Sunday, March 6, 2016

Selepas Pemasangan Stent

Ku berehat di katil selepas pemasangan stent. Doktor memberitahuku bahawa ku dah boleh minum air kosong dan selepas 2 hari boleh makan makanan yang dikisar, Ku cuba minum air kososng sikit tetapi terasa sakit bila melaui saluran makanan. Ku muntah darah kesan pemasangan stent. Beberapa hari ku sayik muntah hingga terasa malu dan mengganggu pesakit lain.

Hari ketiga ku cuba minum air milo tetapi tetapi sakit dan asyik muntah.Kini ku cuma bergantung air yang dimasukkan melalui drip. Anak sulung ku hari ini (Sabtu 20.2.2016) terpaksa kembali ke UPSI. Nasib baik ada anak saudara sebelah isteri yang sanggup menunggu ku.

Disebabkan ku terlampau sakit, doktor menampal patch tahan sakit di dadaku dan ianya boleh bertahan sehingga 3 hari namun sehari pakai sahaja kepalaku sakit yang teramat sangat dan pathc di dada dibuang. Akhirnya ku dibekalkan dengan mesin morfin transfusion. Alhamdulillah sakitku hilang tetapi timbul masalah ku tidak dapat tidur.

Hari kelima selepas stenting, ku mula dapat makan makanan lembut(nasi air) dan yang dikisar. Doktor dari Pain Clinic datang memeriksa ku dan memberi morfin tablet kepadaku. Dia juga memberiku ubat tidur, jadi  ku mula dapat tidur sempurna.

Hari keenam selepas stenting, muncul pula fistula yang dah sembuh. Ku suruh doktor toreh dengan pisau tetapi mereka enggan. Akhirnya ia pecah sendiri dan doktor mencucinya.

Selasa 23/2/2016, Doktor Mokhzani dan  teamnya membenarkan ku keluar esok. Seronoknya dapat pulang rumah, itulah anganku malangnya selepas itu dadaku terlampau sakit sehingga ku menangis. Doktor dari Pain Clinic datang lagi dan dia telah menambah dos morfin dari 1 biji ke biji.  

Doktor Mokhzani dan teamnya sekali lagi membenarkan ku  keluar  wad selepas keadanku agak stabil. Petang itu selepas semua urusan selesai, ku keluar wad. Alhamdulillah walaupun sakit di dada masih ada.

 

No comments: