Friday, January 1, 2010

MULA MAKAN UBAT EMAS

Jumaat 1 Jan 2010

Banyak hari saya tak masuk entri kerana sibuk. Hari Rabu, saya ikut isteri bayar zakat di MAIK dan kemudian ke Kian Farmasi ambil UBAT SUTENT(SUNATINIB) YANG BERHARGA RM 17650.00 sebulan. Selepas ambil ubat saya tunggu isteri beli jubahnya di Pasar Khadijah. Saya tunggu di Pantai Timur, belilah juga barang-barang dapur.

Dalam perjalanan balik singgah di Butik Mawaddah, beli jubah untuk isteri, hadiah atas pengorbanan beliau yang setia bersama saya walaupun saya sakit.

Saya singgah di HUSM berjumpa Dr.Fatihah kerana disuruh oleh Dr.Biswal melalui SMS. Doktor beri arahan penggunaan ubat dan darah saya diambil.

Petangnya, En.Ariff datang jual susu lebah(Royal Jelly), saya dah makan sebotol selama seminggu . sebab itu saya beli lagi satu botol walaupun harganya RM280 sebotol dengan 60 kapsul dan habis dalam masa sepuluh hari kerana dosnya untuk kanser tahap 4, 2 biji sekali makan dan 3 kali sehari. Saya terus beli kerana rasa agak sihat lepas memakannya.


Malam ini saya tak makan lagi ubat SUTENT , tapi terus dengan GLIVEC kerana nak mula makannya malam Jumaat.

Khamis, 31 Dis 2009

Pagi ni, saya dihantar oleh isteri ke rumah emak saya kerana dia ada mesyurarat guru di sekolahnya. Di rumah emak saya asyik melayan kerenah 3 orang anak saudara(anak Zamri). Dua orang anak saya ke sekolah daftar tingkatan empat, yang sorang lagi tu teman saja. Anak saya masuk aliran ekonomi/MPV(Grafik berkomputer) kerana ia lemah matematik nak masuk aliran sains. Adiknya di tingkatan 3 ok mat dan sains.

Jam 5.00 saya dijemput pulang oleh isteri ke rumah. Sebelah malamnya saya lenguh betis, penatlah isteri dan Mek mengurut betis saya, akhirnya saya tampal patch morfin di dada dan minum sirap morfin, baru lega.

Jam 9.45 malam, saya makan UBAT SUTENT selepas berdoa moga ubat ini menjadi asbab untuk kesembuhan penyakit kanser saya. Saya kira-kira RM680.00 semalam saya makan ubat.

Jam 12.00 betis saya lenguh lagi, saya terpaksa kejut mek dan wife picitnya. Jam 3.30 pagi kami solat sunat Gerhana Bulan.

**SELAMAT TAHUN BARU 2010 MOGA MENJANJIKAN HIDUP YANG LEBIH BERTAKWA KEPADA ALLAH SWT **

1 comment:

Anonymous said...

Sabar ya pak...
Orang sabar disayang tuhan.
Jika dijakarta lebih parah lagi, harga glivec Rp200.000 sebutir tetapi obat tidak ada di apotik dan pasaran.