Monday, December 6, 2010

Kembara Haji 1431H(2010)

14 Oktober 2010, Selepas Solat Subuh, Ayahku melaungkan azan sebagai mengiringi ku dan isteri yang akan berangkat ke Tanah Suci. Jam 10.00 Pesawat MAS berlepas ke KLIA dan jam 11.00 kami sampai di KLIA. Kami kemudian berehat di Kompleks Haji Kelana Jaya sementara menunggu penerbangan ke Madinah. Jam 12.00 malam, kami menuju ke KLIA dengan bas dengan diiringi peronda polis.Ada juga pemandu kereta yang berhenti memberi laluan kepada kami melambaikan tangan tanda mengucapkan selamat berangkat.

     Sepanjang jalan ke KLIA, air mataku berguguran mensyukuri nikmat Allah swt kerana akhirnya doaku makbul juga. Ku selalu berdoa agar sebelum ku dijemput menemuiNya, ingin sekali aku menunaikan Rukun Islam yang Kelima. Ingin ku tawaf di Kaabah, rumah ibadat pertama di muka bumi, ingin ku ziarahi makam Nabi Muhammad saw dan para  sahabatnya.

    Sebenarnya ku dah terpilih  mengerjakan haji pada 2006 tetapi sebulan sebelum berangkat, ku muntah darah dan terpaksa dibedah dan disahkan kanser. Ku kemudian mendapatkan rawatan kimoterapi dan radioterapi. Alhamdulillah akhirnya 4 tahun menderita sakit, cita-citaku tercapai juga.

    Selepas 8 jam penerbangan dengan Saudi Air, pesawat mendarat di Lapangan Terbang Madinah dan kami sempat solat Subuh di Lapangan Terbang. Kami pergi dengan Syarikat Batuta Travel & Tours dan syarikat menempatkan kami di Hotel Makaram Masi. Agak dekat untuk mengerjakan Solat Jemaah 5 Waktu di Masjid Nabawi.. Ketika kami tiba dengan KT 20, jemaah belum ramai, jadi dapatlah kami bersolat di Raudhah walaupun terpaksa juga berebut-rebut kerana Raudhah adalah salah satu dari taman-taman syurga. seorang jemaah haji Malaysiamdengar khabar meninggal kerana terpijak semasa sujud di Raudhah.

     Di Madinah kami ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblataian dan Bukit Uhud. Sebagai seorang guru Sejarah, maka ku begitu menghayati tempat-tempat bersejarah yang selama ini hanya belajar di universiti dan membaca buku sahaja. Kami juga ke ladang kurma bagi membeli buah tanganuntuk dibawa pulang ke tanah air.

     selepas 8 hari di Madinah, kami berangkat ke Mekah dan berniat umrah wajib di Bir Ali. Selepas 8 jam perjalanan dengan bas, kami tiba di Tanah Haram Mekah.

    Sepanjang berada di Madinah, kesihatanku bertambah sihat, ku dapat tidur dengan nyenyak dan tiada lagi lengu di betisku sehingga  lu tak perlu ambil morfin yang kubekali di sana. Walau bagaimanapun ku tetap cuci sendiri bisul di dadaku dan sehingga kini belum dilanggar orang lagi bisulku, kalau terlanggar akan berdarahlah dan sakit usah ceritalah. Moga Allah memudahkan ku mengerjakan Haji di Mekah nanti.

No comments: