Sekembalinya ku daripada mengerjakan haji, ku harap dapat makan ubat kimoterapi yang telah ku pohon sejak Januari 2010. Tetapi harapan tinggal harapan. Berita menyedihkan yang ku terima. Pihak sekolah dan Unit Akaun tidak dapat memproses pembayarannya. Entah di mana silapnya ku tak tahu kerana ku bukan kerani, ku seorang guru, itu bukan bidang ku.
Mungkin kerana kos ubatnya yang mahal itu RM 54,000.00, maka kelulusannya begitu sukar. Dulu semasa ku makan ubat kimoterapi Glivec yang berharga RM 8380.00 sebulan, ku bayar dulu dan baru buat tuntutan tetapi masalahnya tuntutan lambat diterima dan menyebabkan tidak sempat buat pusingan modal. Sehingga kini Unit Akaun Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan masih belum membayar tuntutanku sebanyak RM34100.00.
Kelmarin, 13/11/10, ku berjumpa dengan Pakar Kanserku, Prof.Biswa, dia memang menyedari sekarang ni kerajaan memang sukar membayar tuntutan kakitangannya. Alternatifnya, ku makan ubat kimo yang disedakah oleh isteri arwah pesakit kanser dari Pasir Mas.
Ku masih mempertimbangkan untuk mengadu kepada Biro Pengaduan Awam dan NUTP. Harap-harap tak sampai ke situ.
Walau bagaimanapun ku tetap percaya kepada takdir tetapi sebagai hambaNya, kita perlu bersusaha bukan menyerah kepada takdir sahaja.
Wassalam.
3 comments:
Assalamualaikum sdr Zaini,
Bagaimana boleh saya dapatkan susu lebah itu ? Saya tinggal di Durian Tunggal Melaka.
Wassalam
Fauzi
cikgu..sabar ya...tapi kadang2 sabar pun ada tahapnya jgk..sekiranya ianya msih tiada penyelesaian dan penatiaan tiada noktahnya kita harus mengambil tindakan yang sewajarnya..sampai bila kita insan yang lemah ini tiada perlindungan...
Ssya boleh poskan SUSU LEBAH ,SMS nama dan alamat. Terima kasih menjadi pembaca blog saya. Kita sama-sama berkongsi pengalaman sebagai pesakit kanser, orang yang tak mengalaminya jarang memahami deritanya pesakit kanser, sama ada daripada fizikal, mental dan kewangan.
Post a Comment