Wednesday, January 13, 2010

LAWATAN KETUA SEKTOR UNIT KAUNSELING JPN KELANTAN

12 JAN 2010

Alhamdulillah sehari lagi Allah lanjutkan usiaku walaupun semalam cuma tidur sedikit saja kerana sakit dan kebas dari paha hingga hujung kaki. Keluargaku bergilir-gilir mengurutnya.
Pagi ini saya rasa bersemangat dan saya pandu sendiri kereta Gen-2 Automatikku ke sekolah. Selepas punch-card, saya memerhati pelajar di perhimpunan, nampaknya ucapan penuh dan tak ada peluang untuk saya berucap kepada pelajar.

Jam 9.00 pagi PK Ko memberitahuku bahawa Ketua Sektor Unit Kaunseling , Tn.Hj.Tarmizi Musa (adik Dato' Anuar Musa) akan melawat saya di sekolah. Baguslah kerana dia telah menunaikan janjinya semasa Seminar Sharing and Caring di Sutera Inn tahun lepas. Lebih kurang jam 11.00 Tn.Hj. Tarmizi dan rombongannya sampai dan saya dijemput ke bilik pengetua. Sebenarnya Tn.Hj. Tarmizi ni " kawan lama" saya semasa saya menjadi Guru Kaunseling dan Kemudian Kaunselor di SMK Raja Sakti,Kota Bharu. Kami sama-sama menganjurkan kem motivasi untuk pelajar dan beliau sering saya jemput memberi ceramah di sekolah saya (SMK Raja Sakti) Saya bertanya khabar seorang lagi kawan kami yang sakit iaitu Cikgu Mawardi, seorang penceramah motavasi yang cukup hebat setanding kehebatannya dengan Tn.Hj.Tarmizi dalam memberi ceramah motivasi. Tn.Hj. Tarmizi memberitahu bahawa Mawardi yang sakit buah pinggang tu dah agak stabil tetapi sentiasa mendapat dialisis.

Semasa perbualan banyaklah nasihat dan janji yang berikan oleh Tn.Hj.Tarmizi, terima kasih atas keperihatan pihak Jabatan Pelajaran Kelantan terutama Unit Bimbingan dan Kaunseling.(Maaf kalau salah sebut unit kerana dah lama tak ke sekolah dan tiada diari jabatan walaupun dulu saya Guru Kanan Teknik dan Vokasional di sekolah ini (SMK Kandis) . Cuma kalau boleh tolonglah cepatkan tuntutan wang saya dulu tu!Boleh saya buat modal pusingan untuk membeli ubat bulan berikutnya yang berjumlah RM17650.00 sebulan.

Kami kemudian ke kantin dan menjamu selera. Saya masih pantang, jadi tak makanlah mi goreng, saya cuma makan roti. Saya berbekal ke sekolah, dimasak oleh isteri tercinta dan yang setia ketika senang dan susah. Cuma satu kelainan saya nampak di kantin iaitu cuma seorang dua guru saya, kenapa takut dengan JPN ke? Kalau kita buat kerja buat apa takut.

Gambar bersama rombongan JPN ada tetapi belum sempat masuk komputer, lain kali ye Tuan Haji Tarmizi.

Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi. SMK Kandis memang sekolah yang hebat. Kami mempunyai guru bertaraf internasional iaitu Hj.Tg.Azmi yang telah mempersembahkan pengajaran berbantukan komputer di Amerika Syarikat dihadapat Bill Gates. Tahniah Ku Mie semoga terus maju dalam kerjaya Ku Mie.

Sekian dulu untuk kali ini, jumpa dilain lembaran.

Ya Allah ampunkan dosaku jika tulisan ku ini menyalahi syariatMu yang Allah.

Monday, January 11, 2010

MY LATE WIFE


  • Picture above was taken on 2000 when I was teaching at SMK Bachok. Women in this picture is my late wife.
  • I'm maried her on 1992, she is my neighbour and also my student at private school(ITB)
  • She follow me to Sabah because I'm teaching at SMK Menggatal Sabah. She is a clerk at Jabatan Bekalan Elektrik Sabah.
  • 1994, we move to Semenanjung and I was posting at SMK Raja Sakti but unfurtunately she is posting as SK Padang Setebu, near Kenyir Dam at Kuala Berang. She was pregnant our first son
  • I'm very depressed because we stayed separately and we make decision if she cannot move to Kelantan 1996, she will resigned.
  • Fortunately in 1996 she posting at SK Sungai Dua Bachok is a Clerk
  • 1999 she found something wrong at her breast and confirm it is cancer but she refused to make mastactomy. She afraid she became disable, so she urge me to see bomoh although I'm didnt agree it. She is too stuborn.
  • Finaly she took Gamat Emas and Dr.Syed Al-Qudry advice her to take chemoteraphy.
  • We went to HUSM and see Dr.Biswal. After several line chemoteraphy, doktor give her raditeraphy.
  • Her condition become worse and doctor cannot make operation anymore. Doktor give her chemoteraphhy in ward 3 Selatan. After 3 time admit in ward, doctor Kamil advice her stay at home because no more treatment.
  • i'm try alternative treatment like Aura 7 to relieve pain. We lost a lot money for it. We take life enzime CNI, Gamat Emas and bomoh.........I,m very angry with her because didnt listen my advice to remove her cancer breast early. At the end she regret did't listen my advice
  • Jun 2003, she paralyse. I,m take care her with my mum because her mum also sick(chronic diabetes). 1.6.2003 her breast arteri was broken and blood flow from there and after Azan Subuh she leave me and 2 sons forever. May Allah bless her my first love.
  • You always in my mind although i'm have a new wife because live must go on. It my destiny and.................................
  • 28.8.2006 I'm was operate because of GIST (Stomach Cancer) but I'm never give-up and never surrender to my illness. With helpfull from Allah I'm come back to school on 2010 after leave almost 2 years.
  • Thanks Allah give chance to live more. Give streghtend to follow all You said in Al-Quran and what Prophet Muhammad saw said and do.
sorry for my poor English

HARI KEENAM & KETUJUH PERSEKOLAHAN

AHAD - 10 .01.10
  1. Ceramah di perhimpunan sekolah. Bersemangat sungguh dan pelajar nampaknya tertarik. Saya jelas siapa saya sebagai motivasi kepada pelajar dan juga hukum haramnya merokok.
  2. Cikgu perempuan menyokong saya bercakap mengenai masalah merokok di sekolah
  3. Seorang guru menasihatkan saya supaya jangan terlalu ambitious nanti ada orang marah. Saya jelas kita mesti melakukan amar makruf nahi mungkar
  4. Saya ke Bilik Kaunseling dan berbual dengan beberapa orang pelajar bermasalah seperti Sailan. Dia bertanya saya mengenai kesihatan saya. Sebenarnya pelajar yang bermasalah ini saya mengajar mereka semasa di Tingkatan 2 dulu dan menjadi mangsa rotan saya kerana tidak buat kerja Bahasa Melayu.
  5. Saya pulang jam 1.30 kerana seluruh badan menggigil, selepas itu saya paksa diri ke HUSM bersama isteri untuk menyerahkan Borang Permohonan Saraaan Ubat kepada Dr.Fatiha. Saya menyuruhnya membuka blog saya dan dalam beberapa saat blog saya telah terpampar di depannya. Jadi dia lihatlah supplement saya iaitu SUSU LEBAH
  6. Ariff datang jual Susu Lebah, saya beli 2 botol RM 560.00
  7. Malam demam lagi, makan morfin dan ubat supp.
  8. 2.30 malam, solat Isyak

Hari Ketujuh: Isnin

  1. Hadir di perhimpunan tetapi tak dapat berucap kerana penuh slot.
  2. Beli cincin untuk Mek RM50.00 and surprise for someone special in my life
  3. PKP call me and give me a book record and several booklet
  4. Went to Counseling room and pray there.
  5. Counseling 5C Student at rest time
  6. New teacher order Susu Lebah and want me bring arcopal book
  7. Headmaster advise me to slow talk
  8. Went to PPD and meet ex-Headmaster, Cikgu Noor. At PPD I'm see Mr.Sulaiman and Saimah. I'm bought a box of goatmilk- RM35.oo
  9. Lunch at 3.00 o'clock. Mek coming and i give her my present
  10. Call Ariff for Susu Lebah


Saturday, January 9, 2010

Jumaat - 8 JAN 2010

Semalam langsung tak tidur, lepas solat Subuh sambil dengan rancangan Tanyalah Ustaz, saya tertidur. Ayah datang membawa nasi himpit dan nampak gayanya bersarapan dengan nasi himpitlah. Badanku terasa letih sekali, kebas terasa dari paha ke hujung kaki. Jadi pagi ni saya cuma terbaring di tilam di depan tv.

Saya pergi solat Jumaat dengan motosikal dipandu anak. Berbekallah saya dengan ubat penahan sakit dan air. Kugagahkan diri solat sambil berdiri.

Pada sebelah petang, saya masih lagi terbaring di tilam. Selepas maghrib, kebas kaki bertambah sakit dan sampai saya terkeluar air mata menahan sakit. Morfin dah diambil tapi masih belum berkesan. Keluarga saya memicit betis dan paha, 2 orang anak saya membaca yasin.

Saya tertidur dan bangun jam 12.00, lepas solat Isyak, saya tulis blog dan sekarang dah pukul 3.00 pagi, saya nak pergi tidur, moga esok membawa sinar harapan untuk masa depan yang gemilang dengan mendapat keredaan Allah. Amin.....................................

Sambungan Susu Lebah



Produk kami
Produk kami - selanjutnya..
Article Index
Produk kami
selanjutnya..
All Pages
Page 2 of 2

Susu lebah ialah bahan yang menyerupai susu, yang dikeluarkan oleh lebah lebah muda melalui mulutnya setelah memakan debunga (pollen) dan manisan bunga (nectar) didalam sarangnya. Warna susu lebah kuning kekuningan dan putih keputihan. Berasa agak masam dan kaya dengan zat zat makanan.Ratu lebah menjadikan susu lebah sebagai makananya dari ia dilahirkan sehinggalah akhir hayatnya. Lebah biasa atau lebah pekerja menggunakan madu sebagai makanannya. Saiz ratu lebah 2 kali ganda daripada saiz lebah biasa dan ia bertelur sepanjang masa.Susu Lebah mengandubgi vitamin A Vitamin B ,B1, B2, B3, B5, B6, B7, B8, B9, dan B12. Susu lebah juga mengandungi vitamin C, vitamin D dan vitamin E.Bahan terpenting didalam susu lebag ialah 10-HDA. 10-HDA mempunyai cirri anti-kanser : penemuan oleh Profesor Townsend dari Kanada ini disahkan oleh percubaan di China.Institusi yang menjalankan percubaab tersebut di China, ialah Institusi Penyelidikan Industri Perubatan, Shanghai seperti yang dilaporkan dalam majalah “The Medical Industry” Vol: 16(5), 1985, m/s, 27-29.Dalam percubaan ini, Susu lebah, dan 10-HDA yang diekstrak daripada Susu lebah telah digunakan berasingan keatas tikus-tikus untuk mendedahkan cirri-ciri antikanser yang ada pada Susu Lebah dan 10-HDA tersebut.Jumlah Susu Lebah yang digunakan dalam percubaan adalah sebanyak 40 mg/ml. Jumlah 10-HDA yang digunakan adalah sebanyak 2 mg/ml.Kumpulan A : Tikus disuntik dengan campuran Susu Lebah dan sel-sel kanser.Kumpulan B : Tikus disuntik dengan campuran 10-HDA dan sel-sel kanser.Kumpulan C : Tikus disuntik dengan sel-sel kanser sahaja.Jangkamasa pemerhatian dan cerapan dibuat dalam masa 45 hari.Keputusan:Semua tikus dalam Kumpulan C (disuntik dengan sel kanser) mati dalam jangkamasa 16-18 hari.Tikus dalam kumpulan A dan Kumpulan B semuanya masih hidup. Ini menunjukkan bahawa Susu Lebah dan 10-HDA mempunyai cirri-ciri anti kanser yang ketara.Walaupun bagaimanapun, seperti yang dinyatakan, penggunaan 10-HDA sendiri menunjukkan kesan anti kanser yang sama seperti Susu Lebah ,. Ini menunjukkan kesan anti kanser dalam Susu Lebah datangnya terutama daripada 10-HDA. Penemuan ini adalah bersamaan dengan penemuan yang dibuat oleh Profesor Townsend daripada Kanada pada tahun 1960. 10-HDA sebagai bantuan baik untuk pesakit ketumbuhan otak yang dalam rawatan ubat-ubatan.Hospital No. 1 milik Institut Su-Zhou, China, mendedahkan melalui satu percubaab kebolehan10-HDA mengurangkan kesan kesakitan ekoran dari rawatan ubat-ubatan yang digunakan untuk pesakit ketumbuhan otak.Percubaan diatas dilaporkan dalaam Majalah Perubatan, yang dikeluarkan oleh Hospital China; (Isu 6, 1988; m/s 6-8).Berikut adalah sedutan daripada laporan tersebut.Sehingga kini, BCNU dan CCNU menghasilkan hasil yang lebih baik daripada lain-lain jenis ubat-ubatan (yang dibuat dari bahan kimia) dalam rawatan tumor ‘malignant’ (menularkan dan merbahaya) dalam otak, sekarang ini ia digunakan sebai pilihan pertama untuk rawatan tumor..Walau bagaimanapun, beberapa bahan kimia seperti BCNU dan CCNU menghasilkan beberapa kesan sampingan yang buruk yang mencederakan sum-sum tulang.Diadalam percubaan tersebut 11 orang pesakit tumor malignant pada otak mengambil bahagian. Pembedahan telah dijalankan untuk mengeluarkan tumor itu. Selepas pembedahan, setiap pesakit diberi rawatan CCNU. Dalam masa rawatan CCNU, pesakit juga diberi 10-HADdengan kadar 400mg per dos, 3 dos setiap hari.Dalam masa 6-7 minggu dalam pemerhatian, walaupun sum-sum tulang mereka masih mengalami kerosakkan akibat daripada kesan sampingan CCNU, tetapi kerosakan dapat dikurangkan, Ini menunjukkan 10-HDA berkeupayaan mengurangkan kesan sampingan daripada penggunaan ubat-ubatan kimia.Jadi jelas kepada kita, 10-HDA adalah satu bantuan baik membantu pesakit tumor yang sedang menjalani rawatan ubat-ubatan kimia. Ia juga membolehkan mereka mengambil lebih sedikit ubat-ubatan dimana boleh merangsang peluang mereka mengatasi tumor.Susu Lebah Penawar kanser ini diedarkan oleh Syarikat Tegayo Marketing yang berpejabat di ibu Negara. Susu Lebah penawar kanser ini diproses dikilang farmasitikal telah mendapat kelulusan kementerian kesihatan dan disahkan halal oleh JAKIM. Syarikat Tegayo Marketing bercadang untk melantik ejen ejen tunggal bagi setiap negeri.

MINI NOTE BOOK

7 JAN 2010 - KHAMIS

Cikgu Tg. Azmi menunjukkan mini laptop dan saya berminat. Saya mengambilnya dan berjanji akan membayarnya hari Ahad. Apabila pulang di rumah, saya mencuba menaip menggunakan word, baru taip 1 muka surat, lengan saya dah lenguh, belakang sakit dan mata terpaksa stress kerana tulisan yang kecil di desktop dan ianya tak lasak, lebih baik laptop 15 inci. Saya akan tolak komputer ini tetapi malu juga dengan Tg. Azmi tetapi kalau beli tak boleh guna buat apa apatah lagi dengan kesihatan saya yang belum stabil ni. Saya lebih selessa dengan PC di rumah saya termasuk untuk menulis blog walaupun saya cuma guna dial-up.

Maafkan saya Ku kerana terpaksa tolak laptop ini, ia tak lasak , jadi cikgu bolehlah jual kepada orang lain kerana saya cuma menaip saja, anak nak masuk pen drive saya tak bagi nanti rosak notebook tu. Sorry ya Ku. Jumpa Ahad ini jika dipanjangkan umur dan sihat. InsyaAllah.

1.20 pagi, 9 jan 10.

Friday, January 8, 2010

HARI KELIMA PERSEKOLAHAN-gambar pet scan and ct scan


Gambar 1 - Pet-Scan yang ku buat di Hospital Pulau Pinang pada Mei 2008. Ia adalah imbasan sel kanser setelah ubat nuklear dimasukkan ke dalam tubuh kita. Selepas imbasan, saya tidak boleh duduk berhampirn perempuan mengandung kerana kandungannya akan gugur.
Gambar 2 ialah CT-Scan yang aku dah lupa berapa kali buat di HUSM.

7 JAN 2010 ==Khamis


Alhamdulillah nyawaku masih dipanjangkan oleh Allah swt. Selepas dressing, saya solat subuh dan bersiap ke sekolah. Saya minum jus Tok Guru, Talbinah dan ambil ubat gastrik iaitu Nexium dan Ganaton. Kereta wira manual dipandu berhati-hati oleh isteri tersayang ke sekolah, maklumlah sibuk sebab hari persekolahan. Sampai saja di sekolah saya punc card 7.19 pagi dan ke bilik guru. Hari ini sepatutnya bacaan Yasin di Medan Tarbiyah tetapi disebabkan hujan, Us.Zainuri membaca Yasin melalui pembesar suara dan pelajar mengikutnya di dalam kelas masing-masing. Saya masuk ke kelas 5G,5B,5W memerhati mereka membaca Yasin.

Selepas bersarapan dengan mi goreng yang dibekalkan isteri, saya ke kantin untuk minum milo kosong. Sambil itu berbual dengan rakan-rakan termasuk pengetua dan PKP. Apabila ada yang merokok, saya mengundur diri dan dalam perjalanan ke bilik guru, berjumpa pula dengan Mat Ghani, sekali lagi saya menjelaskan hukum menghisap rokok. Nampaknya dia mula faham.

Jam 11.35 saya lihat Cikgu Azizah sedang berbincang sesuatu dengan 3 orang pelajar, saya pergi minta penjelasan. Rupa-rupanya pelajar tersebut tiada tempat untuk belajar kerana mereka tidak mengambil PSV, saya menawarkan diri untuk menjaga mereka membaca di perpustakaan sehingga jam 12.55. Pelajar tingkatan 5 ini sebenarnya saya pernah mengajar mereka semasa di Tingkatan 2K dan 2W dulu, masa itu saya baru lepas dibedah tetapi mereka ini tetap menjadi mangsa rotan saya jika tidak menyiapkan tugasan Bahasa Melayu.

Jam 1.00 Cikgu Tg.Azmi menyerahkan notebook Asus kepada saya dan saya mengambilnya dengan harga RM 1100.00 tetapi duit bayar hari Ahad nanti. Mat Ghani pula sakit kepala, jadi saya berikannya ubat saya, celebrex(ubat tahan sakit yang tidak merosakkan lapisan perut, tidak seperti Ponstan yang menyebabkan berlakunya gastic)

Jam 2.30, isteri sampai dan saya pulang ke rumah. Jumpa lagi SMK Kandis hari Ahad nanti jika umur panjang dan tubuh sihat fizikal dan mental...........................


Sesampai di rumah, Mek dah ada, dia bawa gulai ikan selayang masak lemak. Selepas solat Zohor saya makan dan berehat sambil membuka laptop baru dan memerhati anak-anak melayari internet menggunakan PC.

Us.Saripuddin telefon. InsyaAllah jika sihat saya akan tambah ibadat kepada Mu Ya Allah.
Malam ini malam Jumaat, elok benar untuk beribadat kepada Allah, memohon hidayah daripadaNya, bertaubat dan beristighfar..............Ampunilah aku Ya Allah .Masukkan aku bersama orang-orang yang soleh.

Thursday, January 7, 2010

HARI KEEMPAT PERSEKOLAHAN

RABU 6 JAN 2010

Hari ini hari jadi isteriku, semalam ku belikan peti sejuk sebagai hadiah harijadinya. Sampai di sekolah, selepas punch card, kuperhatikan pelajar di perhimpunan, memang sikap pelajar tak pernah berubah, selalu datang lewat dan melanggar peraturan sekolah. Sebagai guru kita kena sabar dalam mendidik mereka, bertindak mengikut garis panduan kalau tidak akan disaman di mahkamah atau dikerjakan oleh ibu bapa. Sabarlah wahai guru sekelian.

Jam 8.00 pagi semakin ramai guru dibilik guru dan masuklah Cikgu Mat Ghani, Us.Zainuri, Cikgu Rosli dan beberapa orang guru lagi. Entah macam mana keluar tajuk jumpa bomoh. Saya kata "sesiapa yang pergi berjumpa bomoh yang tidak berlandaskan al-Aquran dan menujum, maka solatnya 40 hari tak diterima oleh Allah dan sesiapa yang mempercayai ahli nujum atau bomoh tersebut maka ia syirik. Cikgu Mat Ghani tercengang kerana ia disahkan oleh Us.Zainuri.

Jam 12.oo tengahari, sekali lagi berbincang tajuk jumpa bomoh dan ramai contoh bomoh dirujuk termasuk bomoh di kampungku(Kg.Rengas) iaitu Pak Ku Sulaiman atau terkenal dengan gelaran Tok Wak Ratu Jawa. Memang aku tahu benar dengan bomoh ini dan insya Allah jika saya sihat sepenuhnya nanti saya akan berjuang menghapuskan kepercayaan karut ini walaupun ditentang oleh orang kampung. Jangan takut kepada makhluk tetapi takut hanya kepada Allah.
Cikgu Mat Ghani bertanya kepada Us.Dasuki betulkan seperti apa yang saya cakap pagi tadi, Us. Dasuki mengiyakan dan tambah tercengahlah lagi Mat Ghani. Saya menjelaskan yang lepas tu biarlah, kita bertaubat, tetapi masa depan janganlah lagi kita berbuat demikian, Kita perlu memahami apa itu mukjizat, karamah dan istidraj. Istidraj ialah pemberian oleh Allah kepada seseorang untuk menyesatkan lagi orang tersebut termasukalah memberi kelebihan ilmu ghaib kepadanya.

Kemudian masuk pula Us.Sukri, saya bertanya apakah hukumnya merokok, Us.Sukri menjelaskan mengikut fatwa Majlis Fatwa ianya haram kerana mencampak diri kita ke arah kerosakan kerana merokok berbahaya kepada kesihatan. Maka berlakulah perdebatan hangat antara Ustaz Syukri dengan Cikgu Mat Ghani, seorang perokok tegar. Kesimpulannya merokok haram jika asap rokoknya mengganggu orang lain. Saya terpaksa pulang kerana isteri dah sampai menjemput saya pulang..........jumpa lagi esok jika panjang umur..

Sesampai di rumah, lenguh seluruh betis saya dan saya minum sirap morfin, cadangan ke HUSM nak ambil surat sara ubat dibatalkan, wakil isteri ambilnya sambil bayar roadtax kereta.

Pn.Saimah PPD telefon beritahu Ketua Sektor Unit Kaunseling nak ziarah saya petang esok. Datanglah rumah saya sentiasa terbuka.

Jam 7.30 petang, kawanku Razali Samat dan pengetua SMK Tanah Merah 2. Cikgu Daud ziarahku dan solat maghrib di rumahku.

Selepas kawanku pulang, betisku kembali lenguh dan ia begitu teruk sehingga kedua-dua anakku memabaca yasin dan Mek dan Ayah mengajar mengucap. Isteriku hanya berderai dengan air mata.....................Akhirnya aku tertidur selepas aku paksa diri untuk solat Isyak.

Ya Allah ampunkan dosaku sepanjang hari ini.......Berilah hidayahMu dan jauhkan aku dari godaan syaitan dan selamat dari azab nerakaMu...........

Monday, January 4, 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2010

Ahad 3 Januari 2010

Alhamdullillah, Allah masih memanjangkan umur saya, ku selalu bermohon kepada Allah agar saya disihatkan oleh Allah sempena Bulan Muharam ini kerana di bulan inilah Nabi Ayub a.s. telah disembuhkan oleh Allah daripada penyakitnya dan saya selalu berdoa dan moga doa saya selama ini dimakbulkan Allah.

Pagi ini saya terpaksa cuci(dressing) luka saya jam 6 lagi kerana akan ke sekolah setelah saya tidak bekerja selama hampir 2 tahun. Saya rasa seolah bermimpi dapat semula ke sekolah walaupun kereta dipandu isteri saya yang mengajar di sekolah berhampiran.

Sesampai di sekolah, terdapat pembaharuan dalam mengisi kedatangan iaitu menggunakan punch-card, dulu menggunakan system Microsoft Access. Saya punch-card dan ikut serta di perhimpunan tetapi Cuma berada di tempat pengawas yang menjadi juruacara. Kandis memang mempunyai budaya yang hebat dan salah satunya ialah Pengawas menggunakan bahasa Inggeris dalam tugasnya sebagai juruacara.

Selepas tamat perhimpunan, saya pergi menemui pelajar saya yang nakal-nakal yang dah dua tahun saya tinggalkan mereka, dulu mereka di Tingkatan 2 tetapi sekarang dah di Tingkatan 5, begitu cepat masa berlalu jika kita pandang ke belakang dan lamanya lagi rasa nak pencen. Jika keadaaan fizikal mengizinkan,. Saya akan pencen pada 2020. Saya tidak lagi marah kepada pelajar yang nakal tadi, saya bersalaman dengan mereka seperti Suhailan dan beberapa lagi nama yang saya dah lupa.

Selepas perhimpunan, saya dipanggil oleh PK1 , dia mengajukan kepada saya untuk mengganti seorang guru yang dipindahkan serta merta tetapi saya jelaskan kepadanya keadaan fizikal saya masih tidak mengizin.
Kemudian saya dipanggil oleh pengetua dan beliau seorang yang berhemah, memang layak memegang jawatan tersebut. Saya belum dapat menyelami hati budinya kerana saya belum bekerja di bawahnya kerana pengetua beliau pengetua baru, pengetua dulu telah bersara. Namun dari perbualan saya dengan guru-guru, mereka happy walaupun tugas banyak. Memang sebagai guru tugas kita memang banyak, selain daripada mengajar, kita dibebankan dengan tugas-tugas perkeranian, kepolisian, pentadibiran, hal ehwal murid, sukan dan sebagainya tetapi jika hati kita suka bekerja dalam suasana yang kondusif persekitaran sosial dan fizikalnya, kerja berat terasa ringan.

Jam 2.00 saya pulang dan sampai saja di rumah, saya terlalu penat, saya paksa diri saya solat zohor dan terus tertidur walaupun isteri sudah menyediakan makan tengahari. Sedar-sedar jam dah pukul 3.30 dan emak saya sudah ada di sisi, dia memicit tubuh saya kerana seluruh tubuh saya sakit dan berpanjangan hingga ke malam.Saya tidak makan tengahari kerana hilang selera akibat terlalu penat di sekolah. Memang prinsip saya, saya tidak akan tidur di tempat kerja Selepas Isyak, emak dan ayah sampai. Begitulah mereka, sejak saya sakit, mereka selalu tidur di rumah saya menemankan kami sekeluarga. Di rumah merekapun bukan ada sesiapa kerana adik-adik saya seramai 6 orang semuanya bekerja jauh, paling dekat (yang bongsu) di Kok Lanas, seorang sebagai guru di SK Kuala Betis, Gua Musang , adik perempuanku ramai, seorang menjadi isteri penoroka di Bukit Sagu, Kuantan, seorang sebagai guru di Johor, seorang sebagai guru di Sabak Bernam, Selangor, seorang sebagai Penolong Pegawai di Kementerian Kewangan Putrajaya. Seorang adik lelakiku meninggal dunia dalam tidur pada tahun 2002. Saya sebagai anak sulung, aku tinggal berhampiran ibu bapa tetapi takdir menentukan, bukan saya yang menjaga ibu bapa tetapi mereka yang menjaga saya. Semoga Allah membalasnya dengan syurga. Hidup ini sementara, akhirat juga kekal abadi………………...Setiap yang bernyawa pasti akan mati, buatlah amal sementara peluang masih ada. Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara, sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, kaya sebelum miskin ,muda sebelum tua, hidup sebelum mati………………………!!!!!!!!!

Friday, January 1, 2010

MULA MAKAN UBAT EMAS

Jumaat 1 Jan 2010

Banyak hari saya tak masuk entri kerana sibuk. Hari Rabu, saya ikut isteri bayar zakat di MAIK dan kemudian ke Kian Farmasi ambil UBAT SUTENT(SUNATINIB) YANG BERHARGA RM 17650.00 sebulan. Selepas ambil ubat saya tunggu isteri beli jubahnya di Pasar Khadijah. Saya tunggu di Pantai Timur, belilah juga barang-barang dapur.

Dalam perjalanan balik singgah di Butik Mawaddah, beli jubah untuk isteri, hadiah atas pengorbanan beliau yang setia bersama saya walaupun saya sakit.

Saya singgah di HUSM berjumpa Dr.Fatihah kerana disuruh oleh Dr.Biswal melalui SMS. Doktor beri arahan penggunaan ubat dan darah saya diambil.

Petangnya, En.Ariff datang jual susu lebah(Royal Jelly), saya dah makan sebotol selama seminggu . sebab itu saya beli lagi satu botol walaupun harganya RM280 sebotol dengan 60 kapsul dan habis dalam masa sepuluh hari kerana dosnya untuk kanser tahap 4, 2 biji sekali makan dan 3 kali sehari. Saya terus beli kerana rasa agak sihat lepas memakannya.


Malam ini saya tak makan lagi ubat SUTENT , tapi terus dengan GLIVEC kerana nak mula makannya malam Jumaat.

Khamis, 31 Dis 2009

Pagi ni, saya dihantar oleh isteri ke rumah emak saya kerana dia ada mesyurarat guru di sekolahnya. Di rumah emak saya asyik melayan kerenah 3 orang anak saudara(anak Zamri). Dua orang anak saya ke sekolah daftar tingkatan empat, yang sorang lagi tu teman saja. Anak saya masuk aliran ekonomi/MPV(Grafik berkomputer) kerana ia lemah matematik nak masuk aliran sains. Adiknya di tingkatan 3 ok mat dan sains.

Jam 5.00 saya dijemput pulang oleh isteri ke rumah. Sebelah malamnya saya lenguh betis, penatlah isteri dan Mek mengurut betis saya, akhirnya saya tampal patch morfin di dada dan minum sirap morfin, baru lega.

Jam 9.45 malam, saya makan UBAT SUTENT selepas berdoa moga ubat ini menjadi asbab untuk kesembuhan penyakit kanser saya. Saya kira-kira RM680.00 semalam saya makan ubat.

Jam 12.00 betis saya lenguh lagi, saya terpaksa kejut mek dan wife picitnya. Jam 3.30 pagi kami solat sunat Gerhana Bulan.

**SELAMAT TAHUN BARU 2010 MOGA MENJANJIKAN HIDUP YANG LEBIH BERTAKWA KEPADA ALLAH SWT **