Monday, December 19, 2011

Cuti Pesakit Kanser

Cuti Tibi, Barah dan Kusta

Rujukan        :          
Perintah Am 31 dan 53 Bab ‘C’. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.


Tujuan          :          
Diberikan kepada pegawai yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang.

Syarat            :
i)Pegawai disahkan menghidap penyakit tibi atau kusta atau barah atau lain lain penyakit yang setaraf dengannya.
ii)Pegawai perlu mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan.

Kadar             :
i)Pegawai yang menghidap penyakit barah atau kusta – tidak melebihi 24 bulan cuti sakit bergaji penuh dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit penyakit lain.

ii)Pegawai yang menghidap penyakit tibi – tidak melebihi 12 bulan cuti sakit bergaji penuh dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit penyakit lain.

iii) Kemudahan (i) dan (ii) juga diberikan kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta atau barah yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.

iv) Setelah menghabiskan cuti di (i) dan (ii), pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat yang masih berkelayakkan.

v) Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah setelah tamatnya cuti di (i), (ii) dan (iv).

vi) Setelah menghabiskan semua cuti di (i), (ii), (iv) dan (v) tiada apa apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Ketua Setiausaha Kementerian setelah meneliti Laporan Lembaga Perubatan. Ketua Setiausaha Kementerian boleh menimbang apa apa cuti tambahan samaada bergaji penuh atau separuh gaji atau pegawai itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.

Agensi Terlibat       :           Perkhidmatan Awam.

Tarikh Kuat Kuasa :           1 Januari 1992.




Friday, December 9, 2011

BUKU DOKTORKU

http://selfprescription.blogspot.comToday, in my mail is a parcel containing the book on breast cancer that I wrote.
      Titled: KANSER PAYUDARA - Teman ke Akhir Hayat
The book has 320 pages, with references and index, published by Dewan Bahasa Pustaka. The happiest person is of course by supporter and no 1 fan.

The copy is author's first copy and the rest will be handed to me on the launching day, most probably before January 2012 in USM Penang Campus or in Putra Jaya. Thus, I presumed, the book will only be in bookstore after the launch.



The book has two parts, the first is on author's and patients' experiences coping with breast cancer and the stories are integrated with the facts about clinical presentation, staging, pathological features and its implication on prognosis and the treatment for breast cancer.  


The second part is more on naturopathic way of treatment, stressing on variable aggressiveness of breast cancer and dissimilar vulnerability and strength of cancer survivors. It includes a chapter on coping with sexuality and sex.
So, while writing this entry, I am smiling at myself (on the book's cover), thinking of my bitter sweet memories coping with breast cancer treatment and after 5 years survival and a book on the same topic, published with DBP, I could not deny God's blessing that came my way, for much of what I experienced in life is summarised as "It was so wrong but it came out so right."

BACA BLOGSNYA: http://selfprescription.blogspot.com

Thursday, December 1, 2011

Hilang Satu Sakit Datang Sakit lain



Selasa 29 Nov 2011 bersamaan 3 Muharam, ku bersama isteri ke Southern Bank(Dulu EON Bank) untuk membayar ansuran keretaku yang terakhir. Dah jelaslah semua ansuran kereta Gen-2 yang ku bila selepas ku menjalani pembedahan kanser perut. Ku beli kerena kereta dulu manual, jadi ku tukar automatik supaya senang dipandu.
Sewaktu ku ke HUSM melawat saudara yang sakit, ku terasa sakit dada. Ia berterusan hingga ke malam. Ku ke klinik dan dibuat ECG, Pembantu perubatan yang juga bekas muridku memberitahu ada sedikit masalah jantung tetapi bila dirujuk kepada doktor, keputusannya baik saja. Doktor kata mungkin kesan penyakit barahku.
     Paginya kurasa sihat sikit, tetapi bila lepas makan petang, sakit datang lagi, dan jam 3.00 malam ku buang air dan muntah dalam tandas. Selepas tu rasa lega sikit hinggalah Solat Subuh.Lepas Subuh boleh berehat kerana sekarang cuti sekolah.
Kegembiraanku kerana bisulku telah sembuh lenyap dengan kesakitan baru yang melanda. Semangat ku jatuh merudum. Ku cuba bangkit semula tetapi sebagai insan yang lemah, selama manakah ku dapat berjuang melawan kanser ini. Ku selalu memohon kepada Allah semoga ku diberi kekuatan untuk menempuh segala ujianNYa. Amin.

Saturday, November 26, 2011

Temu Janji Oh Temu Janji

Minggu ini ada dua temujanji. Hari Ahad temujanji dengan Pakar Bedah dan Hari Khamis dengan Pakar Oncologi(Kanser) Tiada apa yang istimewa. Semasa jumpa pakar bedah, doktor cuma bertanya masih makan lagi ke Sutent. Macam mana nak makan ubat tiada. Dah 5 bulan tak makan kerana kerajan cuma bekalkan 3 bulan. Lepas tu kena mohon balik. Proses nak dapat kelulusan yang pertama dulu mengambil masa setahun. Bulan 9 mohon balik tetapi bila ku tanya lepas jumpa doktor, borangku masih belum diambil apa-apa tindakan.

Doktor bedah beritahu bahawa ada lagi ubat yang lebih mahal dari Sutent, ku tak tanya pula sebab sebenarnya ku dah tak berapa berminat dengan ubat kimoterapi kerana kesan sampingannya yang terlalu teruk dan harganya yang memang ku tak mampu jika tidak ditanggung oleh kerajaan. Namun ku isi juga borang memohon ubat takut melanggar arahan doktor pula.

Hari Khamis, jumpa pula Pakar Kanser. Cuma pemeriksaan biasa, doktor memeriksa fistula(bisul). Nanah dah kurang keluar. Bisulku ini kadang-kadang keluar nanah dan kadang-kadang tertutup dan bila sakit terpaksa pula ku cucuk dengan jarum supaya nanah  keluar dan sakit berkurangan. Alhamdulillah beberapa hari ini bisul tak sakit dan nanahpun tak keluar. Ku tak tahu apa makanan tambahan yang ku makan yang sesuai dengan penyakitku. Cuma dulu ku makan susulebah tetapi dah ku kurangkan. Kini ku makan pula Keladi Tikus. Dah 6 bulan ku makan. Allah yang menyembuh bukan ubat, ubat cuma ikhtiar.

Kepada semua "follower" ku ucapkan terima kasih atas sokongan kalian bagi ku menghadapi dugaan Allah ini.
Wassalam.

Tuesday, November 15, 2011

Doa dan Harap Mengiringi Masa

Assalamualaikum. Dah lama juga ku tak menulis. Entah kenapa tubuh selalu lemah, maka semangat untuk menulis turut hilang bersama masa. Bagi mengatasi rasa lemah tubuhku, ku minum madu khaula, tetapi tiada perubahan nampaknya. Isteriku dah beberapa kali menyuruhku minum,susu kambing kerana dah lama ku tak minumnya. Mungkinkah tubuh ku lemah seperti lepas kimoterapi kerana ku makan kapsul keladi tikus. Walaupun tubuhku letih, ku tetap makan kapsul keladi tikus kerana perubahan yang agak baik kepada bisulku kerana ia samakin mengecil. Dah beberap kali bisulku tertutup tetapi bisul ku di bahagian dalam belum sembuh sehingga bisulku berdenyut-denyut. Akhirnya ku ambil jarum dan membuat lubang bagi membolehkan nanah keluar, barulah hilang rasa berdenyut-denyut.

Dua hari lepas ku minum semula susu kambing Hi-Goat dan Alhamdulillah hari ini ku rasa bertenaga. Ku pergi ke rumah ibu bapaku. Ku gembira melibat ayahku menyabit rumput untuk lembunya. Ku pula memetik daun kangkung untuk dibuat sayur dan juga untuk makanan ikan kaloi di rumahku.

Ayahku pula bukanlah sihat sangat. Hampir 3 bulan tak dapat berjalan. Selepas berurut dan rawatan hospital, ia kembali dapat berjalan. Alhamdulillah.


Tuesday, October 25, 2011

Ku Cuba Keladi Tikus

Assalamualaikum. dah lama ku tak menulis. Bukan apa cuma kabel tmnet kena curi oleh pencuri kabel yang berleluasa sekarang. Jadi sekarang terpaksa guna broadband. 
 Dulu ku cuba Susu lebah, sihat sikit tetapi fistula(bisul) di dadaku tak sembuh sepenuhnya. Kini dah hampir 2 tahun ku makannya. Ku cuba pula Keladi Tikus. Bisulku nampaknya dah nak kering, kadang-kadang dia kering, tetapi kemudian bernanah balik. Kini dah 7 botol kumakan keladi tikus. Sebotol yang mempunyai 90 kapsul berhaarga RM90.00. banyak jugalah kena keluar duit.

Ubat kimoterapi, SUTENT(SUNITINIB) dah tak ku makan lagi kerana putus bekalan sejak Jun lepas. Sebenarnya ku agak serik makan Sutent kerana kesan sampingannya yang teruk. Tambahan pula keadaanku semakin baik berbanding dulu cuma sekarang badanku terasa sangat lemah dan selalu letih.

Semoga  Allah memberi kesembuhan berkat bulan haji ini.

Sunday, September 25, 2011

Termujanji Klinik Onkologi

22.9.2011

Hari ini ku jumpa Dr. Fatihah dan seorang doktor baru yang ku lupa namanya. Dia memeriksa fistula di dadaku. Masih tidak sembuh walaupun dah 2 tahun muncul di dadaku tetapi ia semakin kecil. Ku  beritahu doktor keadaan diriku yang selalu letih. Ia menyatakan mungkin kanserku merebak. Alahai doktor, beirilah semangat bukan menakutkan ku.

Ku bertanyakan borang permohonan ubatku tetapi malangnya ia belum diproses lagi. Maka terpaksa isi semula borang saraubat. Ku  tak kisah sebenarnya kerana kesan sampingan ubat tesebut, Sutent begitu menyakitkan.

Kini ku pasrah. Hanya doa kepadaNya mengiringi penderitaan ini. Namun ku tetap bersyukur kerana keadaanku sekarang lebih sihat berbanding dahulu.

Thursday, August 25, 2011

Sunday, August 21, 2011

Ramadan Akan Meninggalkan Kita

Hari ini 21 Ramadan, adakah semalam malam Lailatul Qadar. Masih ada beberapa malam lagi untuk kita mencari lailatul qadar. Alhamdulillah sehingga hari ini, ku masih dapat berpuasa. Sakit di ari--ari dah berkurangan. Ku dah pergi buat "urine--test" dan  tak ada batu karang.

Moga berkart Ramadan ini penyakitku akan sembuh. Amin.


Sunday, August 14, 2011

Ramadan Penuh Berkat

RAMADAN DATANG LAGI
Tahun ini, 1 Ramadan bersamaan 1 Ogos. Ku berazam tahun ini untuk berpuasa walaupun gastrikku belum sembuh. Ku berdoa agar puasa ini tidak memudaratkan ku walaupun daripada segi hukum ku dibenarkan untuk tidak berpuasa. Namun bila memikirkan besarnya ganjaran pahala untuk orang berpuasa, ku mahu puasa juga apatah lagi sudah lama ku tak sakit perut, cuma panas dada simptom gasrtik. Kini sudah dua minggu ku dapat berpuasa cuma sejak 3 hari lepas kena serang selsema.
Kerja sebagai guru memang  banyak tekanan. Tekanan yang paling utama datang dariapada anak murid yang tidak ikut peraturan. Tugas-tugas rutin lain juga ada tekanan tetapi taklah sehebat tekanan dan sakit hati dengan perangai pelajar. Namun sebagai guru, kami kena hadapinya kerana memang pelajar masih mentah, suka meniru perangai yang tak elok.
Semalam ku tersedar daripada tidur kerana  sakit di ari-ariku. Ku bimbang mungkin akibat batu karang kerana kurang minum air kerana berpuasa. Ku sebenarnya menghadapi masalah makan bila dibedah dulu. Akibat dibuang separuh saluran makanan, bila makan dan minum ku serang sangkut makan di saluran makanan. Bilu minum seteguk air, kena tunggu beberapa ketika, baru boleh terus minum teguk yang berikutnya. Ini menyebabkan ku kurang minum air. Dan paling ku bimbang sekiranya kanserku merebak. Ya Allah ! Jauhilah perkara tersebut kerana ujian ini pun dah tak tertanggung rasanya.
Rasa berdenyut di ari-ari masih terasa dan ku bercadang nak jumpa doktor di klinik kerajaan.
Selamat berpuasa dan beramal untuk mendapat ganjaran pahala di bulan Ramadan.

Wednesday, July 20, 2011

Temujanji Pakar Onkologi (kanser)


Kenangan Berada di Wad HUSM

18.7.11 merupakan hari temujanjiku dengan Pakar Kanser Prof.Dr.Biswal Mohan Biswal. Ku minta kebenaran daripada pihak sekolah untuk ke hospital. Ku pergi ke hospital bersendirian kerana kesihatanku agak baik berbanding dulu. Dulu ku akan naik teksi ditemani ibu ke hospital, tetapi kini ku dapat memandu kereta ke hospital. Selepas parking kereta  di luar hospital, ke berjalan masuk walaupun agak jauh. Di dalam hospital memang tak ada parking

Selepas mendaftar, ku kantin yang agak jauh juga kerana kantin yang dekat dah  ditutup untuk dibina bina bangunan baru.

Giliranku tiba dan ku berjumpa dengan Prof.Biswal. Ku ceritakan kesan sampingan ubat Sutent dan memintanya beri ubat lain. Mengikutnya, hanya ubat Sutent yang digunakan di seluruh dunia untuk GIST kanser.

Disebabkan ubat sutent dah habis, maka ku terpaksa memohon semula dengan JPA, dulu ambil masa setahun untuk kelulusan 3 bulan, tetapi ku tak kisah lambat pun kerana kesan sampingannya yang teruk.

Ku pasrah. Dah ramai yang meninggal akibat kanser, terbaru Bekas Hakim Malaya, Raja Aziz Adruze dan YB Dr.Lo'lo'. Moga Allah merahmati mereka.

Wednesday, July 13, 2011

Temujanji Pakar Bedah

Gambar Hiasan-- GIST CANCER

10.07.11 adalah temujanji ku dengan pakar bedah HUSM. Sebenarnya temujanji ku lebih awal tetapi Klantan cuti pada hari tersebut kerana masuk akhir Piala FA. Selepas mendaftar jam 9.00, jam 12.00 baru dapat jumpa doktor. Doktor membaca folderku yang mengandungi laporan PET-Scan daripada Hospital Besar Pulau Pinang. Dari laporan, doktor memberitahu kemungkinan penyakit GIST ku telah datang balik. Dia memanggil Pakar Bedah iaitu Dr.Mehbob Alam Pasya. Mengikut doktor, mereka tak pasti adakah ia kanser atau jangkitan. Jika dibuat pembedahan, ia melibatkan pembedahan besar. Ku disuruh ambil darah dan datang semula sebulan lagi.

Ku pasrah dan berdoa agar penyakit ku sembuh kerana tak sanggup lagi ku menjadi penghuni hospital. Cukuplah dugaan yang Allah berikan selama ini. namun sebagai hambaNya, ku berserah kepadaNya.

Monday, July 4, 2011

POKOK BISMILLAH

From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
Vernonia amygdalina
Scientific classification
Kingdom: Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Eudicots
(unranked): Asterids
Order: Asterales
Family: Asteraceae
Genus: Vernonia
Species: V. amygdalina
Binomial name
Vernonia amygdalina
Delile
Vernonia amygdalina, a member of the Asteraceae family, is a small shrub that grows in the tropical Africa. V. amygdalina is commonly called bitter leaf because of its bitter taste. The leaves may be consumed either as a vegetable (macerated leaves in soups) or aqueous extracts as tonics for the treatment of various illnesses. In the wild, chimpanzees have been observed to ingest the leaves when suffering from parasitic infections.[1] Many herbalists and naturopathic doctors recommend aqueous extracts for their patients as treatment for emesis, nausea, diabetes, loss of appetite-induced abrosia, dysentery and other gastrointestinal tract problems. Until the last decade or so, there were only anecdotal reports and claims to support the health benefits. The anecdotal reports are now being supported by scientific evidence that a V. amygdalina regimen or consumption as dietary supplements may provide multiple health benefits.[citation needed]
Vernonia amygdalina extracts may help suppress, delay, or kill cancerous cell in many ways, such as:
  • Induction of apoptosis as determined in cell culture and animal studies.[2][3]
  • Enhanced Chemotherapy Sensitivity - V. amygdalina extracts may render cancerous cells to be more sensitive to chemotherapy.[2]
  • Inhibition of the growth or growth signals of cancerous cells.[4][5][6][7]
  • Suppression of metastasis of cancerous cells in the body by the inhibition of NFҡB is an anti-apoptotic transcription factors as demonstrated in animal studies.[3]
  • Reduction of estrogen level in the body by the suppression of Aromatase activity.[8] The Involvement of blood estrogen level in the etiology of estrogen receptor (ER) positive breast cancer has been widely reported.[9] Additional source of estrogen production in humans besides the ovary and adrenal gland is the conversion of testosterone to estrogen in a reaction catalyzed by Aromatase. Many studies have shown positive correlations between blood estrogen levels and breast cancer risks.[9] Therefore, compounds that inhibit Aromatase activity are used for the treatment of breast cancer.
  • Antioxidants - V. amygdalina may provide anti-oxidant benefits.[10]
  • Enhancement of the immune system - Many studies have shown that V. amygdalina extracts may strengthen the immune system through many cytokines (including NFҡB, pro inflammatory molecule) regulation.[2]
Studies conducted using streptozotocin-induced diabetic laboratory animals showed that V. amygdalina administration decreased blood glucose by 50% compared to untreated diabetic animals.[11]
V. amygdalina, traditionally used by small farmers in Western Africa, does possess anthelminthic anti-parasitic properties.[12]

DIPETIK DARI WIKIPEDIA

Makanan Tambahan

Assalamualaikum.

Dah agak lama tak menulis kerana di rumah tak boleh guna internet, kabel kena curi, jadi guna masa free di sekolah. Ubat kimo dah habis, jadi ku guna makanan tambahan lain. Antaranya :

      1. Susu lebah (royal jell)
       2. Keladi Tikus
       3. Hi-goat
      4. Jeslin Power oil untuk disapu di bisul
      5. Ubat sapu dari Mekah untuk disapu di bisul

Ku berharap usahaku berjaya, di samping zikir dan al--Quran yang menjadi amalan harian. Moga Allah memberi kesenangan selepas kesusahan.
     

Tuesday, June 14, 2011

info kanser

 People with cancer have different diet needs
People with cancer often need to follow diets that are different from what they think of as healthy. For most people, a healthy diet includes:
  • Lots of fruits and vegetables, and whole grain breads and cereals
  • Modest amounts of meat and milk products
  • Small amounts of fat, sugar, alcohol, and salt
When you have cancer, though, you need to eat to keep up your strength to deal with the side effects of treatment. When you are healthy, eating enough food is often not a problem. But when you are dealing with cancer and treatment, this can be a real challenge.
When you have cancer, you may need extra protein and calories. At times, your diet may need to include extra milk, cheese, and eggs. If you have trouble chewing and swallowing, you may need to add sauces and gravies. Sometimes, you may need to eat low-fiber foods instead of those with high fiber. Your dietitian can help you with any diet changes you may need to make.
Back to TopBack to Top
 Cancer treatment can cause side effects that lead to eating problems
Cancer treatments are designed to kill cancer cells. But these treatments can also damage healthy cells. Damage to healthy cells can cause side effects. Some of these side effects can lead to eating problems.
Common eating problems during cancer treatment include:
  • Appetite loss
  • Changes in sense of taste or smell
  • Constipation
  • Diarrhea
  • Dry mouth
  • Lactose intolerance
  • Nausea
  • Sore mouth
  • Sore throat and trouble swallowing
  • Vomiting
  • Weight gain
  • Weight loss
Some people have appetite loss or nausea because they are stressed about cancer and treatment. People who react this way almost always feel better once treatment starts and they know what to expect.
Back to TopBack to Top
  Things to do and think about before you start cancer treatment
  • Until treatment starts you will not know what, if any, side effects or eating problems you may have. If you do have problems, they may be mild. Many side effects can be controlled. Many problems go away when cancer treatment ends.
  • Think of your cancer treatment as a time to get well and focus just on yourself.
  • Eat a healthy diet before treatment starts. This helps you stay strong during treatment and lowers your risk of infection.
  • Go to the dentist. It is important to have a healthy mouth before you start cancer treatment.
  • Ask your doctor, nurse, or dietitian about medicine that can help with eating problems.
  • Discuss your fears and worries with your doctor, nurse, or social worker. He or she can discuss ways to manage and cope with these feelings.
  • Learn about your cancer and its treatment. Many people feel better when they know what to expect. See the list of helpful resources in “Ways to Learn More”.
Back to TopBack to Top
 Ways you can get ready to eat well
  • Fill the refrigerator, cupboard, and freezer with healthy foods. Make sure to include items you can eat even when you feel sick.
  • Stock up on foods that need little or no cooking, such as frozen dinners and ready-to-eat cooked foods.
  • Cook some foods ahead of time and freeze in meal-sized portions.
  • Ask friends or family to help you shop and cook during treatment. Maybe a friend can set up a schedule of the tasks that need to be done and the people who will do them.
  • Talk with your doctor, nurse, or dietitian about what to expect. See the lists of foods and drinks that can help with many types of eating problems.
Back to TopBack to Top
 Not everyone has eating problems during cancer treatment
There is no way to know if you will have eating problems and, if so, how bad they will be. You may have just a few problems or none at all. In part, this depends on the type of cancer you have, where it is in your body, what kind of treatment you have, how long treatment lasts, and the doses of treatment you receive.
During treatment, there are many helpful medicines and other ways to manage eating problems. Once treatment ends, many eating problems go away. Your doctor, nurse, or dietitian can tell you more about the types of eating problems you might expect and ways to manage them. If you start to have eating problems, tell your doctor or nurse right away.
If you start to have eating problems, tell your doctor or nurse right away.
Back to TopBack to Top
 Talk with your doctor, nurse, or dietitian about foods to eat
Talk with your doctor or nurse if you are not sure what to eat during cancer treatment. Ask him or her to refer you to a dietitian. A dietitian is the best person to talk with about your diet. He or she can help choose foods and drinks that are best for you during treatment and after.
Make a list of questions for your meeting with the dietitian. Ask about your favorite foods and recipes and if you can eat them during cancer treatment. You might want to find out how other patients manage their eating problems. You can also bring this book and ask the dietitian to mark sections that are right for you.
If you are already on a special diet for diabetes, kidney or heart disease, or other health problem, it is even more important to speak with a doctor and dietitian. Your doctor and dietitian can advise you about how to follow your special diet while coping with eating problems caused by cancer treatment.
For more information on how to find a dietitian, contact the American Dietetic Association. See “Ways to Learn More” for ways to reach them.
Back to TopBack to Top
 Ways to get the most from foods and drinks
During treatment, you may have good days and bad days when it comes to food. Here are some ways to manage:
  • Eat plenty of protein and calories when you can. This helps you keep up your strength and helps rebuild tissues harmed by cancer treatment.
  • Eat when you have the biggest appetite. For many people, this is in the morning. You might want to eat a bigger meal early in the day and drink liquid meal replacements later on.
  • Eat those foods that you can, even if it is only one or two items. Stick with these foods until you are able to eat more. You might also drink liquid meal replacements for extra calories and protein.
  • Do not worry if you cannot eat at all some days. Spend this time finding other ways to feel better, and start eating when you can. Tell your doctor if you cannot eat for more than 2 days.
  • Drink plenty of liquids. It is even more important to get plenty to drink on days when you cannot eat. Drinking a lot helps your body get the liquid it needs. Most adults should drink 8 to 12 cups of liquid a day. You may find this easier to do if you keep a water bottle nearby. See the list of clear liquids for other ideas.

Back to TopBack to Top
 Taking special care with food to avoid infections
Some cancer treatments can make you more likely to get infections. When this happens, you need to take special care in the way you handle and prepare food. Here are some ways:
  • Keep hot foods hot and cold foods cold. Put leftovers in the refrigerator as soon as you are done eating.
  • Scrub all raw fruits and vegetables before you eat them. Do not eat foods (like raspberries) that cannot be washed well. You should scrub fruits and vegetables that have rough surfaces, such as melons, before you cut them..
  • Wash your hands, knives, and counter tops before and after you prepare food. This is most important when preparing raw meat, chicken, turkey, and fish.
  • Use one cutting board for meat and one for fruits and vegetables.
  • Thaw meat, chicken, turkey, and fish in the refrigerator or defrost them in the microwave. Do not leave them sitting out.
  • Cook meat, chicken, turkey, and eggs thoroughly. Meats should not have any pink inside. Eggs should be hard, not runny.
  • Do not eat raw fish or shellfish, such as sushi and uncooked oysters.
  • Make sure that all of your juices, milk products, and honey are pasteurized.
  • Do not use foods or drinks that are past their freshness date.
  • Do not buy foods from bulk bins.
  • Do not eat at buffets, salad bars, or self-service restaurants.
  • Do not eat foods that show signs of mold. This includes moldy cheeses such as bleu cheese and Roquefort.
For more information about infection and cancer treatment, see Chemotherapy and You: Support for People With Cancer a book from the National Cancer Institute. You can get it free by calling 1-800-4-CANCER (1-800-422-6237) or online at http://www.cancer.gov/publications.
Back to TopBack to Top
 Using food, vitamins, and other supplements to fight cancer
Many people want to know how they can help their body fight cancer by eating certain foods or taking vitamins or supplements. But, there are no studies that prove that any special diet, food, vitamin, mineral, dietary supplement, herb, or combination of these can slow cancer, cure it, or keep it from coming back. In fact, some of these products can cause other problems by changing how your cancer treatment works.
Talk with your doctor, nurse, or dietitian before going on a special diet or taking any supplements. To avoid problems, be sure to follow their advice.
For more information about complementary and alternative therapies, see Thinking About Complementary & Alternative Medicine: A Guide for People With Cancer. You can get this book free from the National Cancer Institute. Call 1-800-4-CANCER (1-800-422-6237) or order online at http://www.cancer.gov/publications.
Talk with your doctor before going on a special diet or taking any supplements. Some vitamins and supplements can change how your cancer treatment works.
Back to TopBack to Top
 A special note for caregivers
  • Do not be surprised or upset if your loved one’s tastes change from day to day. There may be days when he or she does not want a favorite food or says it tastes bad now.
  • Keep food within easy reach. This way, your loved one can have a snack when he or she is ready to eat. You might put a snack-pack of applesauce or pudding (along with a spoon) on the bedside table. Or try keeping a bag of cut-up carrots on the refrigerator shelf.
  • Offer gentle support. This is much more helpful than pushing your loved one to eat. Suggest that he or she drinks plenty of clear and full liquids when he or she has no appetite. For ideas, see the lists of clear liquids and full-liquid foods.
  • Talk with your loved one about ways to manage eating problems. Doing this together can help you both feel more in control.
For more information about being a caregiver, see When Someone You Love Is Being Treated for Cancer. You can get this book free from the National Cancer Institute. Call 1-800-4-CANCER (1-800-422-6237) or order online at http://www.cancer.gov/publications.

Ubat Sutent Terakhir

KERETA LAMAKU. DAH JUAL LEPAS DIBEDAH. TUKAR KERETA AUTO PULA UTK  SENANG MEMANDU..

Semingu  lagi akan habislah ubat Sutent yang dibekalkan kerajaan(JPA) dan selepas ini tak tahulah macam mana. Seperti biasa, bila makan Sutent, sakit tapak kaki, makan tak rasa apa dan letih yang melampau. Musim cuti sekolah ni musim kenduri, banyak betul. Bila pergi  kenduri, ku cuma makan ayam , sebab doktor suruh elak protein binatang jadi ku tak makan daging walaupun kalau kira ayam juga protein binatang, tetapi dah tiada pilihan.

     Gastrikku pun belum kurang, setiap pagi kena makan Esomeprazole(ubat gasrtik). Seminggu lagi ubat ni nak habis, sepatutnya temujanji 12.6.11 tetapi cuti umum pula di Kelantan kerana Piala FA walaupun Kelantan kalah.Jadi kena pergi pesakit luarlah.
      Sudah jatuh ditimpa tangga, ayahku yang menjadi tempatku bergantung selama ini pula jatuh sakit. Makin sukarlah nak menguruskan hidup. namun ku yakin Allah akan membantuku . Insya Allah.

      10.6.2011 genaplah 48 tahun umurku. Dah nak masuk 5 tahun ku sakit, umur ku masih panjang walaupun ramai teman yang senasib sudah pulang ke rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihi rajiiun.

Sunday, May 15, 2011

KEPUTUSAN PET--SCAN


12 Mei 2011. Keputusan Pet-Scan dari Hospital Besar Pulau pinang

Hari ini ku ada temujanji dengan Klinik Oncologi HUSM. Hati ku berdebar-berdebar. Apakah keputusan PET-San. Adakah sel kanserku dah berhenti merebak atau bagaimana. Ku parkir kereta di luar hospital kerana parkir di dalam dah penuh.

Ku daftar dan terus ke kantin kerana belum makan. Selepas makan ku pergi semula ke klinik. Ku lihat seorang pesakit berlitup kepala dengan tuala. Saya diberitahu oleh pesakit sebelahnya bahawa pada awalnya pesakit tersebut sakit gigi, Selepas gigi dicabut ia bernanah dan gusinya membengkak. Dia berubat secara tradisional dengan bomoh yang sedang popular di Jertih, Terengganu. Ku pun ada dengar khabar tentang bomoh perempuan tersebut. Dia mendapat kebolehan berbomoh bila anak dalam kandungnnya didakwa diambil Orang Bunian. Dulupun ada orang kat rumahku mendakwa sedemikian dan beliau juga jadi bomoh tetapi sekejap saja, kemudian tak mendapat pelanggan lagi.

Bomoh perempuan di Jertih boleh belah batin. Entahlah. Berbalik kepada lelaki tadi, akibat mendapat rawatan tradisional, kanser merebak, dan bila dirujuk ke HUSM dia terpaksa menjalani pembedahan membuang mata, tulang pipi dan gigi. Dia kemudian dipanggil untuk membuat radioterapi. Moga dia tabah menghadapi dugaan sakitnya.

Namaku dipanggil. Ku berbincang fasal keputusan Pet-Scan dengan Prof.Biswal dalam Broken English kerana dia tak pandai berbahasa Melayu. Dia memberitahu bahawa kanser di bisulku(Fitstula) semakin besar. Kanser dihatiku stabil. Dia akan merujuk ke Pakar Bedah sama ada untuk melakukan sekali lagi pembedahan. Ku mahu berbincang dengan keluarga dulu.

Ku  melangkah longlai keluar dari klinik. Jiwaku rasa kosong. Bilakah penderitaan ini akan berakhir. Sebenarnya kini ku lebih bersedia jika Allah menjemputku. Ku amat bersyukur doaku untuk mengerjakan Haji telah dimakbulkan Allah tahun lalu. Anak ku seorang Ting.5 dan seorang Ting.4. Dah agak besar walaupun kalau boleh ingin ku lihat mereka berkerja dulu sebelum ku pergi. Isteriku pula seorang Ustazah, jadi dia ada gaji sendiri. Ku serahkan mereka semua di bawah jagaan Allah jika ku pergi dulu.

Ku cuba menahan air mata dari gugur. Dulu pada Mei 2007, ku cukup tertekan bila doctor memberitahu ku hanya ada masa 6 bulan untuk hidup.   Kini ku agak bersedia menerima takdir Illahi. Ku selalu berzikir mengingati Allah dan berselawat di samping membaca Al-Quran. Cuma kini badan sentiasa lemah untuk solat- sunat. Nasib baik waktu pagi ku agak bertenaga dan boleh ke sekolah untuk mengajar. Balik dari sekolah, ku cuma berbaring.

Ku rasa, jika doktor nak bedah, aku akan benarkan kerana jika tak dibedah, ku bimbang kanser merebak dan memburuk dan busuk. Ini pengalaman arwah isteriku dulu yang menghidap kanser payudara. Doktor tak membedahnya kerana dah terlambat akibat dia terlalu percaya kepada rawatan tradisional.

Walau macam manapun, semuanya telah ditetapkan oleh Allah sejak azali, kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa. Moga di akhirat nanti tak lagi diseksa. Ampunkanku Ya Allah kerana kadang-kadang  ku tidak sabar  menghadapi dugaanMu.

Innaalillaahi wa innaa  ilai hi raajiun. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

Wednesday, May 11, 2011

Sarimah Menghidap Kanser

Sarimah Ahmad Berjuang Untuk Hidup Kerana Kanser

KUALA LUMPUR: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka dapat menyambut hari lahirnya ke 69 pada 28 April lalu ketika disahkan menghidap kanser otak, hidung dan lidah sejak setahun lalu.
Menurut Sarimah, dia berjuang untuk hidup selepas diberitahu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja.
“Penderitaan tersebut bermula pada 2008 sehinggalah pada 20 April tahun lalu doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan hanya mampu bertahan selama tiga bulan.
“Saya reda dan percaya dengan ketentuan Allah SWT dan dalam pada itu saya berusaha juga untuk berubat,” katanya ketika ditemui pada sambutan ulang tahunnya, di Restoran Warisan, di sini, Jumaat lalu.
Katanya, dia juga merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga kecuali anak bongsunya, Yusarima Puteri.
“Bukan niat saya untuk merahsiakan perkara ini tapi saya tidak mahu anak-anak saya turut berasa sedih dengan keadaan tersebut.
“Hanya anak kelima saya sahaja yang tahu tentang perkara ini kerana hanya dia yang ada berada bersama saya.
“Ketika itu juga saya banyak menolak permintaan fotografi media dan undangan ceramah kerana tidak mahu mereka lihat keadaan saya yang ketika itu hanya tinggal kulit dan tulang sahaja,” ujarnya.
Tambah Sarimah, dia tidak pernah mengalah melawan penyakit tersebut. Biarpun menolak untuk melakukan sebarang pembedahan pada tubuhnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan amalan solat sunat digandakan.
“Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan.
“Saya memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar,” katanya.
Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari Maxico yang diperkenalkan oleh seorang doktor.
“Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di tahap empat. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan ini.
“Alhamdulillah ia bagaikan serasi dengan saya tapi berbalik kepada ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh jadi penawar,” katanya.
Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin pulih daripada penyakit tersebut.
“Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.
“Tapi Alhamdulillah derita yang saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang,” katanya.

Tuesday, May 10, 2011

Mereka Mendaki Gunung

Ramai juga cancer survIvor yang sihat sampai boleh mendaki Gunung Everest. Moga mereka berjya.

Gambar dari facebook MAKNA.

Wednesday, May 4, 2011

Berita Pesakit Kanser

Kelmarin ku terima SMS daripada isteri pesakit kanser di Sabah. Kesian dia, suaminya dah dibedah tetapi doktor nak potong kaki pula. Ku faham macam mana sukarnya dia nak buat keputusan.

Minggu lepas, ku juga terima berita kematian pesakit kanser usus. Dia datang ke rumah untuk beli sulebah 3 minggu lepas. Dia singgah dalam perjalanan untuk mendapat rawatan daripada Pusat Rawatan Hidayah(Ashraf Muslim) yang datang ke Terengganu.

Kemalam ku terima panggilan daripada isteri Arwah pesakit kanser bertanya kbahar. Ku amat berterima kasih kepadanya kerana memberi ubat kimo arwah suaminya kepada ku.

Ku harap berita yang ku terima hari-hari berikutnya berita yang mengembirakan. Amin.

Wednesday, April 27, 2011

Latahzan. Innallahamaana

Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat

erti kebahagiaan yang sebenarnya...
Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan
[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]
Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)
[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك

Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah
[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya
[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada
[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق

فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!
Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu
[Firman Allah yang bermaksud:]
"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
(التوبة: 40)

[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr.
MAZA, 1 Nov 2009]