Monday, August 3, 2009

KANSER DAN KETABAHAN

3 Ogos 2009 (Isnin)



Jam 4 aku dah bangun, dan mendekatkan diriku kpd Allah. Sakit di dada kiriku semakin terasa dan ia sudah mula membengkak . Semalam ku pergi ke klinik swasta tetapi doktor tak berani beri apa-apa ubat untuk bengkak ku, dia cuma bagi aku ubat cair kahak dan batuk. Bila ku batuk, sakitnya begitu mencengkam dada.



Ya Allah! Adakah kanserku sudah merebak ke tulang, ku berdoa moga ia hanyalah bengkak biasa. Bone scan(skan tulang) lambat lagi(bulan 11) dan pet scan tak tahu bila kerana di Malaysia hanya terdapat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ya Rahman!
Aku memohon kepadaMu sembuhkanlah penyakitku ini dan berilah aku ketabahan sebagaimana Engkau beri kesabaran dan ketabahan kepada Nabi Ayub a.s.

"Ya Allah sembuhkanlah aku kerana hanya Engkau Zat yang kuasa menyembuhkan dan selamatkanlah aku kerana Engkaulah Zat yang kuasa menyelamatkan.

Ya Allah, jika Engkau sakitkan aku untuk mencabut rohku dalam sakit ini, maka jadikanlah rohku ini termasuk orang-orang yang memperolehi kebaikan dari Mu, dan lindungilah aku sebagaimana Engkau melindungi orang-orang yang memperolehi kebaikan dari Mu"

Amin. Ya Rabbal Alamin.

3 comments:

Perkongsian Idea Dalam Pendidikan said...

Mungkin itu hanya bengkak biasa.macam mana hari ini masih sakit ke dada.

zaini said...

Ini Zamri ke? Masih sakit tetapi taklah melampau dan abe belum makan ubat tahan sakit.
Esok temujanji dengan doktor, pegi dengan mek.
Salam buat zura,fariha,amar dan Amsar.

Perkongsian Idea Dalam Pendidikan said...

Assalamualaikum !Memang betul ini Zamri.Baik juga ada blog ni, dapatlah tahu perkembangan terkini abe.Sampaikan salam buat Mek ,Ayah ,Kak Tie,Zahir dan Sapiq.