Assalamualaikum. Dah lama juga ku tak menulis. Entah kenapa tubuh selalu lemah, maka semangat untuk menulis turut hilang bersama masa. Bagi mengatasi rasa lemah tubuhku, ku minum madu khaula, tetapi tiada perubahan nampaknya. Isteriku dah beberapa kali menyuruhku minum,susu kambing kerana dah lama ku tak minumnya. Mungkinkah tubuh ku lemah seperti lepas kimoterapi kerana ku makan kapsul keladi tikus. Walaupun tubuhku letih, ku tetap makan kapsul keladi tikus kerana perubahan yang agak baik kepada bisulku kerana ia samakin mengecil. Dah beberap kali bisulku tertutup tetapi bisul ku di bahagian dalam belum sembuh sehingga bisulku berdenyut-denyut. Akhirnya ku ambil jarum dan membuat lubang bagi membolehkan nanah keluar, barulah hilang rasa berdenyut-denyut.
Dua hari lepas ku minum semula susu kambing Hi-Goat dan Alhamdulillah hari ini ku rasa bertenaga. Ku pergi ke rumah ibu bapaku. Ku gembira melibat ayahku menyabit rumput untuk lembunya. Ku pula memetik daun kangkung untuk dibuat sayur dan juga untuk makanan ikan kaloi di rumahku.
Ayahku pula bukanlah sihat sangat. Hampir 3 bulan tak dapat berjalan. Selepas berurut dan rawatan hospital, ia kembali dapat berjalan. Alhamdulillah.

5 comments:
salam Tuan,mohon dpt beri no akaun bank tuan utk saya memberi sedikit sumbangan. terima kasih..
wslm
Hamba Allah
Waalaikummussalam. Jazakallahukhairankasira. tk banyak atas niat ikhlas tuan untuk memberi sumbangan dan semoga
Allah memberi ganjarannya. Buat masa sekarang, saya belum terdesak lagi untuk menerima bantuan kewangan, cuma doakan semoga Allah memberi saya ketabahan dan menyembuhkan saya. Wassalm.
Assalamualaikum..cikgu..msh igt saya..faizah (sabah) yang beli susu lebah utk suami saya (yg meninggal bulan 5 hr tu..lama xmelawat ke blog ckgu..sy harap Allah beri kekuatan dn kesembuhan penyakit ckgu..amin...
Assalam. Hanya pesakit barah yang boleh memahami derita pesakit barah. Harap dapat tuan melawat http://perihalbarah.blogspot.com diharap tuan mendapat manfaat dengannya.
Waalaikummusalam Faizah.
Saya begitu sedih dengan pemergian suami puan dan semoga puan tabah. Saya Alhamdulillah masih bertahan dan doakan kesembuhan saya. Saya dokan Faizah tabah kerana saya dulu juga kematian isteri akibat kanser payu dara. Inilah takdir Illahi.
Post a Comment