Friday, January 8, 2010

HARI KELIMA PERSEKOLAHAN-gambar pet scan and ct scan


Gambar 1 - Pet-Scan yang ku buat di Hospital Pulau Pinang pada Mei 2008. Ia adalah imbasan sel kanser setelah ubat nuklear dimasukkan ke dalam tubuh kita. Selepas imbasan, saya tidak boleh duduk berhampirn perempuan mengandung kerana kandungannya akan gugur.
Gambar 2 ialah CT-Scan yang aku dah lupa berapa kali buat di HUSM.

7 JAN 2010 ==Khamis


Alhamdulillah nyawaku masih dipanjangkan oleh Allah swt. Selepas dressing, saya solat subuh dan bersiap ke sekolah. Saya minum jus Tok Guru, Talbinah dan ambil ubat gastrik iaitu Nexium dan Ganaton. Kereta wira manual dipandu berhati-hati oleh isteri tersayang ke sekolah, maklumlah sibuk sebab hari persekolahan. Sampai saja di sekolah saya punc card 7.19 pagi dan ke bilik guru. Hari ini sepatutnya bacaan Yasin di Medan Tarbiyah tetapi disebabkan hujan, Us.Zainuri membaca Yasin melalui pembesar suara dan pelajar mengikutnya di dalam kelas masing-masing. Saya masuk ke kelas 5G,5B,5W memerhati mereka membaca Yasin.

Selepas bersarapan dengan mi goreng yang dibekalkan isteri, saya ke kantin untuk minum milo kosong. Sambil itu berbual dengan rakan-rakan termasuk pengetua dan PKP. Apabila ada yang merokok, saya mengundur diri dan dalam perjalanan ke bilik guru, berjumpa pula dengan Mat Ghani, sekali lagi saya menjelaskan hukum menghisap rokok. Nampaknya dia mula faham.

Jam 11.35 saya lihat Cikgu Azizah sedang berbincang sesuatu dengan 3 orang pelajar, saya pergi minta penjelasan. Rupa-rupanya pelajar tersebut tiada tempat untuk belajar kerana mereka tidak mengambil PSV, saya menawarkan diri untuk menjaga mereka membaca di perpustakaan sehingga jam 12.55. Pelajar tingkatan 5 ini sebenarnya saya pernah mengajar mereka semasa di Tingkatan 2K dan 2W dulu, masa itu saya baru lepas dibedah tetapi mereka ini tetap menjadi mangsa rotan saya jika tidak menyiapkan tugasan Bahasa Melayu.

Jam 1.00 Cikgu Tg.Azmi menyerahkan notebook Asus kepada saya dan saya mengambilnya dengan harga RM 1100.00 tetapi duit bayar hari Ahad nanti. Mat Ghani pula sakit kepala, jadi saya berikannya ubat saya, celebrex(ubat tahan sakit yang tidak merosakkan lapisan perut, tidak seperti Ponstan yang menyebabkan berlakunya gastic)

Jam 2.30, isteri sampai dan saya pulang ke rumah. Jumpa lagi SMK Kandis hari Ahad nanti jika umur panjang dan tubuh sihat fizikal dan mental...........................


Sesampai di rumah, Mek dah ada, dia bawa gulai ikan selayang masak lemak. Selepas solat Zohor saya makan dan berehat sambil membuka laptop baru dan memerhati anak-anak melayari internet menggunakan PC.

Us.Saripuddin telefon. InsyaAllah jika sihat saya akan tambah ibadat kepada Mu Ya Allah.
Malam ini malam Jumaat, elok benar untuk beribadat kepada Allah, memohon hidayah daripadaNya, bertaubat dan beristighfar..............Ampunilah aku Ya Allah .Masukkan aku bersama orang-orang yang soleh.

No comments: