Monday, July 11, 2016

Perjuangan Yang Panjang Sebagai Pemandiri Kanser

                                                                                                                
11 Nov 2006, tarikh yang tidak dapat ku lupakan dalam hidup ini. Ia menjadi sejarah pahit dalam lipatan sejarah hidupku. Pada hari tersebut ku dibedah membuang kanser di separuh perutku dan separuh esofegus serta limpa. Ku disahkan kanser perut(Gstrointestinal Stromal Tumor-GIST) tahap IV. Tiket penerbangan ke Mekah untuk mengerjakan haji telah pun tiba tetapi hasratku mengerjakan haji pada tahun tersebut terpaksa dilupakan .
                                                                                                                                                                                                                   
Sebulan selepas pembedahan, ku berjumpa degna Pakar Kanser dan dimaklumkan bahawa kos perubatanku RM70,000.00. Selepas itu tiada susulan daripada oncology hinggalah ku dimasukkan ke wad kerana pendarahan melalui mulut. Doktor Oncology menemuiku di wad dan memberitahu bahawa ku boleh mendapatkan ubat itu secara bulanan tetapi ku kena bayar duit sendiri dulu dan kemudian buat tuntutan dengan kerajan. Bermulalah episod kewangan yang mencengkam .
 Kos ubatku bermula dengan RM8300.00 sebulan untuk ubat Glivec(Imatinib), kemudian naik kepada RM13,000.00 sebulan bila dos ditambah.Ubat Glivec ku makan dari Mei 2007 hingga Disember 2009. Sepanjang tempoh itu juga ku selalu mengalami Adhesion Colic dan sering keluar masuk wad, sakit perutku begitu teruk hingga ku menangis setiap kali ia menyerang. Pernah ku tak dibenar makan oleh doktor sampai 2 minggu dan dirujuk ke apin klinik. Kemudian mucul pula bisul(fistula) di dadaku yang amat menyakitkan dan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Akhirnya pecah dalam wad dan dicuci oleh doktor di pagi raya 2009. Saat yang menyedihkan bila beraya dalam wad.Alhamdulillah, selepas 2009, Adhesion colic tak menyerang lagi, cuma gasrtik saja. 

Selepas PET-Scan di Hospital Pulau Pinang, pada 2008, . doktor tukar pula uabt ke Sutient(Sunatinib) yang berharga RM 17650.00 sebulan. Ubat Targeted terapi ini (kimo makan)  kesan sampingannya sangat teruk, sehingga ku tidak dapat berjalan kerana kaki melepuh macam terkena bara api. Selepas makan 3 minggu, rehat  seminggu dan kulit kaki boleh dikupas buang.

Selepas PEt-Scan kali ketiga, doktor pada tahun 2013, tukar pula ubat ke Nexavar(Sorefenib) yang berharga RM20,000.00 sebulan tetapi pada Sept. 2015 bila doktor mahu tukar ke ubat Stivarga(Regorefenib), kerajaan belum luluskan lagi hingga sekarang(Julai 2016). Ini menyebabkan berlaku re-currrent Gist. Ketumbuhan membesar semula dan ku dah tak boleh makan dan terpaksa menjalani pembedahan Feeding Jujonostomy. 

Kini ku bergantung kepada susu Peptamen yang terus dimasukkan ke usus kecil bagi memberi zat kepada badan.

Tekanan perasaan begitu hebat untk merasai makanan melalui mulut, dan entah kenapa ku minat pula menonton rancangan masakan di Asian Food Channel. Jika terliur sangat, ku kemam makanan dan luahkan balik.

Ya Allah sampai bila ku harus begini, sembuhkanlah aku dan berilah ketabanan mengharungi penyakit ini dan mudahkanlah aku beribadat hingga ke hujung nyawaku.
 

