KERETA LAMAKU. DAH JUAL LEPAS DIBEDAH. TUKAR KERETA AUTO PULA UTK SENANG MEMANDU..
Semingu lagi akan habislah ubat Sutent yang dibekalkan kerajaan(JPA) dan selepas ini tak tahulah macam mana. Seperti biasa, bila makan Sutent, sakit tapak kaki, makan tak rasa apa dan letih yang melampau. Musim cuti sekolah ni musim kenduri, banyak betul. Bila pergi kenduri, ku cuma makan ayam , sebab doktor suruh elak protein binatang jadi ku tak makan daging walaupun kalau kira ayam juga protein binatang, tetapi dah tiada pilihan.
Gastrikku pun belum kurang, setiap pagi kena makan Esomeprazole(ubat gasrtik). Seminggu lagi ubat ni nak habis, sepatutnya temujanji 12.6.11 tetapi cuti umum pula di Kelantan kerana Piala FA walaupun Kelantan kalah.Jadi kena pergi pesakit luarlah.
Sudah jatuh ditimpa tangga, ayahku yang menjadi tempatku bergantung selama ini pula jatuh sakit. Makin sukarlah nak menguruskan hidup. namun ku yakin Allah akan membantuku . Insya Allah.
10.6.2011 genaplah 48 tahun umurku. Dah nak masuk 5 tahun ku sakit, umur ku masih panjang walaupun ramai teman yang senasib sudah pulang ke rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihi rajiiun.

1 comment:
Assalamulaikum
Moga terus tabah...saya baru memulakan perjalanan.(kanser parotid).
Post a Comment