Sunday, May 22, 2016

Sampai Bila Ku Dapat Bertahan

Assalamulaikum pembaca semua. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika post saya dulu-dulu ada yang salah maklumat dan sebagainya. Maafkan saya jika ada.

2.Hari ni dah sebulan ku tak dapat makan, cuma dapat makan cecair saja, itupun selalu sangkut di dada. Mungkin ketumbuhan di bawah tulung rusuk kiri semakin besar dan menekan stent yang dipasang.

3. Ubat Glivec(Imatinib),iaitu ubat kanser(targeted theraphy) sudah 2 minggu tak makan kerana bila makan asyik tersedak ubat kerana saluran sempit dan ku tak boleh bernafas bila tersedak. Walaupun sudah ku pecahkan 4 dan dimasukkan dalam kapsul, ku masih termuntah dan tersedak ubat, itu yang menyebabkan ku tak makan, tambahan pula sayang kerana uhat itu mahal( Rm 600.00 sebiji).

4. Selasa ini akan berjumpa pakar bedah, akan ku ceritakan masalah, entah apa tindakan doktor. Doktor dah tak mahu bedah, hanya bergantung kepada Glivec untuk mengecilkan ketumbuhan sedangkan ubat yang sebenarnya ialah Stivarga(Regorefonib) tetapi belum diluluskan kerajaan kerana harganya yang amat mahal.

5. Jika nak masuk wad pun ku kena tunggu  anak cuti semester kerana tiada orang yang akan menjaga di wad.

 6. Di sini juga saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada bekas pelajar yang menziarahi saya dan yang paling jauh, Rose Alighor dan kakaknya Salimah Alighor yang saya mengajarnya di SMK Menggatal, Sabah dulu. Terima kasih ingat kat cikgu.
Doakan saya sembuh dan tabah menempuh ujian Allah swt yang amat berat ni. Amin.

No comments: