Monday, December 6, 2010

BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH

23 Okt.2010, kami bertolak ke Mekah dengan menaiki bas. Kami singgah di Bir Ali bagi niat umrah dan meneruskan perjalanan ke Mekah. Jam 12.00 kami tiba di Mekah dan menginap di Hotel Dar Amira, sebuah hotel kecil tetapi cuma 10 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram berbanding dengan jemaah Muassasah yang agak jauh dari masjid. Kami dapat tawaf umrah dengan selesa kerana masa itu jemaah haji belum ramai. Selepas tawaf, panjang sekali doaku termasuklah supaya Allah swt menyembuhkan sakit kanserku dan juga kawan-kawan senasib.

     Cuaca di Mekah tidak sepanas di Madianh, sekitar 35 darjah celcius cuma keadaan berhabuk kerana sekitar Masjidil Haram kerja pembinaan sedang rancak berjalan. Syarikat Bin Laden kerja 24 jam bagi menyiapkan hotel-hotel baru di sekitar masjid.

     Kami dibawa menziarahi Gua Hirak tempat Nabi menerima wahyu pertama dan Gua Thur tempat Nabi bersembunyi bersama Abu Bakar bagi mengelak daripada dibunuh oleh kafir Quraisy sebelum berhijrah ke Madinah. Kami juga melawat kubur Saiditina Khadijah di perkuburan Maala.


No comments: