Thursday, December 30, 2010

Sukarnya Menerima Takdir















Rukun Iman yang ke enam ialah Percaya Kepada Qada dan Qadar. Sekiranya kita tidak percaya sesuatu yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah swt, maka rosaklah iman kita. Namun bila kita diuji dengan penyakit yang teruk, kadang-kala kita memarahi takdir yang menimpa kita walaupun Allah telah berfirman dalam Surah
Al-Mulk yang antara lain bermaksud: Allah menjadikan mati dan hidup supaya Dia dapat menguji siapakah yang lehih baik amalannya.

Kita kadang-kala bertanya, apakah dosa kita sehingga kita ditimpa dengan penyakit yang begitu teruk sedangkan kalau kita lihat dalam masyarakat di luar sana, ramai lagi yang berbuat maksiat, buang anak, dadah , arak, pergaulan bebas dan entah pelbagai maksiat yang dilakukan. Bahkan ada yang berbangga dengan maksiat yang  mereka lakukan. Tetapi mereka hidup "bahagia", sihat walafiat, kaya raya dan ada yang menjadi selebriti pula.

Namun begitu Alhamdulillah akhirnya ku dapat terima takdir yang menimpa diri. Dua hari lepas ku buka blog Raden Galoh(Dalilah Tamrin) di onebreastbounching.blogspot.com. Sudah lama ku tak layari blognya kerana dia menulis dalam Bahasa Inggeris, lambatlah sikit untuk ku memahaminya. Ku baca blognya yang menceritakan kanser payudaranya dah merebak dan dia dalam keadaan yang agak membimbangkan. Ku baca pula komen pembacanya. Daripada situ ku tahu Dalilah dah kembali ke rahmatullah. Bercucuran air mataku. Dia telah selamat menemui PenciptaNya, tinggal ku dan pesakit kanser yang lain berjuang melawan penyakit ini.

Dalam menghadapi penyakit ini ku semakitn  mendekati diriku dengan Allah swt. Ku sering membaca Buku
Petunjuk Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Prof. Ahmad Izuddin al-Bayuni, keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ku paparkan sebuah hadis Nabi Muhammad saw daripada buku tersebut:
      
"Mukmin yang kuat adalah lebih dikasihi Allat s.w.t. daripada mukmin yang lemah. Di dalam setiap satunya ada kebaikan. Berhati-hatilah terhadap perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepada engkau, mintalah pertolonan kepada Allah. Sekiranya engkau ditimpa oleh sesuatu musibah, maka janganlah engkau berkata : Sekiranya aku lakukan ini maka inilah yang akan berlaku. Akan tetapi katakanlah apa yang menimpa aku adalah qadar Allah dan Dia berhak melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya "kalau" boleh membuka amalan  syaitan"    (Riwayat Muslim)

Sabda Nabi lagi bermaksud:
     " Berubatlah wahai hamba Allah! Sesungguhnya tidak menjadikan penyakit melainkan Dia menjadikan ubatnya. Melainkan satu penyakit yang tidak ada ubatnya. Mereka bertanya: Apakah dia Wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sakit tua".  (Riwayat  Ahmad dan lainnya)

Wallah hu a'lam.

2 comments:

Hasnidar Binti Iskandar said...

assalamualaikum cikgu,
saya pembaca blog cigku..
saya cadangkan cikgu baca blog ni www.masafzal.blogspot.com

dia seorang doktor, lulusan universiti of sheffield. tapi, perancangan ALLAH, beliau menghembuskan nafas terakhir pada 18 disember 2010.
beliau menghidap kanser darah, hodgin's lymphoma..

Allahyarham pergi menemui ALLAH, tetapi semangatnya melawan penyakitnya sentiasa hidup dihati pembacanya..

Hasnidar Binti Iskandar said...

www.masafzal.blogspot.com

Allahyarham Dr Mas Afzal menghidap hodgin's lymphoma. belia pergi menghadap ALLAH pada 18 dis 2010..

semangatnya sentiasa hidup dihati pembaca..