BLOG INI BUKAN NASIHAT PROFESIONAL.IA ADALAH PENGALAMAN PENULIS.DAPATKAN NASIHAT DARIPADA DOKTOR PAKAR ANDA DI HOSPITAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
Dalam coretan kali ini, ingin ku bercerita tentang teman senasib saya ini yang saya panggil Di(bukan nama sebenar). Ku kenali Di secara tidak sengaja semasa mendapatkan ubat di unit Farmasi di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu(HRPZII) Sebenarnya isteriku yang terlebih dahulu bertemu apabila dia melihat istriku mengambil ubat Glivec sama seperti yang diambilnya. Dia datang bertemuku di dalam kereta kerana ku tak larat untuk ke farmasi. Kami berbual sekejap dan selepas itulah kami menjadi kawan senasib.Dia dah 2 kali ke rumahku, dan sekali semasa ku hendak mengaerjakan haji 2010; Dia dahpun mengerjakan haji di usia muda. Ku pernah bertemu dia di klinik onckology HUSM, dia cakap dia ambil produk biji aprikot. Sebenarnya ku dah makan biji apirikot yang dihantar oleh bekas pelajar, Hamidah tetapi ku berhenti maskan bila pesakit kanser ovari, teman isteri ku cakap bila dia makn biji aprikot, tahap potasium dalm darah meningkat hingga terpaksa doktor merawat masalah itu pula.Dia juga memberi daun belalai gajah dan sehingga kini masih ada ku tanam. Kini dia telah pergi ke rahmatullah. Jumaat 3 minggu lepas, kawan ku Cikgu Azmi meninggal dunia akibat kanser pankreas. Penyakitnya dapat dikesan lewat. Beliau selalu keluar tabligh dan saya masa belajar dulu pernah keluar bersamanya. Alangkahnya indahnya dia pergi menemui Illahi di hari Jumaat yang mulis. Sakitny tak lama , iaitu dalam semingggu an terus mengahadap Illahi. Moga rohnya ditempatkan bersama para solehin. Allahummaghfirlahuu wa'afihi wa'fuanhu. Kini tinggallah daku bertarung dengan penyakit ini. Sudah 10 tahun ku mengharugni derita dengan pelbagai rawatan yang mahal dan menyakitkan Kini doktor membekal morfin kepadaku t4etapi jarang ku guna kerana ia menyebabkan sukar tidur. Ku makan jika terlalu sakit saja. Moga Allah memberi kesabaran dan kekuatan untuk menempuh hari-hari terakhir dalm hidupku. Amin.
Selepas 2 bulan pemasanagan stent., ku kembali tak dapat makan, Ku cuba minum coca cola spt yang disaran doktor bagi mencuci stent titanium tetapi masih tak jalan. Penat isteri masak nasi air, tak berjamah. Mlm cuba makan di luar tapi tak sedap, lain yg diminta lain yang dimasak, maklumlah makan bungkus kat rumah.Makan juga mee tapi separuh mangkuk dan sangkut dan muntah. Hari ini makan bihun, makan 3 mulut dah nak muntah. Mak masak bubur kacang tetapi makan sikit dah tak lalu. Mertua datang bawa laksa, isteri yang makan, saya makan alamat sangkutlah.
Jam dah 3.30 pagi, tidur sekejap wp makan ubat tidur dan morfin.
Moga Allah beri kekuatan, Mahu cuba sambung tidur.
1. Ku hanya makan nasi air dan makanan lembut seperti laksam dan minum jus buah-buahan.
2. Dada masih terasa sakit iaitu tempat Stent dimasukkan dan jika terlalu sakit, terpaksa makan ubat tahan sakit.
3. Tubuhku semakin kurus kerana makan kurang, kini beratku 48kg dan tak seimbang dengan tinggiku 167cm(BMI tak tercapai)
4.Ku pergi mendapat rawatan perubatan Islam dengan Hj. Lokman (mertua Ashraf pelakon tu) di cawaangannya berhampiran masjid Kubang Kerian. Ku diberi ayat al-Quran untuk amalan harian.
5. Ku ke Klinik Onkologi HUSM berjumpa Pakar Kanser. Dia beri surat untuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk mendapat ubat kanser yang ku makan dulu (Glivec) kerana ubat ku pohonf(Stivarga) belum diluluskan walaupun dah 6 bulan memohon. 6. Ku cuba makanan tambahan iaitu Cendawan Susu Harimau yang diberi oleh adikku di Gua Musang. Ia menyebabkan ku pening oleh itu ku makan selang sehari. Harap maaf, ayat ku tulis tidak indah kerana masih sakit. Moga Allah beri kesembuhan.
Ku berehat di katil selepas pemasangan stent. Doktor memberitahuku bahawa ku dah boleh minum air kosong dan selepas 2 hari boleh makan makanan yang dikisar, Ku cuba minum air kososng sikit tetapi terasa sakit bila melaui saluran makanan. Ku muntah darah kesan pemasangan stent. Beberapa hari ku sayik muntah hingga terasa malu dan mengganggu pesakit lain.
Hari ketiga ku cuba minum air milo tetapi tetapi sakit dan asyik muntah.Kini ku cuma bergantung air yang dimasukkan melalui drip. Anak sulung ku hari ini (Sabtu 20.2.2016) terpaksa kembali ke UPSI. Nasib baik ada anak saudara sebelah isteri yang sanggup menunggu ku.
Disebabkan ku terlampau sakit, doktor menampal patch tahan sakit di dadaku dan ianya boleh bertahan sehingga 3 hari namun sehari pakai sahaja kepalaku sakit yang teramat sangat dan pathc di dada dibuang. Akhirnya ku dibekalkan dengan mesin morfin transfusion. Alhamdulillah sakitku hilang tetapi timbul masalah ku tidak dapat tidur.
Hari kelima selepas stenting, ku mula dapat makan makanan lembut(nasi air) dan yang dikisar. Doktor dari Pain Clinic datang memeriksa ku dan memberi morfin tablet kepadaku. Dia juga memberiku ubat tidur, jadi ku mula dapat tidur sempurna.
Hari keenam selepas stenting, muncul pula fistula yang dah sembuh. Ku suruh doktor toreh dengan pisau tetapi mereka enggan. Akhirnya ia pecah sendiri dan doktor mencucinya.
Selasa 23/2/2016, Doktor Mokhzani dan teamnya membenarkan ku keluar esok. Seronoknya dapat pulang rumah, itulah anganku malangnya selepas itu dadaku terlampau sakit sehingga ku menangis. Doktor dari Pain Clinic datang lagi dan dia telah menambah dos morfin dari 1 biji ke biji.
Doktor Mokhzani dan teamnya sekali lagi membenarkan ku keluar wad selepas keadanku agak stabil. Petang itu selepas semua urusan selesai, ku keluar wad. Alhamdulillah walaupun sakit di dada masih ada.
1. Setelah kumpulan pakar bersetuju untuk memasukkan stent(
dalamesofegus, sehari sebelumnya ku disuruh berpuasa bermula jam 12 malam dan
makan ubat antiradang sebanyak 30 biji 3 kali makan.
2. Pada paginya, ku dipakaikan baju bedah dan ditolak oleh
petugas ke bilik fluroskopi. Setelah hampiar 40 minit menunggu pakar bedah,
akhirnya saat yang ditunggu sampai juga. Tiub berkamera dimasukkan kedalam
perutku tanpa sebarang ubat bius, hanya ubat spray ke dalam mulut. Ku muntah
tetapi tiada apa yang keluar keraran dah puasa. Ini kali ke-10 ku buat prosedur
ini. Kemudian ku diberi ubat pelali melalui drip dan sekali lagi tiub berkamera
dimasukkan kedalam mulutku. Melaui monitor doktor memasukkan stent yang kecil
tetapi panjang melalui tiub kamera. Apabila tempat yang tepat ditemui, stent
dibuka secara automatik. Berair mataku menahan sakit.
3. Selepas sejam prosedur., ku dihantar balik ke wad dan
dipantau doktor. Doakan saya dapat makan dan minum dengan stent tersebut.
13.12.18.(Sabtu)Setelah tak tahan dengan keadaan kesihatan iaitu tak boleh makan dan
sering muntah, ku ke unit kecemasan HUSm, Kubang Kerian Kota Bharu walaupun ku
sepatutya menunggu panggilan hospital. Setelah diperiksa, ku di suntik dengan
jarum untuk dimasukkan ubat. ‘alhamdullillah Dr. Adliberjaya berjaya dengan sekali cucuk sahaja.
Ku dimasukkan ke wad sementara untuk dipantau oleh doktor. Dr,
Azim memeriksaku dan menyuruh ku dimasukkan ke wad 2 Intan. Ke keberatan untuk
dimasukkan ke wad 2 intan kerana pendingin udaranya sangat sejuk, ku lebih suka
1 selatan kerana tiada pendigin udara , udara luar yang segar begitu meyamankan
di Wad 1 selatan.
Setibanya di wad 2 Intan, ke ditempatkan di katil no 13 yang
betul-betul di bawah pendingin udara, apa boleh buat , terima sajalah. Ku
diperiksa oleh Dr. Hazwan, Dr. Syazwani,Dr. Sabarina. Sementara M.O. ialah Dr.
Hafizi, Dr. Ravi, Dr. Feetreena Anis, dan beberapa orang lagi. Doktor Pakar
Bedah ialah Dr.Zaidi Zakaria.
Satu pagi Dr. Zakaria datang bersama 7 ofang doktor. Dia
memberitahu saya bahawa mereka semua bakal pakar bedah sama ada di HUSM atau di
HRZ11. Dia memperkenalkan saya kepada semua dokkot tersebut. “He is retired
teacher and an educated person, He have a lot of informatio”
Seorang doktor disuruh memeriksa ku, ku lihat doktor yang
memeriksa ku agak gementar tetapi Dr. Zaidi relax saja dan menjelaskan apa yang
perlu dilakukan dalamtempoh 15 minit
memeriksa patient.
Setiap hari ku di periksa oleh sebanyak 5 kali oleh doktor
bermula jam 7.30 pagi oleh doktor houseman, jam 10 oleh kumpulan Pegawai
Perubatan dan 11 pagi oleh Dr. Pakar bersama doktor M.O dan houseman dan
sekumpulan pelajarperubatan.
1.Selepas seminggu keluar dari wad, sekali lagi ku diarahkan
masuk ke wad. Semasa seminggu berada di rumah, keadaan kesihatanku tidak
stabil. Makan dan minum bermasalah, rasa tak selesa dalam dada dan selalu
muntah. Ku harap pihak doktor dapat menyelesaikan masalah ku ini.
2. Kemasukan ke wad kali ini ku temani anak sulung yang
bercuti semester. Selepas mendaftar, ku di masukkan ke wad 2 Intan Hospital
Universiti Sains Malaysia. Seperti biasa jarum cuba disuntik bagi memasukkan
air kerana ku kekurangan air dan kurang makan. Berat badan ku telah turun 7 kg
dalam masa sebulan. Seorang doktor perempuan cina cuba menyuntik jarum drip,
selepas 6 kali cuba, dia mengaku kalah dan ku tidak diberikan tambahan air
dalam badan, jadi bergantung kepada makan dan minum secara manual.
3.Hari kedua dimasukkan ke wad, ku dihantar ke bilik
fluroskopi untuk menjalani prosedur Barrium Swallow. Cecair pekat putih ku
kemam, papan x-ray diletakkan di dada dalam keadaan ku berdiri. Ku disuruh
menelan cecair tersebut, dan ku nampak cecair putih masuk ke dalam perutku
melalui monitor. Prosedur mengambil masa lebih kurang 45 minit.
4. Pada sebelah petang, sekali lagi ku di-xray dada dan
perut untuk melihat pergerakan cecair yang diminum.
5. Pada sebelah petang, doktor pakar bedah datang dan
menyatakan bahawa mereka akan memasukkan stent(besi) dalam saluran makanan ku
bagi meluaskan bukaan saluran makanan.
6. Dari pengalaman semasa minum barrium semasa berdiri dan
tidak sangkut semasa menelan, ku cuba makan dan minum secara berdiri, dan
Alhamdulillah berjaya makan.
7.Selepas 3 hari di wad, ku dibenarkan pulang dan akan
dihubungi nanti jika ada sebarang perkembangan.
Pagi ini isteri masak mi gorng, maklumlah hari cuti, kalu tidak anak atau Mak yang beli makan untuk sarapan pagi. Ku cuba makan tetapi tetapi tak dapat menelan. Minum air pun tak dapat. Ku makan ubat tahan muntah yang dibekalkan hospital semasa di wad minggu lepas. Ku rasa bengkakkan di dalam perut ku kerana cecair dari usus tak dpat keluar kerana fistula(bisul) tertutup sejak ku terputus bekalan ubat kimo.
Tiba-tiba ku terfikir untuk ke klinik swasta yang boleh melakukan pembedahan kecil. Ku mahu doktor membuat lubang semula di fstulaku agar cecair di dalam dada dapat keluar. Ku berpendapat jika cecair yang mungkin berkumpul dalam dadaku dikeluarkan, tumor dalam perut akan mengecil dan tidak lagi menekan saluran esofegus ku yang menyebabkan ku tak dapat makan.
Sebenarnya ku kecewa dengan pakar yang merawatku di dalam wad kerana tidak mahu mendengar pendapatku supaya menebuk lubang bagi mengeluarkan cecair. Mereka asyik nak masukkan stent bagi meluaskan saluran makanan.
Ku dipanggil berjumpa doktor swasta tersebut dan ku terangkan masalahku, sayangnya dia tidak berani membuat pembedahan. Dia rujuk kepada pakar bedah di kliniknya yang kebetulan hadir pada hari ini tetapi doktor itu juga tidak berani melakukan pembedahan.
Dengan perasaan kecewa, ku pulang tetapi hati sedikit tenang. Sabar dan redha sajalah. Kini ku hanya berserah kepada Allah. Itu saya yang mampu dilakukan.
Masalah menelan (dysphagia) boleh
terjadi kepada sesiapa yang pernah menghidap strok, penyakit neurologi
atau saraf (sebagai contoh Parkinson's), kecederaan otak, atau segala
jenis masalah struktur organ menelan seperti kanser tekak atau pangkal
hidung. Masalah tersebut boleh mengakibatkan dehidrasi, lebihan bendalir
tekak atau hidung, dan aspiration (makanan atau minuman memasuki peparu), yang kemudiannya membawa kepada pneumonia (jangkitan peparu) atau juga kematian.
Bagi mereka yang tidak dapat menelan dengan
selamat, penggunaan tiub pemakanan disarankan. Sekiranya Terapis
Pertuturan-Bahasa menyarankan anda mengambil makanan dan minuman secara
oral, terdapat beberapa tips bagi memastikan anda menelan dengan
selamat. Tujuh komponen tips tersebut ialah:
Keadaan mental dan fizikal
Keadaan sekeliling
Posisi
Pemilihan jenis makanan
Strategi semasa makan
Strategi selepas makan
Strategi antara waktu makan
Keadaan Mental Dan Fizikal
Elakkan makan semasa anda sedang mengantuk, pening atau tertekan.
Elakkan makan jika badan anda dalam keadaan sangat lemah atau sukar bernafas.
Sumber: www.cikgudahlia.com
Keadaan Sekeliling
Kurangkan gangguan media elektronik. Ini dapat dilakukan dengan mematikan peti televisyen, radio dan telefon bimbit.
Tutup pintu rumah untuk kurangkan gangguan
bunyi bising dari luar. Bunyi bising tersebut mungkin berpunca dari
kesesakan lalulintas atau kilang berhampiran. Keadaan sedemikian boleh
mengganggu konsentrasi sewaktu makan.
Elakkan berbual atau ketawa berlebihan semasa
makan. Ini boleh menyebabkan anda tersedak atau tercekik makanan atau
minuman tersebut.
Sumber: berianipuchong.blogspot.com
Posisi
BETUL
SALAH
Duduk tegak dan pastikan leher disokong.
Jangan bersandar atau baring semasa makan atau minum.
Duduk tegak dengan kaki rapat ke lantai serta leher disokong.
Elakkan berdiri semasa menyuap makanan atau minuman kepada pesakit kerana boleh menyebabkan pesakit mendongak ke atas.
Semasa menyuap makanan atau minuman kepada pesakit, hendaklah duduk berhadapan dengan pesakit dan pada aras mata pesakit.
Elakkan menyuap pesakit dari arah tepi kecuali disarankan Terapis Pertuturan-Bahasa.
Pastikan kepala tegak atau tunduk sedikit ke bawah apabila minum.
Elakkan makanan yang sukar ditelan seperti roti
berkerak, bertih jagung, sayuran mentah, kekacang, dan mentega kacang.
Ini kerana makanan tersebut memerlukan pesakit mengunyah dengan cekap
dan sempurna.
Berhati- hati dengan makanan yang bercampur
konsistensi, iaitu makanan yang mengandungi lebih daripada satu tekstur.
Sebagai contoh, makanan tersebut mengandungi dua tekstur seperti
pepejal dan cecair. Ini boleh didapati dalam makanan seperti bubur
kacang atau nasi berkuah
Berhati-hati dengan makanan yang boleh cair
seperti ais krim. Ini bahaya bagi pesakit yang hanya selamat menelan
tekstur pepejal tetapi tidak tekstur cecair.
Campurkan pemekat seperti 'thixer' ke dalam
minuman bagi menghasilkan konsistensi yang selamat ditelan oleh pesakit
sama ada tekstur pepejal, separuh pepejal atau cecair, seperti yang
disarankan Terapis Pertuturan-Bahasa anda. Konsistensi yang selamat
untuk setiap pesakit berbeza mengikut tahap kecekapan penelanan mereka.
Strategi Semasa Makan
Jangan terburu-buru semasa makan. Ambil masa yang secukupnya untuk menikmati juadah.
Kunyah makanan sehingga hancur. Ini untuk memudahkan pesakit menelan dan mengelakkan tercekik makanan tersebut.
Makan dengan jumlah yang sedikit pada satu
masa. Contohnya ambil makanan separuh sudu sahaja bagi setiap suapan
sehingga habis makanan.
Habiskan menelan setiap suapan sebelum mengisi semula sudu atau garfu dengan makanan.
Selepas menelan, periksa mulut untuk memastikan
tiada baki makanan atau pil ubat yang tertinggal. Sekiranya terdapat
baki makanan atau pil ubat, maka hendaklah dikeluarkan baki tersebut
sama ada dengan menggunakan lidah, jari atau mesin penyedut. Selain itu,
minum air secara bergilir-gilir dengan makanan juga boleh membantu
membersihkan baki makanan atau pil ubat yang tertinggal.
Awasi tanda-tanda bahaya seperti batuk,
tercekik atau tersedak makanan atau minuman, makanan atau minuman keluar
dari hidung, atau berubah keadaan pernafasan. Sekiranya terdapat
sebarang tanda tersebut,segeralah berjumpa Terapis Pertuturan-Bahasa
yang berdekatan. Ini kerana anda mungkin mengalami masalah penelanan.
Strategi Selepas Makan
Elakkan baring 30-45 minit selepas makan.
Sebaliknya, lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan-jalan, mengemas
rumah atau berkebun selama beberapa minit mengikut keselesaan.
Bersihkan gigi, gusi,lidah dan gigi palsu
sekiranya menggunakan gigi palsu beberapa kali setiap hari. Selain itu,
sedut keluar air liur yang berlebihan. Ini bertujuan memastikan
organ-organ yang terlibat dengan penelanan sentiasa dalam keadaan
bersih.
Sentiasa sapu air pada bibir, lidah, dan bahagian dalam pipi untuk memastikan mulut sentiasa lembab.
Strategi Antara Waktu Makan
Awasi tanda-tanda seperti batuk, kesukaran
bernafas, nafas berbunyi atau laju, sakit dada, berubah kualiti suara
atau demam. Sekiranya terdapat sebarang tanda tersebut,segeralah
berjumpa doktor yang berdekatan. Ini kerana anda mungkin mengalami
masalah penelanan.
Lakukan senaman berkaitan penelanan seperti
yang diajar oleh Terapis Pertuturan-Bahasa anda. Selain itu, aktiviti
bersenam yang lain juga boleh menguatkan otot yang terlibat dengan
penelanan.
Kekalkan kesihatan badan dan minda dengan membaca, melakukan teka silang kata dan Sudoku, serta pelbagai aktiviti lain.
Sumber: www.kosmo.com.my
Semasa tidur, tinggikan kepala pada sudut 30 darjah untuk mengelakkan aspirasi atau refluks.
Kesimpulan
Adalah penting bagi anda merujuk kepada Terapis
Pertuturan-Bahasa, doktor, atau pegawai dietetik sekiranya mempunyai
kemusykilan atau keraguan mengenai masalah menelan. Selain itu, anda
juga perlu menghadiri temujanji terapi pertuturan atau penelanan bagi
memastikan strategi penelanan, senaman, atau kepekatan makanan dan
minuman anda adalah yang terbaik mengikut keupayaan menelan anda.
Sayadi, R. & Herskowitz, J. (2010). SWALLOW
SAFELY: How Swallowing Problems Threaten the Elderly and Others. A
Caregiver's Guide to Recognition, Treatment, and Prevention. Inside/Outside Press, US.
17 Jan 2016, ku sambut tahun baru dengan bermalam diwad. Sebenarnya sejak terputusnya bekalan ubat kimo, ku hanya sihat sekejap, kemudian ku mulai kurang sihat. Kegembiraan ku kerana fistula(lubangspt bisul) tertutup membawa cerita duka bila ku tidak boleh makan. Sepanjang bulan Disember 2015, dua kali ku ke Unit kecemasan tetapi dibenarkan balik selepas diperiksa dan diberi ubat.
Pada 15 Jan sekali lagi ku ke Unit kecemasan tetapi dinasihatkan masuk wad pada hari Ahad kerana doktor pakar tiada pada hari Jumaat dan Sabtu. Ku dimasukkan Wad 1 Selatan HUSM. Selepas beberapa kali dicucuk jarum untuk buat line, baru doktor berjaya. Ku dimasukkan air, tekanan darahku agak rendah 67/115. Disebabkan ku mengadu sakit dada, doktor membuat ECG, Alhamdulillah tiada masalah jantung, sakit berpunca dari gasrtik. 16 Jan. ku dihantar ke bilik endoskopi untuk di suluh saluran makanan dan diambil gambar di dalam perut. Ikut hari memang tak mahu buat kerana dah 7 kali ku menjalani prosedur ini. Bila tiub berkamera dimasukkan dalam mulut ku muntah tetapi tak ada apa yang keluar kerana dah puasa. Bila ku tahan sangat, doktor beri ubat tahan sakit dan oksigen. Hasilnya, doktor menyatakan ada benda yang menekan saluran makanan menyebabkan saluran menjadi sempit dan menyukarkan ku makan dan minum. Dia bercadang nak masukkan stent(besi) bagi meluaskan saluran makanan, tetapi kena buat Barrium swallow dulu. 20 Jan -ku dihantar ke bilik CT-Scan tetapi bila ubat contras dimasukkan, saluran line darahku sakit. Doktor membuat line lain, tetapi selepas 7 kali cucuk tak berjaya, ku dihantar ke dewan bedah. Doktor bius membuat 13 kali cucukan baru berjaya. Sebelah petangnya ku dihantar semula ke bilik Ct Scan, malangnya sekali lagi ubat contras tak dapat masuk dan ku dihantar balik ke wad. 21Jan- Doktor bedah cuba buat line dileher tetapi tak berjaya, lalu sekali lagi dihantar ke Bilik Bedah. Dua orang pakar bius membuat line, mereka cuba dulu 3 kali ditangan tetapi tak berjaya, akhirnya berjaya dibuat dileher. Ku dihantar ke Bilik CT Scan dan berjaya dibuat scanning. Pegawai pemakanan melawatku dan memberi susu sebagai makanan tambahan. Dia cadangkan ku makan transfer factor. Dah lama ku tahu tapi takut nak guna kerana ada yang kata ia menggalakkan kanser, tapi bila dietation bagi tahu, rasa nak cuba pula. Petang ini isteri menjaga ku kerana cuti hari minggu, sebelum ini anak keduaku yang menjagaku kerana UIA cuti sekarang. 22 Jan, Jumaat- leherku membengkak dan jarum terpaksa dibuang. 21 Jan- doktor bedah membuat line dikaki dan nasib baik dengan sekali cucuk, ia berjaya dan air dpat dimasukkan semula. Malam ini anak sulungku yang baru bercuti dari UPSI menjagaku mengganti isteri yang akan bersekolah esok. 22 Jan- Doktor oncologi, menyatatakan berdasarkan CT Scan, ada bengkakan di bawah tulang rusuk kiri dan ia menekan esofagus(saluran makanan). ku dibenarkan balik dan dikehendaki masuk wad semula seminggu lagi untuk dibuat Barrium Swallow bagi melihat jika ada sumbatan, kemudian baru nak dibuat keputusan samada nak dimasukkan stent(besi) dalam saluran makanan.
Ini yang akan kucadangkan pada doktor
Cadangan kepada Doktor.
1. Selepas
bedah Nov2006, ambil kimo pada Mei 2007
(Glivec/Imanitinib) hingga 2009.
Mulai 2008 higga 2009 selalu masuk wad
kerana masalah edhision colic.
2. 2010 – 5
kali radioterapi dan Jan 2010 miula ambil Sunitinib hingga 2014. Pernah
dituikar semula kepada Glivec kerana
putus bekalan Sunitinib.
3. 2006 mula
rasa sakit di dada dan kemudian muncul bisul (fistula) didada. Rujuk ke
oncologi dan hanya dibuat biopsi. Akhir dimasukkan wad 3 Selatan pada 14.9.09
dan pecah dalam wad. Dipindahkan ke 2 Intan 19.9.09 dicuci luka bisul tiap-tiap hari oleh doktor hingga keluar wad 1.10.09.
4. Dibuat
fistulagram dan didapati ianya bersambung dengan usus besar.
5. Melalui
fistula selalu keluar cecair seperti
nanah, darah dan kadang-kadang najis cair.
6. Guna
gauge untuk tutup fistula hinggalah ia tertutup lubang di dada 2 bulan lepas, masalah
makan mula timbul.
7.Mulai 9.9
2014 hingga 9.9.2015, ambil Nexavar .
Kemudian mohon Stivarga tetapi tidak dapat lagi hingga sekarang.
8. Sejak tidak
makan ubat, fistula tertutup dan mulai masalah tidak dapat makan dengan
sempurna.
9. 18.1.16-
Endoskopi – External Compression at Esofagus.
21.1.16- Ct- Scan – ada pembekakan di bawah tulang
rusuk kiri, ia menekan esofagus. Saya rasa cecair berkumpul di situ.
Cadangan- Tebuk fistula supaya cecair dapat
keluar dan mengelak dari pecah.
10. Jika dimasukkan stent pun ia tak selesai masalah
pembekakan fistula.
Contoh stent dari website.
Doakan yang terbaik untuk saya. Sehingga hari ini saya tak dapat makan dan minum dengan sempurna, berat dari 56 kg turun kepada 49 kg, semakin kurus. Tekak pula selalu loya dan asyik dan muntah je. Ya Allah sihatkan aku dan tabahkanlah aku dalam menghadapi ujian Mu.
Hukum Wudhuk Dan Solat Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg
Kolostomi
Sebelum membincangkan hukum berkaitan stoma, ada baiknya
kita mengenali apakah itu kolostomi dan stoma[1].
Kolostomi ialah satu lubang yang dibuat melalui proses
pembedahan pada dinding abdomen yang mana sebahagian kecil daripada usus besar
itu dibawa ke permukaan kulit. Lubang buatan yang baru ini, dipanggil sebagai
stoma. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan najis keluar, tanpa melalui tempat
usus yang sakit atau rosak. (kerana tidak boleh dikeluarkan daripada saluran
biasa). Kadang-kadang, lubang buatan ini dibuat pada saluran kencing, yang
dipanggil urostomi. Dan pesakit yang dibuat stoma akan memakai beg kolostomi.
Terdapat dua fatwa yang dikeluarkan berhubung dengan hukum
Menggunakan Beg Kolostomi.
Pertama: JKF Kebangsaan.
Hukum Pelaksanaan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg
Kolostomi
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 – 8 September 2007
telah membincangkan Hukum Pelaksanaan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg
Kolostomi. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Pesakit yang menggunakan beg kolostami dikategorikan sebagai
mereka yang mengalami masalah dharurat dan tidak dianggap sebagai menanggung
najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau membersihkan beg kolostami
setiap kali berwudhu’ atau menunaikan solat.
Wudhu’ yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk
melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardhu sehingga wudhu’
tersebut terbatal.
Keterangan/Hujah:
Istilah “Kolostomi” merujuk kepada keadaan sebahagian usus
besar (colon) di dalam abdomen yang dibuka dan pembukaannya itu disalurkan ke
bahagian dinding abdomen dan dilekatkan pada kulit. Hujung usus ke bahagian
dubur (rectum) tidak lagi berfungsi seperti biasa. Beg Kolostomi dipasang pada
abdomen yang ditebuk di mana usus keluar daripada dinding abdomen tersebut.
Pengeluaran najis tidak akan dapat dikawal samasekali oleh pesakit.
Kebanyakan pesakit kolostomi merasa was-was untuk menunaikan
amalan fardu ain terutamanya solat. Persoalan yang ditimbulkan adalah bagaimana
harus mereka mengurus kolostomi mereka semasa mengambil wudhu’ dan semasa
menunaikan fardhu solat. Adakah mereka perlu mengosongkan pundi kolostomi
mereka setiap kali mengambil wudhu’ atau untuk menunaikan solat. Adakah wudhu’
akan terbatal dengan sebab keluar najis tanpa boleh dikawal ke dalam pundi
kolostomi.
Isu batal wudhu’ apabila keluar sesuatu menerusi salah satu
daripada dua kemaluan seperti yang dibahaskan oleh para ulama’ adalah dalam
konteks orang yang sihat. Bagi yang berpenyakit atau mengalami masalah keluar
sesuatu di luar kawalan, Islam memberikan kaedah penyucian dan pelaksanaan
ibadah kerana mereka dianggap orang yang dalam keuzuran.
Masalah kolostomi berbeza dengan masalah sulus al-bawl
kerana kebersihannya lebih terjamin. Oleh itu dari sudut hukum, ia tidak boleh
diqiaskan kepada mereka yang mengalami sulus al-bawl.
Memandangkan pengeluaran najis bagi mereka yang mengalami
masalah kolostomi tidak boleh dikawal, mereka dianggap berada dalam keadaan
dharurat yang tidak terikat dengan taklif syarak dalam beberapa aspek ibadah.
Mereka juga tidak dianggap sebagai menanggung najis dan boleh melaksanakan semua
ibadat.
Pesakit-pesakit kolostomi dibolehkan mengambil sekali wudhu’
untuk semua ibadah yang hendak dilaksanakan sekiranya wudhu’ tersebut tidak
terbatal. Tetapi sekiranya tiada kesukaran bagi mereka untuk memperbaharui
wudhu’, ia adalah disunatkan.
Islam adalah agama yang memberi kemudahan. Oleh itu pesakit
tidak wajar disyaratkan untuk mengosong atau membersihkan beg kolostomi setiap
kali berwudhu’ kerana ia akan menyukarkan mereka melakukan ibadah.
Kaedah Melaksanakan Ibadat Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg
Kolostomi.
Ibadah
Huraian Tajuk/Isu:
Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat pesakit terpaksa
menggunakan beg kolostomi apabila saluran najisnya iaitu dubur tidak dapat
digunakan untuk membuang najis. Dalam keadaan ini usus besar di dalam ebdomen
pesakit ini akan dibuka dan disalurkan ke bahagian dinding ebdomen dan
dilekatkan di kulitnya. Seterusnya najis akan keluar melalui jalan tersebut dan
terisi masuk kedalam beg kolostomi tanpa boleh dikawal.
Bagi pesakit-pesakit yang terpaksa memakai beg kolostomi,
kebanyakkan daripada mereka merasa was-was untuk menunaikan amalan fardu ain
terutamanya solat kerana 2 sebab, iaitu ;-
1. Adakah wudu” mereka akan terbatal dengan sebab keluar
najis tanpa boleh dikawal kedalam beg kolostomi?.
2. Adakah mereka perlu mengosongkan beg kolostomi mereka
setiap kali mengambil wudu” atau menunaikan solat?.
Keputusan:
Setelah membincangkan isu ini dengan teliti, Mesyuarat
Jamaah Ulama” bersetuju menfatwakan seperti berikut:
1. Pesakit-pesakit yang terpaksa menggunakan beg kolostomi
adalah termasuk di dalam golongan orang yang uzur syar”ie dan mereka tidak
terikat dengan salah satu syarat yang membatalkan wudu” untuk menunaikan solat
iaitu keluar sesuatu daripada 2 jalan iaitu qubul dan dubur seperti yang
disyaratkan kepada orang yang sihat.
2. Oleh itu, wudu” mereka tidak terbatal walaupun najis
keluar kedalam beg kolostomi mereka. Keadaan mereka dihukumkan sebagaimana
hukum seseorang yang mengalami silsu baul (air kencing sentiasa menitik) dan
wanita yang mengalami istihadhoh.
Dalam kedua-dua keadaan ini, telah disepakati oleh para
fuqaha” bahawa tidak terbatal wudu” mereka walaupun najis telah keluar daripada
2 kemaluan mereka selepas mereka berwudu” untuk menunaikan solat.
3. Penggunaan beg kolostomi juga boleh dianggap sebagai usus
mekanikal iaitu pengganti kepada usus yang asal dan ia merupakan sebahagian
daripada perut. Oleh itu selagi mana najis belum terkeluar daripada beg
kolostomi ini, najis itu dikira masih berada di dalam badan pesakit dan wudu”
tidak akan terbatal dengan sebab keluar najis ke dalam beg tersebut.
4. Ketika hendak mengambil wudu”, pesakit-pesakit yang
terpaksa menggunakan beg kolostomi ini tidak perlu mengosongkan beg kolostomi
mereka setiap kali mengambil wudu” kerana keuzuran mereka kecuali perkara itu
tidak menyusahkan pesakit berkenaan. Mereka dikehendaki mengambil wudu” apabila
telah masuk waktu solat dan menyegerakan pelaksanaan solat sebaik sahaja
berwudu”.
Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit
Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan/Swasta
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah
membincangkan Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit
Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan/Swasta. Muzakarah telah memutuskan bahawa
hukum sembahyang jamak kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang
lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan
seumpamanya adalah harus.
Inilah dua fatwa yang telah difatwakan di Malaysia yang saya
tahu berhubung pemakaian beg kolostomi. Dan di sini, saya ingin berkongsi
sebaghagian dalil dan hujah-hujah mereka pada pandangan saya.
Hujah-hujah
1- Yang membatalkan wudhuk ialah keluar sesuatu (apa sahaja)
daripada dua jalan, iaitu qubul dan dubur. Namun dalam masalah ini najis yang
keluar bukanlah daripada dua jalan tersebut. Kerana itu wudhuk mereka tidaklah
terbatal.
Berkata Imam Syafie: “…muntah, pendarahan hidung, darah yang
keluar bukan daripada jalan hadas, maka tidak perlu berwudhuk…sebagaimana tidak
batal wudhuk pada sendawa yang berubah dan juga pada air liur, kerana ia keluar
bukan dari tempat keluar hadas (qubul dan dubur)”. Rujuk al-Hawil Kabir,
karangan Imam Mawardi.
Berkata Imam Mawardi: “…apa sahaja yang keluar bukan
daripada dua jalan tidaklah membatalkan wudhuk, samada yang keluar itu suci
seperti air mata dan air liur, atau najis seperti muntah, darah berbekam dan
pendarahan hidung…Dan ini adalah pendapat Ibn Umar, Ibn Abbas, (sahabah), Ibn
al-Musayyab, al-Qasim bin Muhammad (tabien), Imam Malik, Rabiah dan Abu Thaur.”
Dalam masalah adakah mereka menanggung najis, maka antara
hujah yang membenarkan ialah:-
Aisyah r.a. menyatakan bahawa Fatimah binti Abi Hubaisy
datang bertanya Nabi s.a.w.: “Wahai Rasulullah, saya seorang perempuan yang
istihadhah (sentiasa keluar darah), kerana itu saya tidak suci, adakah saya
boleh meninggalkan solat?” Jawab baginda: “Jangan…solatlah sekalipun darah itu
menitis ke atas tikar”. Hadis riwayat Ahmad.
Jabir menyatakan bahawa dalam satu peperangan, seorang
lelaki dipanah dan darahnya mengalir, namun dia masih meneruskan solatnya
dengan rukuk dan bersujud. Hadis riwayat Bukhari “muallaq”.
Al-Hasan (Basri) menyatakan bahawa kaum muslimin sentiasa
bersolat sekalipun dengan luka-luka mereka.
Dan sebagai peringatan, saya menyatakan janganlah
sekali-kali kita meninggalkan solat walau dalam keadaan apa sekalipun. Bahkan
para pesakit lebih patut untuk tidak meninggalkan solat. Firman Allah SWT:
“Tetapi mengapakah ketika datang
kepada mereka seksaan kami, mereka tidak merendah diri (berdoa dan bertaubat
memohon keampunan), bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan
(memperdayakan mereka dengan) menampakkan indah (baik) apa yang mereka
lakukan”. Surah al-An’am: 43
Dan semoga kita semua terselamat daripada penyakit yang
membahayakan. Berdoalah kepada Allah SWT dengan doa ini supaya kita terselamat
daripada bahaya penyakit tersebut.
“Segala puji bagi Allah SWT yang
memberikanku keafiatan, dan Dia tidak mengujiku (dengan bala ini), dan Dia
mengurniakan kepadaku pelbagai kurniaan mengatasi ramai di kalangan
makluk-makhlukNya”.
[1] A colostomy is a surgically created opening in the
abdomen through which a small portion of the colon is brought up to the surface
of the skin. This new opening, called a stoma, allows stool to pass directly
out of the body, bypassing a diseased or damaged section of the colon. …A stoma
is an artificial opening to or from the intestine (which is also known as the
gut or bowel) on the abdominal wall usually created by a surgeon. Occasionally,
it is an artificial opening in the urinary tract, called a urostomy. (rujuk
www.stomacare.org.my)
Sblm saya
menjawab soalan dr salah seorg saudara kita. Saya perlukan penjelasan lanjut.
Ini permasalahannya:
"Assalamualaikum
ustaz. Saya pesakit kanser perut. Selepas pembedahan, muncul satu lubang di
dada saya dan selalu keluar cecair dari dalam usus dan kadang-kadang keluar
najis. Saya tak guna beg kolostomi, cuma guna kain pembalut saja(gauze)."
Soalan saya
(bin sahak)
1) apakah
cecair yg keluar itu dikira sama spt najis tahi dan air kencing, dtg dr tempat
yg sama?
2) Klu
muntah, apakah yg keluar itu dr usus atau bgimana?
Mohd Faizal Zakaria askum ust...itu yg di panggil
fistula...maksudnya ada saluran terbentuk antara usus dgn permukaan kulit..ini
komplikasi dr operation tu sendiri..so blh dianggap najis..klu bab hukumnya,ust
lebih mahir..
Mohd Faizal Zakaria emm sama juga dgn luka yg berdarah
dan bernanah...yg mmg perlu dicuci hari2...klu nk solat,cukup ganti dgn gauze
yg bersihkn ust...sbb itu yg sy terangkan pd pesakit..ke ada pendapat lain
ust?mohon pencerahan
Sakinah Alwi Mohon yg bertanya kembali ke
hospital. Brgkali berlaku kelainan pada luka jahitan disebabkan kanser
tersebut. Kurang jelas..kanser di perut atau usus. Apa pun jika berlaku lelehan
dari luka sebaiknya dptkn rawatan terlebih dahulu
SDI 279:
Masalah Pesakit Yg Keluar Najis Bukan Dr Saluran Biasa
Assalamualaikum
ustaz. Saya pesakit kanser perut. Selepas pembedahan, muncul satu lubang di
dada saya dan selalu keluar cecair dari dalam usus dan kadang-kadang keluar
najis. Saya tak guna beg kolostomi, cuma guna kain pembalut saja(gauze). Soalan
saya:
1. Adakah saya perlu mengambil wuduk hanya apabila masuk waktu 2. Adakah saya
perlu berwuduk setiap waktu(eg: Maghrib dan Isyak)
3. Bolehkah saya menjadi imam sama ada di surau atau dengan keluarga. Jasa baik
ustaz diharap dapat menghilang keraguan saya. Jazakahllahukhairan.
Jawapan:
Pndangan yg
lebih kuat, najis yg keluar BUKAN dr dua saluran biasa, ia MEMBATALKAN wudhu.
Inilah mazhab hanafi, hanbali, Ibn Hamz, Ibn Taimiyyah dn menjadi pilihan Ibn
'Uthaimin. Justeru:
1&2)
Persoalan wudhu anda sama spt mereka yg mengidap penyakit Salis alBaul dan
Istihadhah. Perlu berwudhu bg setiap waktu solat farfhu dan mmbersihkan gauze
jika bernajis. Dgn wudhu tersebut anda boleh menunaikan semua solat sehinggalah
masuk fardhu solat yg berikutnya.
Jika menjadi
keberatan, anda boleh melakukan jama' suriy, iaitulah sbg contoh anda
melewatkan solat zohor sehingga ke penghujung waktunya. Sebaik shj habis solat
Zohor, akan masuk waktu Asar dan anda terus menunaikan Asar di dlm waktunya.
Kedua2 solat ini anda lakukan dgn wudhu yg satu. Cara yg sama anda lakukan utk
solat maghrib dn Isyak.
3) pandangan
yg lebih kuat, pesakit spt anda BOLEH menjadi imam kpd jemaah makmum yg sihat.
Inilah pandangan para ulama dlm mazhab Maliki dan Syafie.