Wednesday, January 13, 2010

LAWATAN KETUA SEKTOR UNIT KAUNSELING JPN KELANTAN

12 JAN 2010

Alhamdulillah sehari lagi Allah lanjutkan usiaku walaupun semalam cuma tidur sedikit saja kerana sakit dan kebas dari paha hingga hujung kaki. Keluargaku bergilir-gilir mengurutnya.
Pagi ini saya rasa bersemangat dan saya pandu sendiri kereta Gen-2 Automatikku ke sekolah. Selepas punch-card, saya memerhati pelajar di perhimpunan, nampaknya ucapan penuh dan tak ada peluang untuk saya berucap kepada pelajar.

Jam 9.00 pagi PK Ko memberitahuku bahawa Ketua Sektor Unit Kaunseling , Tn.Hj.Tarmizi Musa (adik Dato' Anuar Musa) akan melawat saya di sekolah. Baguslah kerana dia telah menunaikan janjinya semasa Seminar Sharing and Caring di Sutera Inn tahun lepas. Lebih kurang jam 11.00 Tn.Hj. Tarmizi dan rombongannya sampai dan saya dijemput ke bilik pengetua. Sebenarnya Tn.Hj. Tarmizi ni " kawan lama" saya semasa saya menjadi Guru Kaunseling dan Kemudian Kaunselor di SMK Raja Sakti,Kota Bharu. Kami sama-sama menganjurkan kem motivasi untuk pelajar dan beliau sering saya jemput memberi ceramah di sekolah saya (SMK Raja Sakti) Saya bertanya khabar seorang lagi kawan kami yang sakit iaitu Cikgu Mawardi, seorang penceramah motavasi yang cukup hebat setanding kehebatannya dengan Tn.Hj.Tarmizi dalam memberi ceramah motivasi. Tn.Hj. Tarmizi memberitahu bahawa Mawardi yang sakit buah pinggang tu dah agak stabil tetapi sentiasa mendapat dialisis.

Semasa perbualan banyaklah nasihat dan janji yang berikan oleh Tn.Hj.Tarmizi, terima kasih atas keperihatan pihak Jabatan Pelajaran Kelantan terutama Unit Bimbingan dan Kaunseling.(Maaf kalau salah sebut unit kerana dah lama tak ke sekolah dan tiada diari jabatan walaupun dulu saya Guru Kanan Teknik dan Vokasional di sekolah ini (SMK Kandis) . Cuma kalau boleh tolonglah cepatkan tuntutan wang saya dulu tu!Boleh saya buat modal pusingan untuk membeli ubat bulan berikutnya yang berjumlah RM17650.00 sebulan.

Kami kemudian ke kantin dan menjamu selera. Saya masih pantang, jadi tak makanlah mi goreng, saya cuma makan roti. Saya berbekal ke sekolah, dimasak oleh isteri tercinta dan yang setia ketika senang dan susah. Cuma satu kelainan saya nampak di kantin iaitu cuma seorang dua guru saya, kenapa takut dengan JPN ke? Kalau kita buat kerja buat apa takut.

Gambar bersama rombongan JPN ada tetapi belum sempat masuk komputer, lain kali ye Tuan Haji Tarmizi.

Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi. SMK Kandis memang sekolah yang hebat. Kami mempunyai guru bertaraf internasional iaitu Hj.Tg.Azmi yang telah mempersembahkan pengajaran berbantukan komputer di Amerika Syarikat dihadapat Bill Gates. Tahniah Ku Mie semoga terus maju dalam kerjaya Ku Mie.

Sekian dulu untuk kali ini, jumpa dilain lembaran.

Ya Allah ampunkan dosaku jika tulisan ku ini menyalahi syariatMu yang Allah.

No comments: