Sunday, November 6, 2016

Ulang tahun ke-10 Sebagai Pemandiri Kanser

1. 5 Nov 2006 ku muntah darah dan dihantar ke wad 2 Intan HUSM Kubang Kerian, Kota Bharu. Esokknya dibunat scoop dan ada pendarahan dalam perutku. Pakar Bedeh, Prof. Dr. Shiew Baw dari Myanmar memeriksa ku dan mengesahkan ketumbuhan di perut. Ku dikehendaki menjalani CT-Scan

2. 18 Nov 2006, Pembedahan besar dijalankan selama 9 jam membuang separuh perut dan sebahagian saluran makanan.

3. 2 Minggu di wad ku minta pulang krn Ibu bapa akan ke Mekah dan ku sendiri terpaksa membatalkannya.

4. Ku cuma makan nasi air saja, kemudian diet yang diberikan oleh Pakar Diet.

5. KU sambung cuti sakit apabila sekolah dibuka kerana kesihatan masih tak mengizin tetapi 2 minggu kemudian ku ke sekolah bertugas spt biasa tetapi berbekalkan masakan isteri. Ku juga menumpang isteri kerana kerja di laluan sama.

6. Ku jumpa Pakar Kanser dan ia menyatakan ada met ke hati. Kos ubat ialah RM 70,000.00. Ku terdiam dan selepas itu kes ku diam saja.

7. Mei ku keluar darah melalui hidung dan mulut dansekali lagi dimasukkan ke wad 2 Intan. Kini ku lawati sekali lagi dalam wad oleh Doktor Kanser dan ia mencadangkan ku bayar bulan demi bulan untuk ubat iaitu berharga RM8380.00 sebulan untuk ubat Targeted Theraphy(Kimo makan).

8. Bermulalah masalah kewangan hingga ku keluarkan semua kwsp dan duit ku dari Tabung Haji kerana tuntuan dari JPA lambat diterima.

9. Nasib baik bila ubat naik ke 600 mg, yang berharga RM13900.00 ku telah mendapat ubat dari Hospital Kerajaan iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Terima kasih tidak terhingga kepada Dr.Wan Yus Hanif dari Husm dan Mr. Othman dari HRPZ II. Kebetulan kami mengerjakan haji bersama 2010 kemudian.

10. Namun satu masalah timbul 2008 bila ku diserang Adison Colic, kesakitan akibat parut pembedahan. Ku sering keluar masuk wad 2008 - 2009 hingga ku bercadang Medical Board.

11. Dis 2009 Pegawai PPD datang ke rumah dan meminta ku ke sekolah dan akan diberi tugas yang sesuai dengan keadaan ku.

12. Alhamdulillah 2010 ku kembali sihat apabila Pakar Kanser tukar ke Ubat Sutent tetapi buat permulaan ku kena bayar sendiri iaitu RM17650.00 sebulan, kemudian ku dapat bantuan 2 bulan dari Sutent Foundation Program sebelum ku dapat pusing duit dari JPA. Begitulah bulan demi bulan sehingga hampir kering duit ku.

13. Ku mengajar seperti biasa kelas yang tidak menduduki periksaan walaupun terpaksa menanggung kesakitan akibat kesan sampingan ubat sutent(boleh rujuk post 2010)

14. Oktober 2010 ku mengerjakan haji bersama isteri melalui pakej walaupun ku mendapat visa muassasah yang murah kerana ku ingin mendapat tempat yang dekat dengan masjidil haram.

15. Alhamdulillah ku dapat mengerjakan dengan sempurna rukun dan wajib haji.

16. 2012 ku kembali sakit kesan ubat kimo yang teruk dan akhirnya ku medical board 2013.

17. Selepas 3 kali pet-scan di Hospital Pulau Pinang, Pakar kanser telah tukar kepada ubat Nexavar tetapi disebabkan ku telah pencen, ku dapat ubat terus dari Syarikat Oratis yang membuat tuntutan dari JPA kemudiannya.

18. Sept 2015, Pakar Kanser mahu tukar pula ubat ke Stivarga dan bermulalah masalah bila ubat tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan walaupun Kementerian Pelajaran telah meluluskannya(Guna GL isteri pula)

19. Jan 2016 ku mula tidak boleh makan, 21.1. 2016 ku masuk wad 2 Intan dan kemudian keluar selapas seminggu tetapi 31 Jan 2016 masuk balik dan buat Barrium Swallow(x-ray saluran makanan dan terus ke usus)

20. 16.2.2016 - Operation memasukkan stent dalam saluran makanan. ku cuma dapat makanan lembut.

21. 30.3.2016- Jumpa Pakar Bedah di HRPZII  dan mendapat bekalan ubat glivec sementara menunggu ubat stivarga. Tetapi kemudian ku tidak dapat menelannya kerana stent kembali tersumbat.

22.15.6.2016- Operation membuat saluran untuk Jujenostomy tube. Kemudian ku cuma bergantung kepada susu peptamen sebagai makananku  sehingga kini.

Begitulah suka duka hidup sebagai pemandiri kanser, sudah ramai teman senasib telah pergi ke alam lain, cuma umur ku masih panjang kerana umur, rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan adalah rahsia Allah swt. Ku amat berterima kasih kepada keluargaku yang banyak membantu dan memberi sokongan moral juga kepada para doktor, ustaz yang ku jalani rawatan Islam dan para sahabat yang selalu mengunjungi dan mendoakan ku. Ku hanya mampu usaha, doa dan tawakkal. Moga Allah menempatkan rakan-rakanku bersama golongan yang soleh di alam barzakh. Amin ya Rabbal Alamin.

No comments: