BLOG INI BUKAN NASIHAT PROFESIONAL.IA ADALAH PENGALAMAN PENULIS.DAPATKAN NASIHAT DARIPADA DOKTOR PAKAR ANDA DI HOSPITAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
Monday, December 27, 2010
Gastrik Menyerang Lagi
Contoh Gambar Pembedahan Gastic-bypass yang ku jalani Nov. 2006
Sudah 4 hari ku rasa panas di dadaku, ini tanda gastrik menyerang lagi. Sebenarnya doktor dah kurangkan dos ubat gastrik ku iaitu NEXIUM(esomeprazole) dari 2 kali sehari ke 1 kali sehari tetapi ubat Ganaton(Itopride) masih lagi 3 kali sehari tetapi kadang-kadang ku makan 1 kali sehari saja. Bila sakit balik ni kena ambil 3 kali sehari pulalah.
Ku renung makanan yang ku makan sehingga gastrik datang lagi. Mungkin kerana ku makan kari daging kerana sekarang musim kenduri tetapi sebenarnya ku makan berhati-hati iaitu sedikit kuah dan sedikit daging. Ku juga dah 3 hari makan ulam daun ceylon dan kacang botol, mungkin inikah puncanya.
Untuk mengatasinya, ku minum air susu High-Goat, dan minum air kelapa selain makanan tambahan yang selalu ku makan sejak setahun lalu iaitu SUSULEBAH. Selepas 3 hari ku amalkan, gastrik ku kembali reda, Alhamdulillah.
Sejak kembali dari Tanah Suci, dah hampir 3 kotak ku makan ubat SUTENT(ubat Kimoterapi) yang diberi oleh isteri Arwah Pesakit Kanser. Kesan sampingannya ialah tapak kaki ku sakit macam terpijak bara api tetapi taklah seteruk masa ku mula-mula memakannya Januari lalu. Kesan baiknya ialah bisul di dadamu akibat kanser bertambah kecil. Ku berdoa moga kerajaan melulus permohonanku untuk mendapatkan Ubat SUTENT seterusnya kerana ku memang layak seperti dalam pekeliling perkhidmatan.
Buat pesakit kanser, usah takut mendapatkan kimoterapi, memang kita akan letih melampau, muntah yang teruk tetapi bayangkan penderitaan jika kanser merebak menyerang organ-organ lain seperti hati, paru-paru tulang dan organ-organ penting lain, tentu lebih teruk. Ku masih ingat penderitaan arwah isteriku yang menderita kanser payudara kerana dia enggan mendapatkan rawatan awal di hospital, barah menyebabkan payudaranya bernanah dan merebak ke belakang badan dan lengan. Akhirnya dia lumpuh sebelum menghembus nafas terakhirnya. Moga Allah menempatkan dia bersama orang-orang yang soleh.
Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment