1.Selepas seminggu keluar dari wad, sekali lagi ku diarahkan
masuk ke wad. Semasa seminggu berada di rumah, keadaan kesihatanku tidak
stabil. Makan dan minum bermasalah, rasa tak selesa dalam dada dan selalu
muntah. Ku harap pihak doktor dapat menyelesaikan masalah ku ini.
2. Kemasukan ke wad kali ini ku temani anak sulung yang
bercuti semester. Selepas mendaftar, ku di masukkan ke wad 2 Intan Hospital
Universiti Sains Malaysia. Seperti biasa jarum cuba disuntik bagi memasukkan
air kerana ku kekurangan air dan kurang makan. Berat badan ku telah turun 7 kg
dalam masa sebulan. Seorang doktor perempuan cina cuba menyuntik jarum drip,
selepas 6 kali cuba, dia mengaku kalah dan ku tidak diberikan tambahan air
dalam badan, jadi bergantung kepada makan dan minum secara manual.
3.Hari kedua dimasukkan ke wad, ku dihantar ke bilik
fluroskopi untuk menjalani prosedur Barrium Swallow. Cecair pekat putih ku
kemam, papan x-ray diletakkan di dada dalam keadaan ku berdiri. Ku disuruh
menelan cecair tersebut, dan ku nampak cecair putih masuk ke dalam perutku
melalui monitor. Prosedur mengambil masa lebih kurang 45 minit.
4. Pada sebelah petang, sekali lagi ku di-xray dada dan
perut untuk melihat pergerakan cecair yang diminum.
5. Pada sebelah petang, doktor pakar bedah datang dan
menyatakan bahawa mereka akan memasukkan stent(besi) dalam saluran makanan ku
bagi meluaskan bukaan saluran makanan.
6. Dari pengalaman semasa minum barrium semasa berdiri dan
tidak sangkut semasa menelan, ku cuba makan dan minum secara berdiri, dan
Alhamdulillah berjaya makan.
7.Selepas 3 hari di wad, ku dibenarkan pulang dan akan
dihubungi nanti jika ada sebarang perkembangan.
No comments:
Post a Comment