Wednesday, July 20, 2011

Temujanji Pakar Onkologi (kanser)


Kenangan Berada di Wad HUSM

18.7.11 merupakan hari temujanjiku dengan Pakar Kanser Prof.Dr.Biswal Mohan Biswal. Ku minta kebenaran daripada pihak sekolah untuk ke hospital. Ku pergi ke hospital bersendirian kerana kesihatanku agak baik berbanding dulu. Dulu ku akan naik teksi ditemani ibu ke hospital, tetapi kini ku dapat memandu kereta ke hospital. Selepas parking kereta  di luar hospital, ke berjalan masuk walaupun agak jauh. Di dalam hospital memang tak ada parking

Selepas mendaftar, ku kantin yang agak jauh juga kerana kantin yang dekat dah  ditutup untuk dibina bina bangunan baru.

Giliranku tiba dan ku berjumpa dengan Prof.Biswal. Ku ceritakan kesan sampingan ubat Sutent dan memintanya beri ubat lain. Mengikutnya, hanya ubat Sutent yang digunakan di seluruh dunia untuk GIST kanser.

Disebabkan ubat sutent dah habis, maka ku terpaksa memohon semula dengan JPA, dulu ambil masa setahun untuk kelulusan 3 bulan, tetapi ku tak kisah lambat pun kerana kesan sampingannya yang teruk.

Ku pasrah. Dah ramai yang meninggal akibat kanser, terbaru Bekas Hakim Malaya, Raja Aziz Adruze dan YB Dr.Lo'lo'. Moga Allah merahmati mereka.

4 comments:

Dr. H said...

Assalamualaikum Che Gu,

Selamat menyambut bulan Ramadan. Tak per Che Gu, kalau belum masa kita untuk pergi, kita ikhtiar habis-habisan. Pokok South Afrika atau Pokok Bismillah itu baik untuk saya, saya selang seli dengan pengambilan daun mengkudu juga..cara saya, tumbuk 3 helai daun, bila dah lumat saya masukkan sedikit cendawan susu harimau yang saya parut, lepas tu sendang digentel dan ditelan semasa perut kosong...Alhamdullilah mujarab untuk sakit-sakit yang merisaukan hati saya...

Anonymous said...

Gambar ni masa bila ni?

zaini said...

Gambar ini diambil 2009, kurus betul. Sekarang dag berisi sikit tapi rambut semua dah putih.
Dr.H, di rumah saya ada pokok Bismillah yang diguna oelh isteri untuk kencing manis. Nanti saya cuba minum air rebusannya. tk doktor.

faizal said...

Assalam. Melihat pada gambar ini, sudah sememangnya cikgu sangat2 layak mendapat cuti kanser mengikut pekeliling perkhidmatan awam. Cuti kanser perlu dibuat oleh pihak pejabat dengan adanya surat akuan doktor yang merawat cikgu. Ada juga guru yang saya lihat mengambil mc sebulan dan sambung sebulan. Cikgu tidak perlu bekerja dan menghadapi stres di sekolah lagi. Belilah majalah info sihat banyak faedahnya. cuba cikgu lihat kisah Datin Rahmah Mahmood dalam http://www.perihalbarah.blogspot.com terima kasih