Senandung
Raya Bergema Lagi
(Khas
Buat Pesakit Kanser)
Dendangan
lagu raya mula kedengaran
Di radio,
televisyen dan pusat membeli-belah
Sudah
lebih separuh Ramadan bertandang
Kenangan raya lepas mengusik kalbu
Berjuang
melawan sakitnya kanser
Sakitnya
perut akibat kanser Allah saja yang tahu
Sakitnya
kulit dihiris pisau doktor di pagi raya
Ibu,
ayah, adik-adik dan anak-anak ziarah di pagi raya
Semua
berbaju baru walaupun hati retak seribu
Isteri
setia di sisi
Berbaju
raya di tepi katil pesakit
Remuk
redam hati ini
Tika
insan lain bergembira di pagi raya
Ku
terbaring lesu di katil hospital
Kuih raya
di rumah tidak bersentuh
Baju raya
jadi perhiasan almari
Oh Tuhan!
Ku terima ujianMu dengan tabah
Kerana
aku hanya hambaMu yang kerdil
Apalah sangat
derita ini
Dibanding
derita umat terdahulu
Menanggung
azab di tangan kuffar
Demi
menegak Islam tercinta
Kini gema raya berkemundang lagi
Ku
syukuri nikmatMu Ya Allah
Kini ku
dapat kembali merasai indahnya suasana raya
Seperti
insan lain
Betapa riangnya
hati melihat anak-anak dan isteri
Sibuk
bersiap menanti lebaran
Semoga
lebaran ini penuh ceria
bersama
rahmat Allah
Buat
teman-temanku yang masih bertarung melawan kanser
Tabahkan
hati kalian
Kerana
sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar
Buat
teman-temanku yang dah pergi
Ku
sedekahkan Al-Fatihah
Moga
damailah kalian di alam Barzakh
Bersama
limpah rahmat llahi.
Cikgu Muhamad
Zaini Ismail
Kg.Rengas,Bachok,Kelantan. 26.8.2010 4.30 pagi
No comments:
Post a Comment