melampau sehingga berpeluh dan hanya reda bila dimasukkan ubat tahan sakit melalui saluran darah.Saluran darah dilengan dah keras, jadi doktor terpaksa memasukkan jarum melalui urat di leher. Saya pernah dimasukkan susu ke dalam badan melalui saluran darah kerana tidak makan 20 hari. Malangnya bila susu dimasukkan melalui saluran darah, susu yang pekat menyebabkan saluran darah tersumbat dan terpaksa doktor cucuk jarum di lengan sebelah lagi. Sakit tak? Cubalah anda cucuk lengan anda dengan jarum, lebih sakit dari itu. Akibat saluran darah selalu tersumbat, doktor telah menebuk dada saya bagi dimasukkan tiub ke saluran darah besar di dada. Saya masih ingat lagi pada bulan Jun tahun lepas ketika prosedur dilakukan Cikgu YM. Tg.Azmi Raja Ismail melihatnya. Saya tidak dapat bercakap dengannya kerana menahan kesakitan akibat ditebuk di dada dengan hanya diberi suntikan ubat bius. Rasa mahu tendang saja 2 orang doktor India yang melakukan prosedur tersebut tetapi saya masih dapat bersabar. Selepas siap prosedur, saya di-Xray, malangnya, tiub yang dimasukkan terlalu panjang dan jam 12 malam datang doktor perempuan dan menetas balik jahitan di dada saya serta menarik keluar sedikit tiub tersebut. Sakit usah ceritalah, mungkin beginilah yang dialami oleh pejuang Islam dipenjara Israel dan di Guantanamoa Bay. Jam 2 pagi datang juru x-ray dengan portable x-ray dan dada saya di - x-ray Pagi esoknya, doktor India, Dr.Ravidran datang balik dan melihat x-ray. Sekali lagi nasib tak menyebelahi saya, tiub perlu ditarik keluar lagi. Jahitan dibuka semula dan tiub ditarik dan tempat yang ditebuk dijahit semula. Kemudian saya di-X-ray sekali lagi dan kali ini baru berjaya dan dapatlah susu(TPM) dimasukkan. Maksudnya saya telah 3 kali dibedah dalam sehari. Malang sekali lagi kerana tiub itu cuma bertahan 2 hari untuk dimasukkan susu, tiub bocor dan terpaksa dibuang untuk mengelak jangkitan. Senangnya doktor, tak tahukah dia bagaimana sakitnya saya! Saya dibenarkan makan secara biasa dan esoknya dibenarkan balik. Bulan Jun paling lama saya dimasukkan di wad 2 INTAN HUSM KUBANG KERIAN DAN 1 Selatan HUSM.

Kita lupakan dulu kisah saya masuk wad kerana wad adalah rumah nombor dua saya sejak sakit kanser. Sejak saya makan SUSU LEBAH saya rasa bertenaga tetapi timbul kesan sampingan daripada pengambilan UBAT SUTENT (Oral Chemoteraphy) iaitu lebam di tapak kaki yang menyebabkan saya tidak dapat berjalan. Saya pergi ke KLINIK Bachok dan M.A.Aminuddin beri cuti 2 hari bersama losen untuk disapu di tapak kaki dan Oral Aid untuk disapu di lidah saya yang pecah(Ulser)

Hari Rabu saya ada temujanji dengan Profesor Madya Hasanah Che Ismail, seorang Pakar Pysho-Canser. Saya tidak mahu bercerita panjang kerana anda boleh lihat arkib saya di bawah tajuk What My Doctor Said.

Sambung lain kali kerana isteri ajak makan malam. .....Wassalam.

No comments: