Ubatilah Dirimu Dengan al-Quran
(oleh Abu Fida’ Mohd Izzat)
Pertamanya sebelum masuk pada fasal perubatan secara terperinci bagi penyakit kronik, tidaklah saya mendakwa bahawa saya yang dapat menghasilkan rumusan baru, akan tetapi untuk menguatkan kebenaran serta kelebihan fungsi bagi ahli perubatan. Bahawa perubatan Al-Quran ini telah dicuba di Tanah Saudi Arabia yang mana ia boleh mengubati sebanyak 118 bentuk penyakit barah(Kanser) di antaranya barah darah, barah buah dada, barah rahim dan juga barah paru-paru. Sesungguhnya segala perubatan yang sempurna adalah perubatan Allah, dengan ini saya meminta izin daripada kaum muslimin untuk menyebarkan perubatan ini demi untuk mendatangkan manafaat kepada umat Islam, semoga Allah menghindarkan penyakit dengan perubatan ini dan kita dapat mengambil manfaat daripadanya. Sebagaimana firman Allah bermaksud:
“Dan Kami(Allah) turunkan daripada Al-Quran sebagai ubat dan rahmat bagi orang-orang mukmin dan tidak bertambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian”
Sesungguhnnya Allah telah mensyaratkan bahawa untuk menghasilkan kesembuhan itu dengan keyakinan dan keimanan kepada Allah. Al-Quran juga menguatkan bahawa perubatan Al-Quran ini bukan hanya terhenti pada rawatan dalaman sahaja,bahkan kepada semua bentuk perubatan kerana Al-Quran itu diturunkan adalah sebagai rawatan, maka perubatan Al-Quran itu untuk semua penyakit atau musibah.
Dan penyakit barah ini tidak boleh diubati oleh para doctor sehingga ia membawa kepada kebuntuan tetapi akhirnya Al-Quran dapat merawatnya dengan sempurna dalam masa 2 minggu sahaja ia dapat mengubati sebanyak 118 bentuk barah.
Dan perubatannya mempunyai beberapa ayat dengan cara mendengar Al-Quran dan air untuk minum dan mandi setelah dibaca ayat-ayat suci. Begitu juga dengan minyak zaitun kemudian dilumurkan di tempat bengkak.
Dan ini adalah ayat-ayat yang perlu dibaca:
1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah : 1 – 5
3. Al-Baqarah : 163-165
4. Al-Baqarah: 255-257
5. Al-Imran :1-5
6. Al-A’raf :54-56
7. Al-A’raf: 117-119
8. Thaha : 65-69
9. Al-Mukminun : 115-118
10. Al-Hasyar : 21-24
11. Ar-Rahman : 31-34
12. Al-Mulk : 3 – 4
13. Al-Qalam : 51-52
14. Al-Jin : 3
15. Al-Kafirun
16. Al-Falaq
17. An-Nass
Kemudian baca doa berikut bermaksud:
“Aku minta kepadaMu ya Allah Yang Maha Besar Pentadbir Arasy supaya merawatinya”
“Aku minta dengan kekuasaanMu Ya Allah supaya jauhkanlah kemarahan dan balaMu serta keburukan kerenah hambaMu begitu juga kehadiran hasutan syaitan yang dilaknat.
“Dengan nama Allah yang Maha menyembuhkan, sembuhkanlah hambaMu dan jadikanlah(ia) menepati (janji)RasulMu”
Setelah membaca ayat-ayat dan doa-doa mengikut bilangan yang telah ditetapkan ke atas air dan minyak tersebut, maka sempurnakannya dengan mandi setiap hari serta meminum air itu bersamanya dengan sapukan minyak di tempat sakit.
Seandainya bengkak dan di dalamnya mengandungi darah maka hendaklah melumurkan minyak di tulang belakang dan kaki kanan begitu juga kaki kiri.
Apabila bengkak seperti buah dada atau rahim atau pun kisaran serta paru-paru, maka memadai dengan melumurkan di tempat tersebut dengan minyak zaitun dari luar sahaja. Hendaklah diperhatikan bahawa mandi itu diulangi selama 21 hari diikuti dengan melumur minyak.
Akhirnya semua ini hendaklah disempurnakan dengan bacaan jampi setiap minggu sekali, maka dengan izin Allah akan terbebas daripada sakit………………..
Petikan di atas saya petik daripada buku Ubatilah Dirimu Dengan Al-Quran oleh Abu Fida’ Mohd Izzat Terbitan Darul Nukman, 1996.
Para pesakit atau keluarga bolehlah mencubanya selain meneruskan rawatan di hospital dengan perubatan moden. Namun seeloknya dapatkan Ijazah daripada Pengamal Perubatan Islam yang murshid.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment