Monday, January 4, 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2010

Ahad 3 Januari 2010

Alhamdullillah, Allah masih memanjangkan umur saya, ku selalu bermohon kepada Allah agar saya disihatkan oleh Allah sempena Bulan Muharam ini kerana di bulan inilah Nabi Ayub a.s. telah disembuhkan oleh Allah daripada penyakitnya dan saya selalu berdoa dan moga doa saya selama ini dimakbulkan Allah.

Pagi ini saya terpaksa cuci(dressing) luka saya jam 6 lagi kerana akan ke sekolah setelah saya tidak bekerja selama hampir 2 tahun. Saya rasa seolah bermimpi dapat semula ke sekolah walaupun kereta dipandu isteri saya yang mengajar di sekolah berhampiran.

Sesampai di sekolah, terdapat pembaharuan dalam mengisi kedatangan iaitu menggunakan punch-card, dulu menggunakan system Microsoft Access. Saya punch-card dan ikut serta di perhimpunan tetapi Cuma berada di tempat pengawas yang menjadi juruacara. Kandis memang mempunyai budaya yang hebat dan salah satunya ialah Pengawas menggunakan bahasa Inggeris dalam tugasnya sebagai juruacara.

Selepas tamat perhimpunan, saya pergi menemui pelajar saya yang nakal-nakal yang dah dua tahun saya tinggalkan mereka, dulu mereka di Tingkatan 2 tetapi sekarang dah di Tingkatan 5, begitu cepat masa berlalu jika kita pandang ke belakang dan lamanya lagi rasa nak pencen. Jika keadaaan fizikal mengizinkan,. Saya akan pencen pada 2020. Saya tidak lagi marah kepada pelajar yang nakal tadi, saya bersalaman dengan mereka seperti Suhailan dan beberapa lagi nama yang saya dah lupa.

Selepas perhimpunan, saya dipanggil oleh PK1 , dia mengajukan kepada saya untuk mengganti seorang guru yang dipindahkan serta merta tetapi saya jelaskan kepadanya keadaan fizikal saya masih tidak mengizin.
Kemudian saya dipanggil oleh pengetua dan beliau seorang yang berhemah, memang layak memegang jawatan tersebut. Saya belum dapat menyelami hati budinya kerana saya belum bekerja di bawahnya kerana pengetua beliau pengetua baru, pengetua dulu telah bersara. Namun dari perbualan saya dengan guru-guru, mereka happy walaupun tugas banyak. Memang sebagai guru tugas kita memang banyak, selain daripada mengajar, kita dibebankan dengan tugas-tugas perkeranian, kepolisian, pentadibiran, hal ehwal murid, sukan dan sebagainya tetapi jika hati kita suka bekerja dalam suasana yang kondusif persekitaran sosial dan fizikalnya, kerja berat terasa ringan.

Jam 2.00 saya pulang dan sampai saja di rumah, saya terlalu penat, saya paksa diri saya solat zohor dan terus tertidur walaupun isteri sudah menyediakan makan tengahari. Sedar-sedar jam dah pukul 3.30 dan emak saya sudah ada di sisi, dia memicit tubuh saya kerana seluruh tubuh saya sakit dan berpanjangan hingga ke malam.Saya tidak makan tengahari kerana hilang selera akibat terlalu penat di sekolah. Memang prinsip saya, saya tidak akan tidur di tempat kerja Selepas Isyak, emak dan ayah sampai. Begitulah mereka, sejak saya sakit, mereka selalu tidur di rumah saya menemankan kami sekeluarga. Di rumah merekapun bukan ada sesiapa kerana adik-adik saya seramai 6 orang semuanya bekerja jauh, paling dekat (yang bongsu) di Kok Lanas, seorang sebagai guru di SK Kuala Betis, Gua Musang , adik perempuanku ramai, seorang menjadi isteri penoroka di Bukit Sagu, Kuantan, seorang sebagai guru di Johor, seorang sebagai guru di Sabak Bernam, Selangor, seorang sebagai Penolong Pegawai di Kementerian Kewangan Putrajaya. Seorang adik lelakiku meninggal dunia dalam tidur pada tahun 2002. Saya sebagai anak sulung, aku tinggal berhampiran ibu bapa tetapi takdir menentukan, bukan saya yang menjaga ibu bapa tetapi mereka yang menjaga saya. Semoga Allah membalasnya dengan syurga. Hidup ini sementara, akhirat juga kekal abadi………………...Setiap yang bernyawa pasti akan mati, buatlah amal sementara peluang masih ada. Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara, sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, kaya sebelum miskin ,muda sebelum tua, hidup sebelum mati………………………!!!!!!!!!

No comments: