Thursday, December 1, 2011

Hilang Satu Sakit Datang Sakit lain



Selasa 29 Nov 2011 bersamaan 3 Muharam, ku bersama isteri ke Southern Bank(Dulu EON Bank) untuk membayar ansuran keretaku yang terakhir. Dah jelaslah semua ansuran kereta Gen-2 yang ku bila selepas ku menjalani pembedahan kanser perut. Ku beli kerena kereta dulu manual, jadi ku tukar automatik supaya senang dipandu.
Sewaktu ku ke HUSM melawat saudara yang sakit, ku terasa sakit dada. Ia berterusan hingga ke malam. Ku ke klinik dan dibuat ECG, Pembantu perubatan yang juga bekas muridku memberitahu ada sedikit masalah jantung tetapi bila dirujuk kepada doktor, keputusannya baik saja. Doktor kata mungkin kesan penyakit barahku.
     Paginya kurasa sihat sikit, tetapi bila lepas makan petang, sakit datang lagi, dan jam 3.00 malam ku buang air dan muntah dalam tandas. Selepas tu rasa lega sikit hinggalah Solat Subuh.Lepas Subuh boleh berehat kerana sekarang cuti sekolah.
Kegembiraanku kerana bisulku telah sembuh lenyap dengan kesakitan baru yang melanda. Semangat ku jatuh merudum. Ku cuba bangkit semula tetapi sebagai insan yang lemah, selama manakah ku dapat berjuang melawan kanser ini. Ku selalu memohon kepada Allah semoga ku diberi kekuatan untuk menempuh segala ujianNYa. Amin.

No comments: