Gambar Hiasan-- GIST CANCER
10.07.11 adalah temujanji ku dengan pakar bedah HUSM. Sebenarnya temujanji ku lebih awal tetapi Klantan cuti pada hari tersebut kerana masuk akhir Piala FA. Selepas mendaftar jam 9.00, jam 12.00 baru dapat jumpa doktor. Doktor membaca folderku yang mengandungi laporan PET-Scan daripada Hospital Besar Pulau Pinang. Dari laporan, doktor memberitahu kemungkinan penyakit GIST ku telah datang balik. Dia memanggil Pakar Bedah iaitu Dr.Mehbob Alam Pasya. Mengikut doktor, mereka tak pasti adakah ia kanser atau jangkitan. Jika dibuat pembedahan, ia melibatkan pembedahan besar. Ku disuruh ambil darah dan datang semula sebulan lagi.
Ku pasrah dan berdoa agar penyakit ku sembuh kerana tak sanggup lagi ku menjadi penghuni hospital. Cukuplah dugaan yang Allah berikan selama ini. namun sebagai hambaNya, ku berserah kepadaNya.
No comments:
Post a Comment