Sunday, May 1, 2016

Adakah Ku Semakin Teruk

Sepatutnya hari ini ku ke perkahwinan anak saudara, tetapi badan letih sangat sebab dah seminggu tak makan nasi, makan apa saja yang boleh ditelan. Bukan tak mahu makan nasi, tetapi makan asyik sangkut dan muntah. Ku ditinggalkan isteri rumah Mak.

Mak ku memang ambil berat kesihatan ku, kalu dia ada, asyik picit tubuhku. Isteri picit juga, tetapi ku faham dia pun penat balik kerja.

Hari ini ku minum 100 plus bagi tambah tenaga tetapi lidah rasa "lecah " pula. Nasib baik dapat ratah ayam goreng bagi tambah tenaga. Masak lodeh isteri tak termakan, asyik sangkut.

Makan ubat kimo kena patahkan dua, bagi senang telan walaupun kadang-kadang sangkut juga. Kena telan semula wp termuntah kerana ubat mahal.

Ketumbuhan di perut 6 cm menekan stent menyebabkan ku sukar menelan, entah semakin besar ku pun tak tahu kerana baru 2 bulan buat ct scan.

Ku berdoa moga Allah memberi kesihatan kepadaku agar dapat beribadat hingga hujung nyawa, Amin.

No comments: