Sunday, August 14, 2011

Ramadan Penuh Berkat

RAMADAN DATANG LAGI
Tahun ini, 1 Ramadan bersamaan 1 Ogos. Ku berazam tahun ini untuk berpuasa walaupun gastrikku belum sembuh. Ku berdoa agar puasa ini tidak memudaratkan ku walaupun daripada segi hukum ku dibenarkan untuk tidak berpuasa. Namun bila memikirkan besarnya ganjaran pahala untuk orang berpuasa, ku mahu puasa juga apatah lagi sudah lama ku tak sakit perut, cuma panas dada simptom gasrtik. Kini sudah dua minggu ku dapat berpuasa cuma sejak 3 hari lepas kena serang selsema.
Kerja sebagai guru memang  banyak tekanan. Tekanan yang paling utama datang dariapada anak murid yang tidak ikut peraturan. Tugas-tugas rutin lain juga ada tekanan tetapi taklah sehebat tekanan dan sakit hati dengan perangai pelajar. Namun sebagai guru, kami kena hadapinya kerana memang pelajar masih mentah, suka meniru perangai yang tak elok.
Semalam ku tersedar daripada tidur kerana  sakit di ari-ariku. Ku bimbang mungkin akibat batu karang kerana kurang minum air kerana berpuasa. Ku sebenarnya menghadapi masalah makan bila dibedah dulu. Akibat dibuang separuh saluran makanan, bila makan dan minum ku serang sangkut makan di saluran makanan. Bilu minum seteguk air, kena tunggu beberapa ketika, baru boleh terus minum teguk yang berikutnya. Ini menyebabkan ku kurang minum air. Dan paling ku bimbang sekiranya kanserku merebak. Ya Allah ! Jauhilah perkara tersebut kerana ujian ini pun dah tak tertanggung rasanya.
Rasa berdenyut di ari-ari masih terasa dan ku bercadang nak jumpa doktor di klinik kerajaan.
Selamat berpuasa dan beramal untuk mendapat ganjaran pahala di bulan Ramadan.

2 comments:

muhammad zuhri said...

Assalamualaikum Cikgu Zaini. Harap Cikgu sentiasa berada di dalam keadaan yang tenang dan tabah dalam menghadapi segala dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Semoga segala kesabaran Cikgu dalam menghadapi segala dugaan ini mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t. Di sini , saya ingin mengucapkan selamat beramal dan berpuasa di bulan Ramadhan ini untuk Cikgu sekeluarga. Kirim salam kepada isteri Cikgu. Wassalam .

Faiz said...

assalam . untuk cuti barah, Penjawat awam layak 2 tahun mc bergaji penuh diikuti setahun separuh gaji. Tahun ketiga akan ditentukan oleh KP samada diberikan medical board.
Terima kasih