Thursday, June 30, 2016

Barrium Swallow kali ke- 3 dan Pembedahan Feeding Jejunostomy

  • 3 Jun 2016- Sepatutnya ku masuk hospital minggu depan, tetapi kerana tak boleh makan dan minum, ku ditemani anak yg baru cuti semester dan isteri terus ke Unit Kecemasan HUSM Kubang Kerian. Ku terus dihantar ke red-zone kerana tekanan darah rendah.
  •  Doktor tebuk dada dan dimasukkan tiub (central line) bagi masukkan air dan ubat.
  • ku dimasukkan ke Wad 2 Intan dan doktor memberi susu (TPM) melalui central line.
  • 5 Jun - Barrium swallow, ku diberi minum air contras dan di rakam melalui x-ray- saluran makanan tersumbat, air pun tak lepas.
  • Setiap hari darah diambil, nasib baik central line ada, ia tahan lama untuk masuk air berbanding line di urat darah lengan.
  • 15 Jun - Pembedahan untuk membuat saluran tiub feeding jejunostomy dijalankan dari jam 3 hingga 5 petang. Nasib baik tak perlu ke ICU walaupun doktor dah bersedia untuk itu kerana darah rendah.
  • Feeding Jujunostomy ialah pembedahan perut bagi membolehkan doktor tebuk usus kecil dan dimasukkan tiub bagi memasukkan susu/zat makanan.
  •  Contoh Feeding Jujunostomy.
  • Image result for feeding jejunostomyImage result for feeding jejunostomyImage result for feeding jejunostomy
  • Selepas pembedahan, Ku masih diberi TPM, tubuh sangat lemah kerana tak makan dan minum, cuma bergantung kpd drip dan TPM.
  • Hari ketiga selepas pembedahan,  ku mula diberi susu Peptamen 10cc setiap 1 jam melalui J-Tube diperut.
  •  Hari ke empat, ku diberi susu 20cc setiap satu jam secara manual, pada waktu malam melalui mesin.
  • Doktor membuang central line didadaku kerana berlaku jangkitan kuman dan ku diberi antibiotik. Masalahnya line diuratku sukar dapat kerana urat kecil dan keras kerana kimo. Doktor Housemen tak dapat buat line dan 2 kali Doktor bius buat line untukku. 
  • Hari kelima, Pegawai Pemakanan syor bagi 200cc setiap jam. Malamnya aku mula muntah sampai pagi esok. Para doktor yang merawatku memarahi syor Dietation. Ku kembali diberi 20cc setiap jam
  • Ku pernah bertanya kepada Pakar Perunding Bedah mengenai ketumbuhan di perutku, dia memberitahu ia terlalu berisiko dan memudaratkan ku. Sekarang dia lakukan untuk kelangsungan hidupku saja.
  • setiap hari jumlah susu dinaikkan sehinggalah 50cc(ml) setiap sejam dan akhirnya ku dibenarkan balik.
  • Ku dibekalkan 2 tin susu Peptamen(92.20 setin) dan minyak MCT. Satu tin cuma bertahan 2 hari.
  • Ku gembira dapat pulang rumah dan moga Allah memberi kesihatan dan tidak perlu lagi ke wad, jika Allah nak panggilku mengadapNya pun,  biarlah dalam keadaan yang mudah, tidak menderita seperti ini lagi. Amin.

Sunday, May 22, 2016

Sampai Bila Ku Dapat Bertahan

Assalamulaikum pembaca semua. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika post saya dulu-dulu ada yang salah maklumat dan sebagainya. Maafkan saya jika ada.

2.Hari ni dah sebulan ku tak dapat makan, cuma dapat makan cecair saja, itupun selalu sangkut di dada. Mungkin ketumbuhan di bawah tulung rusuk kiri semakin besar dan menekan stent yang dipasang.

3. Ubat Glivec(Imatinib),iaitu ubat kanser(targeted theraphy) sudah 2 minggu tak makan kerana bila makan asyik tersedak ubat kerana saluran sempit dan ku tak boleh bernafas bila tersedak. Walaupun sudah ku pecahkan 4 dan dimasukkan dalam kapsul, ku masih termuntah dan tersedak ubat, itu yang menyebabkan ku tak makan, tambahan pula sayang kerana uhat itu mahal( Rm 600.00 sebiji).

4. Selasa ini akan berjumpa pakar bedah, akan ku ceritakan masalah, entah apa tindakan doktor. Doktor dah tak mahu bedah, hanya bergantung kepada Glivec untuk mengecilkan ketumbuhan sedangkan ubat yang sebenarnya ialah Stivarga(Regorefonib) tetapi belum diluluskan kerajaan kerana harganya yang amat mahal.

5. Jika nak masuk wad pun ku kena tunggu  anak cuti semester kerana tiada orang yang akan menjaga di wad.

 6. Di sini juga saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada bekas pelajar yang menziarahi saya dan yang paling jauh, Rose Alighor dan kakaknya Salimah Alighor yang saya mengajarnya di SMK Menggatal, Sabah dulu. Terima kasih ingat kat cikgu.
Doakan saya sembuh dan tabah menempuh ujian Allah swt yang amat berat ni. Amin.

Sunday, May 1, 2016

Adakah Ku Semakin Teruk

Sepatutnya hari ini ku ke perkahwinan anak saudara, tetapi badan letih sangat sebab dah seminggu tak makan nasi, makan apa saja yang boleh ditelan. Bukan tak mahu makan nasi, tetapi makan asyik sangkut dan muntah. Ku ditinggalkan isteri rumah Mak.

Mak ku memang ambil berat kesihatan ku, kalu dia ada, asyik picit tubuhku. Isteri picit juga, tetapi ku faham dia pun penat balik kerja.

Hari ini ku minum 100 plus bagi tambah tenaga tetapi lidah rasa "lecah " pula. Nasib baik dapat ratah ayam goreng bagi tambah tenaga. Masak lodeh isteri tak termakan, asyik sangkut.

Makan ubat kimo kena patahkan dua, bagi senang telan walaupun kadang-kadang sangkut juga. Kena telan semula wp termuntah kerana ubat mahal.

Ketumbuhan di perut 6 cm menekan stent menyebabkan ku sukar menelan, entah semakin besar ku pun tak tahu kerana baru 2 bulan buat ct scan.

Ku berdoa moga Allah memberi kesihatan kepadaku agar dapat beribadat hingga hujung nyawa, Amin.

Friday, April 29, 2016

Perginya Teman senasib.

Dalam coretan kali ini, ingin ku bercerita tentang teman senasib saya ini yang saya panggil Di(bukan nama sebenar). Ku kenali Di secara tidak sengaja semasa mendapatkan ubat di unit Farmasi di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu(HRPZII) Sebenarnya isteriku yang terlebih dahulu bertemu apabila dia melihat istriku mengambil ubat Glivec sama seperti yang diambilnya. Dia datang bertemuku di dalam kereta kerana ku tak larat untuk ke farmasi. Kami berbual sekejap dan selepas itulah kami menjadi kawan senasib.Dia dah 2 kali ke rumahku, dan sekali semasa ku hendak mengaerjakan haji 2010; Dia dahpun mengerjakan haji di usia muda.

Ku pernah bertemu dia di klinik onckology HUSM, dia cakap dia ambil produk biji aprikot. Sebenarnya ku dah makan biji apirikot yang dihantar oleh bekas pelajar, Hamidah tetapi ku berhenti maskan bila pesakit kanser ovari, teman isteri ku cakap bila dia makn biji aprikot, tahap potasium dalm darah meningkat hingga terpaksa doktor merawat masalah itu pula.Dia juga memberi daun belalai gajah dan sehingga kini masih ada ku tanam. Kini dia telah pergi ke rahmatullah.

Jumaat 3 minggu lepas, kawan ku Cikgu Azmi meninggal dunia akibat kanser pankreas. Penyakitnya dapat dikesan lewat. Beliau selalu keluar tabligh dan saya masa belajar dulu pernah keluar bersamanya. Alangkahnya indahnya dia pergi menemui Illahi di hari Jumaat yang mulis. Sakitny tak lama , iaitu dalam semingggu an terus mengahadap Illahi. Moga rohnya ditempatkan bersama para solehin. Allahummaghfirlahuu wa'afihi wa'fuanhu. 

Kini tinggallah daku bertarung dengan penyakit ini. Sudah 10 tahun ku mengharugni derita dengan pelbagai rawatan yang mahal dan menyakitkan  Kini doktor membekal  morfin kepadaku t4etapi jarang ku guna kerana ia menyebabkan sukar tidur. Ku makan jika terlalu sakit saja. Moga Allah memberi kesabaran dan kekuatan untuk menempuh hari-hari terakhir dalm hidupku. Amin.



Thursday, April 28, 2016

Penyakit Menyerang Kembali

Selepas 2 bulan pemasanagan stent., ku kembali tak dapat makan, Ku cuba minum coca cola spt yang disaran doktor bagi mencuci stent titanium tetapi masih tak jalan. Penat isteri masak nasi air, tak berjamah. Mlm cuba makan di luar tapi tak sedap, lain yg diminta lain yang dimasak, maklumlah makan bungkus kat rumah.Makan juga mee tapi separuh mangkuk dan sangkut dan muntah.
Hari ini makan bihun, makan 3 mulut dah nak muntah. Mak masak bubur kacang tetapi makan sikit dah tak lalu. Mertua datang bawa laksa, isteri yang makan, saya makan alamat sangkutlah.

Jam dah 3.30 pagi, tidur sekejap wp makan ubat tidur dan morfin.

Moga Allah beri kekuatan, Mahu cuba sambung tidur.

Monday, March 28, 2016

Cerita Selepas Keluar Wad

1. Ku hanya makan nasi air dan makanan lembut seperti laksam dan minum jus buah-buahan.

2. Dada masih terasa sakit iaitu tempat Stent dimasukkan dan jika terlalu sakit, terpaksa makan ubat tahan sakit.

3. Tubuhku semakin kurus kerana makan kurang, kini beratku 48kg dan tak seimbang dengan tinggiku 167cm(BMI tak tercapai)

4.Ku pergi mendapat rawatan perubatan Islam dengan Hj. Lokman (mertua Ashraf pelakon tu) di cawaangannya berhampiran masjid Kubang Kerian. Ku diberi ayat al-Quran untuk amalan harian.

5. Ku ke Klinik Onkologi HUSM berjumpa Pakar Kanser. Dia beri surat untuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk mendapat ubat kanser yang ku makan dulu (Glivec) kerana ubat  ku pohonf(Stivarga) belum diluluskan walaupun dah 6 bulan memohon.

6. Ku cuba makanan tambahan iaitu Cendawan Susu Harimau yang diberi oleh adikku di Gua Musang. Ia menyebabkan ku pening oleh itu ku makan selang sehari.

Harap maaf, ayat ku tulis tidak indah kerana masih sakit. Moga Allah beri kesembuhan.
 

Sunday, March 6, 2016

Selepas Pemasangan Stent

Ku berehat di katil selepas pemasangan stent. Doktor memberitahuku bahawa ku dah boleh minum air kosong dan selepas 2 hari boleh makan makanan yang dikisar, Ku cuba minum air kososng sikit tetapi terasa sakit bila melaui saluran makanan. Ku muntah darah kesan pemasangan stent. Beberapa hari ku sayik muntah hingga terasa malu dan mengganggu pesakit lain.

Hari ketiga ku cuba minum air milo tetapi tetapi sakit dan asyik muntah.Kini ku cuma bergantung air yang dimasukkan melalui drip. Anak sulung ku hari ini (Sabtu 20.2.2016) terpaksa kembali ke UPSI. Nasib baik ada anak saudara sebelah isteri yang sanggup menunggu ku.

Disebabkan ku terlampau sakit, doktor menampal patch tahan sakit di dadaku dan ianya boleh bertahan sehingga 3 hari namun sehari pakai sahaja kepalaku sakit yang teramat sangat dan pathc di dada dibuang. Akhirnya ku dibekalkan dengan mesin morfin transfusion. Alhamdulillah sakitku hilang tetapi timbul masalah ku tidak dapat tidur.

Hari kelima selepas stenting, ku mula dapat makan makanan lembut(nasi air) dan yang dikisar. Doktor dari Pain Clinic datang memeriksa ku dan memberi morfin tablet kepadaku. Dia juga memberiku ubat tidur, jadi  ku mula dapat tidur sempurna.

Hari keenam selepas stenting, muncul pula fistula yang dah sembuh. Ku suruh doktor toreh dengan pisau tetapi mereka enggan. Akhirnya ia pecah sendiri dan doktor mencucinya.

Selasa 23/2/2016, Doktor Mokhzani dan  teamnya membenarkan ku keluar esok. Seronoknya dapat pulang rumah, itulah anganku malangnya selepas itu dadaku terlampau sakit sehingga ku menangis. Doktor dari Pain Clinic datang lagi dan dia telah menambah dos morfin dari 1 biji ke biji.  

Doktor Mokhzani dan teamnya sekali lagi membenarkan ku  keluar  wad selepas keadanku agak stabil. Petang itu selepas semua urusan selesai, ku keluar wad. Alhamdulillah walaupun sakit di dada masih ada.

 

Saturday, March 5, 2016

Pemasangan Stent



Pemasangan Stent
1. Setelah kumpulan pakar bersetuju untuk memasukkan stent( dalamesofegus, sehari sebelumnya ku disuruh berpuasa bermula jam 12 malam dan makan ubat antiradang sebanyak 30 biji 3 kali makan.
2. Pada paginya, ku dipakaikan baju bedah dan ditolak oleh petugas ke bilik fluroskopi. Setelah hampiar 40 minit menunggu pakar bedah, akhirnya saat yang ditunggu sampai juga. Tiub berkamera dimasukkan kedalam perutku tanpa sebarang ubat bius, hanya ubat spray ke dalam mulut. Ku muntah tetapi tiada apa yang keluar keraran dah puasa. Ini kali ke-10 ku buat prosedur ini. Kemudian ku diberi ubat pelali melalui drip dan sekali lagi tiub berkamera dimasukkan kedalam mulutku. Melaui monitor doktor memasukkan stent yang kecil tetapi panjang melalui tiub kamera. Apabila tempat yang tepat ditemui, stent dibuka secara automatik. Berair mataku menahan sakit.
3. Selepas sejam prosedur., ku dihantar balik ke wad dan dipantau doktor. Doakan saya dapat makan dan minum dengan stent tersebut.

Wad 2 Intan Rumah Persinggahan Lama



13.12.18.(Sabtu)  Setelah tak tahan dengan keadaan kesihatan iaitu tak boleh makan dan sering muntah, ku ke unit kecemasan HUSm, Kubang Kerian Kota Bharu walaupun ku sepatutya menunggu panggilan hospital. Setelah diperiksa, ku di suntik dengan jarum untuk dimasukkan ubat. ‘alhamdullillah Dr. Adli  berjaya berjaya dengan sekali cucuk sahaja. Ku dimasukkan ke wad sementara untuk dipantau oleh doktor. Dr,
Azim memeriksaku dan menyuruh ku dimasukkan ke wad 2 Intan. Ke keberatan untuk dimasukkan ke wad 2 intan kerana pendingin udaranya sangat sejuk, ku lebih suka 1 selatan kerana tiada pendigin udara , udara luar yang segar begitu meyamankan di Wad 1 selatan.
Setibanya di wad 2 Intan, ke ditempatkan di katil no 13 yang betul-betul di bawah pendingin udara, apa boleh buat , terima sajalah. Ku diperiksa oleh Dr. Hazwan, Dr. Syazwani,Dr. Sabarina. Sementara M.O. ialah Dr. Hafizi, Dr. Ravi, Dr. Feetreena Anis, dan beberapa orang lagi. Doktor Pakar Bedah ialah Dr.Zaidi Zakaria.
Satu pagi Dr. Zakaria datang bersama 7 ofang doktor. Dia memberitahu saya bahawa mereka semua bakal pakar bedah sama ada di HUSM atau di HRZ11. Dia memperkenalkan saya kepada semua dokkot tersebut. “He is retired teacher and an educated person, He have a lot of informatio”
Seorang doktor disuruh memeriksa ku, ku lihat doktor yang memeriksa ku agak gementar tetapi Dr. Zaidi relax saja dan menjelaskan apa yang perlu dilakukan dalam  tempoh 15 minit memeriksa patient.
Setiap hari ku di periksa oleh sebanyak 5 kali oleh doktor bermula jam 7.30 pagi oleh doktor houseman, jam 10 oleh kumpulan Pegawai Perubatan dan 11 pagi oleh Dr. Pakar bersama doktor M.O dan houseman dan sekumpulan pelajar  perubatan.

Barrium Swallow Prosedur




1.Selepas seminggu keluar dari wad, sekali lagi ku diarahkan masuk ke wad. Semasa seminggu berada di rumah, keadaan kesihatanku tidak stabil. Makan dan minum bermasalah, rasa tak selesa dalam dada dan selalu muntah. Ku harap pihak doktor dapat menyelesaikan masalah ku ini.
2. Kemasukan ke wad kali ini ku temani anak sulung yang bercuti semester. Selepas mendaftar, ku di masukkan ke wad 2 Intan Hospital Universiti Sains Malaysia. Seperti biasa jarum cuba disuntik bagi memasukkan air kerana ku kekurangan air dan kurang makan. Berat badan ku telah turun 7 kg dalam masa sebulan. Seorang doktor perempuan cina cuba menyuntik jarum drip, selepas 6 kali cuba, dia mengaku kalah dan ku tidak diberikan tambahan air dalam badan, jadi bergantung kepada makan dan minum secara manual.
3.Hari kedua dimasukkan ke wad, ku dihantar ke bilik fluroskopi untuk menjalani prosedur Barrium Swallow. Cecair pekat putih ku kemam, papan x-ray diletakkan di dada dalam keadaan ku berdiri. Ku disuruh menelan cecair tersebut, dan ku nampak cecair putih masuk ke dalam perutku melalui monitor. Prosedur mengambil masa lebih kurang 45 minit.
4. Pada sebelah petang, sekali lagi ku di-xray dada dan perut untuk melihat pergerakan cecair yang diminum.
5. Pada sebelah petang, doktor pakar bedah datang dan menyatakan bahawa mereka akan memasukkan stent(besi) dalam saluran makanan ku bagi meluaskan bukaan saluran makanan.
6. Dari pengalaman semasa minum barrium semasa berdiri dan tidak sangkut semasa menelan, ku cuba makan dan minum secara berdiri, dan Alhamdulillah berjaya makan.
7.Selepas 3 hari di wad, ku dibenarkan pulang dan akan dihubungi nanti jika ada sebarang perkembangan.

Sunday, February 7, 2016

Ke Klinik Swasta

Pagi ini isteri masak mi gorng, maklumlah hari cuti, kalu tidak anak atau Mak yang beli makan untuk sarapan pagi. Ku cuba makan tetapi tetapi tak dapat menelan. Minum air pun tak dapat. Ku makan ubat tahan muntah yang dibekalkan hospital semasa di wad minggu lepas. Ku rasa bengkakkan di dalam perut ku kerana cecair dari usus tak dpat keluar kerana fistula(bisul) tertutup sejak ku terputus bekalan ubat kimo.

Tiba-tiba ku terfikir untuk ke klinik swasta yang boleh melakukan pembedahan kecil. Ku mahu doktor membuat lubang semula di fstulaku agar cecair di dalam dada dapat keluar. Ku berpendapat jika cecair yang mungkin berkumpul dalam dadaku dikeluarkan, tumor dalam perut akan mengecil dan tidak lagi menekan saluran esofegus ku yang menyebabkan ku tak dapat makan.

Sebenarnya ku kecewa dengan pakar yang merawatku di dalam wad kerana tidak mahu mendengar pendapatku supaya menebuk lubang bagi mengeluarkan cecair. Mereka asyik nak masukkan stent bagi meluaskan saluran makanan.

Ku dipanggil berjumpa doktor swasta tersebut dan ku terangkan masalahku, sayangnya dia tidak berani membuat pembedahan. Dia rujuk kepada pakar bedah di kliniknya yang kebetulan hadir pada hari ini tetapi doktor itu juga tidak berani melakukan pembedahan. 

Dengan perasaan kecewa, ku pulang tetapi hati sedikit tenang. Sabar dan redha sajalah. Kini ku hanya berserah kepada Allah. Itu saya yang mampu dilakukan.