22.9.2011
Hari ini ku jumpa Dr. Fatihah dan seorang doktor baru yang ku lupa namanya. Dia memeriksa fistula di dadaku. Masih tidak sembuh walaupun dah 2 tahun muncul di dadaku tetapi ia semakin kecil. Ku beritahu doktor keadaan diriku yang selalu letih. Ia menyatakan mungkin kanserku merebak. Alahai doktor, beirilah semangat bukan menakutkan ku.
Ku bertanyakan borang permohonan ubatku tetapi malangnya ia belum diproses lagi. Maka terpaksa isi semula borang saraubat. Ku tak kisah sebenarnya kerana kesan sampingan ubat tesebut, Sutent begitu menyakitkan.
Kini ku pasrah. Hanya doa kepadaNya mengiringi penderitaan ini. Namun ku tetap bersyukur kerana keadaanku sekarang lebih sihat berbanding dahulu.

No comments:
Post a Comment