Saturday, November 26, 2011

Temu Janji Oh Temu Janji

Minggu ini ada dua temujanji. Hari Ahad temujanji dengan Pakar Bedah dan Hari Khamis dengan Pakar Oncologi(Kanser) Tiada apa yang istimewa. Semasa jumpa pakar bedah, doktor cuma bertanya masih makan lagi ke Sutent. Macam mana nak makan ubat tiada. Dah 5 bulan tak makan kerana kerajan cuma bekalkan 3 bulan. Lepas tu kena mohon balik. Proses nak dapat kelulusan yang pertama dulu mengambil masa setahun. Bulan 9 mohon balik tetapi bila ku tanya lepas jumpa doktor, borangku masih belum diambil apa-apa tindakan.

Doktor bedah beritahu bahawa ada lagi ubat yang lebih mahal dari Sutent, ku tak tanya pula sebab sebenarnya ku dah tak berapa berminat dengan ubat kimoterapi kerana kesan sampingannya yang terlalu teruk dan harganya yang memang ku tak mampu jika tidak ditanggung oleh kerajaan. Namun ku isi juga borang memohon ubat takut melanggar arahan doktor pula.

Hari Khamis, jumpa pula Pakar Kanser. Cuma pemeriksaan biasa, doktor memeriksa fistula(bisul). Nanah dah kurang keluar. Bisulku ini kadang-kadang keluar nanah dan kadang-kadang tertutup dan bila sakit terpaksa pula ku cucuk dengan jarum supaya nanah  keluar dan sakit berkurangan. Alhamdulillah beberapa hari ini bisul tak sakit dan nanahpun tak keluar. Ku tak tahu apa makanan tambahan yang ku makan yang sesuai dengan penyakitku. Cuma dulu ku makan susulebah tetapi dah ku kurangkan. Kini ku makan pula Keladi Tikus. Dah 6 bulan ku makan. Allah yang menyembuh bukan ubat, ubat cuma ikhtiar.

Kepada semua "follower" ku ucapkan terima kasih atas sokongan kalian bagi ku menghadapi dugaan Allah ini.
Wassalam.

No comments: