Cuti Tibi, Barah dan Kusta
Rujukan        :           
Perintah Am 31 dan 53 Bab ‘C’. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.
Tujuan          :           
Diberikan kepada pegawai yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang.
Syarat            :
i)Pegawai disahkan menghidap penyakit tibi atau kusta atau barah atau lain lain penyakit yang setaraf dengannya.
ii)Pegawai perlu mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan.
Kadar             :
i)Pegawai
 yang menghidap penyakit barah atau kusta – tidak melebihi 24 bulan cuti
 sakit bergaji penuh dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah
 diambilnya kerana penyakit penyakit lain.
ii)Pegawai
 yang menghidap penyakit tibi – tidak melebihi 12 bulan cuti sakit 
bergaji penuh dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah 
diambilnya kerana penyakit penyakit lain.
iii)
 Kemudahan (i) dan (ii) juga diberikan kepada jenis penyakit yang 
setaraf dengan penyakit tibi, kusta atau barah yang memerlukan tempoh 
rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan 
hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.
iv) Setelah menghabiskan cuti di (i) dan (ii), pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat yang masih berkelayakkan. 
v) Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah setelah tamatnya cuti di (i), (ii) dan (iv).
vi)
 Setelah menghabiskan semua cuti di (i), (ii), (iv) dan (v) tiada apa 
apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Ketua 
Setiausaha Kementerian setelah meneliti Laporan Lembaga Perubatan. Ketua
 Setiausaha Kementerian boleh menimbang apa apa cuti tambahan samaada 
bergaji penuh atau separuh gaji atau pegawai itu boleh dibersarakan 
daripada perkhidmatan.
Agensi Terlibat       :           Perkhidmatan Awam.
Tarikh Kuat Kuasa :           1 Januari 1992.
 
 
No comments:
Post a Comment